Jika kita berjalan di pantai, tapak kaki akam berbekas di pasir. Maka sesiapa sahaja yang mahu menjejaki kita akan berjaya melakukannya. Dalam sistem elektronik, apabila kita menggunakan perayau untuk melawat mana-mana laman sesawang, kita juga meninggalkan jejak yang serupa. Jejak ini dipanggil cache (sebut cash). Untuk memudahkan pemahaman kita bagaimana cache berfungsi, satu artikel yang saya rujuk membuat analogi seorang pustakawan di perpustakaan. Katalah wujud situasi seperti ini. Suatu hari anda pergi ke perpustakaan kemudian meminta sebuah buku daripada pustakawan setelah anda gagal menemuinya di rak.
Sebelum mengaplikasi sistem penjejakan yang diguna oleh pustakawan itu, dia hanya memberi buku yang dipinjam kemudian akan meletakkan semula buku di rak asal. Apabila peminjam lain mahu meminjam buku yang sama, dia terpaksa masuk ke dalam stor pinjaman dan mengambil buku di rak. Sudah pasti baginya mudah kerana dia sudah mempunyai pengalaman meminjamkan buku tersebut sebelum ini. Tetapi selepas menggunakan sistem penjejakan, katalah pustakawan itu meletakkan satu rak kecil bertingkat yang boleh memuatkan sepuluh buat buku. Setiap kali anda menghantar buku, buku tersebut diletakkan di rak kecil di kaunter. Bermakna jika ada peminjam lain mahu meminjam buku yang telah dipulangkan, dia tidak perlu lagi masuk ke dalam stor simpanan untuk mencari buku di rak. Maka dalam kedua-dua situasi ini, manakah yang lebih menjimatkan masanya? Tentulah selepas pustakawan tersebut mengimplimentasi sistem penjejakan, bukan?
Namun begitu, timbul juga masalah sekiranya diset sistem penjejakan. Katakan seorang peminjam mahu meminjam buku, tetapi buku itu tiada dalam senarai di dalam rak kecil di kaunter. Pustakawan itu memeriksa rak kecil terlebih dahulu, kemudian baharulah masuk ke dalam stor penyimpanan jika buku yang dikehendaki tiada. Inilah satu cabaran dalam reka bentuk cache iaitu meminimumkan impak masa menjejak. Analogi gerak kerja seorang pustakawan yang ditunjukkan di sini menunjukkan masa pendaman (menunggu) lebih singkat berbanding jika terpaksa berulang-alik ke stor pinjaman setiap kali mahu meminjamkan buku kepada peminjam. Daripada contoh yang disebutkan di sini, dapatlah diketahui beberapa tujuan sistem jejakan (caching) serta kelebihannya;
Antara fakta penting berkaitan cache ialah:
- Teknologi cache menjadikan kadar capaian yang lebih cepat menggunakan ruang memori kecil untuk fail yang besar dan dapat diakses secara relatifnya perlahan.
- Apabila sesuatu data sudah dijejaki (cached), data tersebut dikenal sebagai cache hit. Jika tidak, komputer terpaksa menunggu capaian dibuat ke pelayan dan dipanggil cache miss.
- Cache mempunyai saiz maksimum tertentu yang jauh lebih kecil daripada ruang simpanan komputer.
- Seseorang pembangun sistem boleh membangunkan sistem penjejakan berlapis (multiple layer). Dalam contoh di atas, rak kecil di kaunter mewakili ruang memori kecil dengan capaian lebih laju, manakala stor penyimpanan mewakili ruang memori yang besar tetapi capaiannya lambat. Ini dikenal sebagai sistem penjejakan selapis (one-level cache). Boleh jadi pustakawan meletakkan satu rak yang memuatkan 100 buah buku, buku disemak di rak kecil terlebih dahulu, kemudian di rak 100 buku dan akhir sekali di stor simpanan. Sistem penjejakan ini dikenal sebagai sistem penjejakan dua lapis (two-level cache).
Sekian dahulu perkongsian maklumat ini.
Saya diminta mengkaji sistem cache yang melibatkan penggunaan pelayan web lighttpd (perisian sumber terbuka) yang dibangunkan dalam sistem pelayan. Doakan semoga kerja saya dipermudahkan. Siapa tahu doa anda makbul.
Mari pula kita fikir jejak amal kita.
Man sanna hasanatan, fa lahuu ajru man 'amaliha.....
(Sesiapa yang mencontohkan kebaikan, maka baginya pahala orang yang mengamalkan kebaikan itu...)
~matan hadis.
Begitulah juga sebaliknya.
Jejak amal kita akan ditayangkan semula
1.Dua ayat terakhir surah al-Zalzalah menceritakan hal ini.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) (ayat 7dan 8)
Bagaimana dijejakkan?
1.Tangan, kaki kita yang akan bercakap.
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (surah Yaasin:65)
Dan bagaimana kita akan menghadapinya?
(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); (An-Najm: 38)
2 ulasan:
hebat la demo..
byk input kwe dpt.. terus bg ilmu hok demo ado untuk perkongsian.
En. Zul, seniorku.
Melangit puji.
Terima kasih.
Saya buat sekadar yang termampu.
-:)
Catat Ulasan