- Dibekalkan oleh pengedar yang sah.
- Mempunyai manual pengguna yang lengkap.
- Perisian yang disertakan dengan jaminan pembekal/pengeluar.
- Perisian yang terbukti bagus melalui testimoni pengguna terdahulu.
- Perisian yang digunakan untuk jangka masa panjang (minimum dua tahun). Terdapat perisian yang dibina berskala pendek iaitu versi yang ditingkatkan keluar kurang dari setahun.
- Perisian yang membolehkan beberapa pengguna menggunakannya iaitu lesen untuk lebih dari satu pengguna (multi-users license).
- Keperluan perisian sesuai dengan spesifikasi umum komputer atau laptop. Adalah satu kerugian sekiranya perisian yang dibeli memerlukan ruang memori yang besar sedangkan komputer / laptop tidak memiliki ruang memori kosong untuknya.
- Jika terdapat perisian dalam kategori yang sama, harga yang lebih kompetitif akan dipertimbangkan.
- Jika perisian dalam kelas yang sama, keupayaan menyelesaikan masalah tertiggi akan dipertimbangkan. Contohnya perisian antivirus.
- Perisian dibangunkan menggunakan sumber terbuka (open source) kerana harganya lebih murah secara relative jika dibandingkan dengan perisian komersial.
- Perisian mempunyai banyak antaramuka pengguna (graphic user interface – GUI). Tool dan fungsi yang mesra pengguna.
Jumaat, Julai 10, 2009
Faktor pembeli perisian
Faktor pembeli perisian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan