Khamis, Disember 03, 2009

Bicara soal cukai

Secara rasmi tarikh 29 November 2009, pengumuman pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tetapi belum dikeluarkan angka yang konkrit.(Ralat: Pada 26 Nov 2009, Utusan melaporkan kadar GST sebanyak empat peratus)-diedit pada jam 11.50 pm, 03 Dis 09. Apakah yang dimaksudkan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan? Menurut Behan & Jenkins, GST merupakan cukai tidak langsung (indirect tax) yang juga dikenal sebagai Cukai Tambah Nilai (VAT). (Behan & Jenkins dalam Abood Mohammad Salmeen Alebel,Business e-Bulletin Vol. 1, Issue 1, 55)[1].


Ketika sesi soal jawab dengan Pengarah Urusan (CEO) syarikat, saya melontar satu soalan. "Apakah pengumuman pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan memberi kesan kepada pulangan dan kos operasi syarikat?" Maka dijawabnya, "Mungkin tidak ketara kerana syarikat ini menjalankan perniagaan perkhidmatan. Cukai tersebut hanya memberi kesan langsung kepada sektor peruncitan."


Dato’ Abdul Kadir Jasin, CEO Berita Publishing menulis dalam weblog beliau bertajuk ‘Tidak ada cukai yang tidak membebankan’[2] memberi penegasan bahawa kerajaan tidak boleh teragak-agak melaksanakan dasar GST. Beliau mempersoalkan kenyataan akhbar Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang pada pendapat beliau tidak solid. Saya bersetuju apa yang ditulis oleh Dato’ Abdul Kadir Jasin itu. Soalan yang sama saya ajukan dalam ruangan perbincangan Forum Editor Malaysia di facebook. Seorang ahli forum memberi respon seperti ini. “Ini pertanyaan yang baik. Kalau ikutkan, sepatutnya kena. Walaupun begitu, kerajaan akan mengecualikan beberapa sektor tertentu untuk tidak menyusahkan rakyat. Saya fikir industri perbukuan perlu dikecualikan GST agar tidak membebankan rakyat.


Sekarangpun orang liat nak keluar duit untuk beli buku. GST pasti akan menggerhanakan industri perbukuan negara. Pada masa ini, kerajaan dilaporkan sedang mendapatkan input daripada pelbagai pihak. Sehubungan itu, saya rasa badan-badan perbukuan eloklah berkempen, melobi atau buat apa sahaja supaya GST tidak meliputi industri buku.” (Devaraj P Thangaraju)


Secara sedar atau tidak, pengguna yang gemar membeli makanan di restoran atau premis perniagaan makanan segera seperti KFC, Mc Donalds dan seumpamanya sudah menjadi pembayar cukai. Saya tidak pasti nilai terkini memandangkan saya tidak berkunjung ke premis perniagaan sebegini sejak sekian lama. Jika dilihat kepada situasi dunia, banyak negara mengenakan kadar antara tujuh hingga 25 peratus[3]. Jika benar GST akan dilaksanakan misalnya pada kadar empat peratus, bermakna nilai tambah perbelanjaan akan bertambah dan sudah tentu kuasa beli kebanyakan golongan terutama yang berpendapatan rendah semakin menyusut. Ada teori yang menyokong GST mengatakan bahawa kadar inflasi tidak terjejas, dan jika berlaku kenaikan harga barang, hal itu akan berlaku sekali sahaja. Bagaimana teori ini boleh meyakinkan pengguna? Apakah secara amali, hal ini akan berlaku?


Pelaksanaan GST mempunyai cabaran tersendiri termasuklah untuk memahamkan orang biasa terhadapnya. Kebarangkalian berlaku penipuan untuk menaikkan harga barang akan berlaku dengan hanya berkata, “Harga ini termasuk nilai GST.” Perlu juga dikecualikan beberapa perkara (produk kesihatan, makanan, pendidikan, produk untuk OKU dan tenaga misalnya) yang akan memberi kesan langsung kepada semua golongan lebih-lebih lagi yang marhaen. Ya, sudah pasti akauntan juga mengambil masa untuk meneliti struktur akaun GST (GST account)[4]. Dan itu belum lagi melibatkan sistem penyelesaian eletronik untuk diaplikasi dalam mesin-mesin di kaunter jualan. Dan masanya masih ‘panjang’ sebelum GST betul-betul dilaksanakan di Malaysia paling awal pada Ogos atau September 2011. Tetapi secara peribadi, adalah elok jika GST ini tidak dilaksanakan.


-------
Rujukan
[1]Problems and effects of GST implementation, Abood Mohammad Salmeen Alebel, UUM.
[2]Tidak ada cukai yang tidak membebankan
[3]Senarai kadar GST Seluruh Dunia
[4]GST Accounting
[5]Model (kerangka) GST di India

5 ulasan:

Khairi Mohd berkata...

Naim,

Sebenarnya kenapa kerajaan nak apply GST ni ya? Nak curb inflasi kah? Nak + pendapatan negara kah? Nak + GDP kah?

Atau apakah? Kawe agak kurang kepastian ni.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli berkata...

semua benda nak kene cukai suasahlah.. semakin terbebanlah rakyat macam nie.. =(

Naim berkata...

saudara Zul,
dah nasib kita lah sebagai rakyat.

Brunei belum perkenalkan cukai GST ini.

Naim berkata...

Khairi,
GST ni sebagai salah satu cara liberalisasi ekonomi.
Dan sudah tentu juga sebagai menebalkan poket kerajaan.

---------
Saya ingat adalah lebih baik kerajaan bertegas dengan isu-isu pembaziran dalam laporan Audit Negara. Kan banyak dalam laporan itu tuntutan palsu dibuat?
Dan satu lagi, rasuah kena banteras sungguh-sungguh.

UglyPooh berkata...

jgn ada pihak yg amek kesempatan...ksian org lain. yg kaya brtambah kaya..yg miskin lg susah