Sabtu, Julai 25, 2009

Sel dasar

Memetik laporan News Sunday Times, Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata sebanyak RM32 juta diperuntukkan untuk membangun makmal kajian sel dasar dan mempertingkat fasiliti bank darah. Penyelidikan ini harus mengikut Etika Perubatan dan kajian ke atas sel dasar embrionik (menggunakan janin) tidak dibenarkan sama sekali. Selain itu, Komiti Sel Dasar Nasional ditubuhkan untuk memberi khidmat nasihat dan seliaan ke atas kajian di Malaysia.

Sel dasar manusia ialah sel yang tidak spesifik digunakan untuk membentuk sel bahagian badan tertentu kemudian dalam masa yang sama digunakan untuk menggandakan sel baharu yang dibuat. Pengkaji perubatan menggunakan sel dasar kerana sel ini boleh digunakan untuk diganti pada sel badan yang rosak. Berbeza dengan sel yang lain, imuniti badan berupaya menerima sel dasar. Biasanya sel dasar manusia diekstrak daripada lebihan sel bayi yang dihasilkan melalui kaedah bayi tabung uji (in-vitro). Sel dasar manusia boleh digunakan untuk menghasilkan sel hematopoitik (penjana darah) dalam tulang sumsum, hati, pembuluh darah, tisu penjana insulin, sel sperma.


Salah satu kelebihan sel dasar ialah konsep 'merumah' ('homing') iaitu sel yang diimplan ke dalam badan boleh mengenal pasti sel yang sepadan. Hal ini bermakna sel dasar hati tidak semestinya disuntik terus ke hati. Sel dasar hati boleh diimplan pada bahagian lain di tisu permukaan (superficial tissue). Sel dasar ini tidak akan dimusnah atau berkompilasi dengan tisu lain yang sihat atau dihalang oleh sistem imun badan. Implan sel dasar membawa makna prosedur pembedahan tidak diperlukan. Selain itu, kelebihan sel dasar ialah potensi untuk merawat pesakit kanser dan bukan kanser. Sebagai contoh, pesakit anemia mengalami kekurangan sel darah baru apabila tulang sumsum tidak menjana sel yang baru. Sel dasar akan terendap di bahagian tulang sumsum yang rosak kemudian bermigrasi untuk memulihkan kerosakan. Kemudian sumsum akan bekerja seperti sedia kala[3]. Secara genetik, sel dasar dari tulang sumsum berpotensi membantut penyebaran sel kanser. Menurut Dr. Michael Loebinger dari University College London, sel itu dicipta untuk mencari sel kanser di dalam badan kemudian membebaskan protein pembunuh tumor[1].


Mengapa negara menggalakkan kajian sel dasar?

Sokongan yang memberangsangkan daripada negara membangun dan maju dalam kajian sel ini adalah untuk menyelamat sebanyak mungkin pesakit kanser. Secara alami, kaedah rawatan kanser masa kini memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Kemajuan bidang perubatan merupakan salah satu aspek yang menjadi rujukan kepada kemajuan sesebuah negara. Justeru, memiliki fasiliti perubatan dan keupayaan, kepakaran dan teknologi dalam bidang yang terkehadapan memungkinkan negara menjadi tumpuan oleh jiran-jirannya. Apabila alternatif rawatan diperoleh, secara tidak langsung kadar hayat sesebuah negara meningkat dan ini amat penting untuk produktiviti. Bayangkan jika setiap tahun, 50 peratus daripada pakar dalam perlbagai bidang meninggal dunia walhal perkhidmatan mereka masih diperlukan untuk setahun dua lagi. Tidakkah ini merugikan negara?





Syarikat Stem Sel bertaraf Bionexus

DNA PRO Sdn. Bhd.
62A, Jalan SS21/62
Damansara Utama
47400 Petaling Jaya
Selangor
Malaysia
Tel : +603 7725 9218
Fax : +603 7726 8218

Contact:
Dr. Halim bin Hamat
Managing Director
dnaprohh@tm.net.my

StemLife Sdn. Bhd
B-7-15 Megan Avenue II
12 Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603 2163 8800
Fax : +603 2164 9808
http://www.stemlife.com

Contact:
Ms. Sharon Low
Managing Director
sl@stemlife.com


CryoCord Sdn Bhd
Suite G03, Ground Floor 2310, Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor.
Tel: 603-7880 2929 Fax: 603-7880 1919
Website: http://www.cryocord.com.my

Rujukan

  1. http://stemcellsmalaysia.blogspot.com

  2. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Focus/2260054/1

  3. NST, 22 April 2007.


-----------
Info tambahan: Yayasan yang menyokong kaedah in-vitro Malaysia dinamakan Yayasan Fertiliti Tuan Azizah (TAFF). Mana-mana pihak yang mahu memohon penajaan untuk mendapatkan zuriat melalui kaedah ini boleh merujuk laman web ini.

Tiada ulasan: