Sabtu, Disember 12, 2009

Melihat musibah dengan mata hati

Hadis dari Mu’az bin Jabal. Terdapat tiga perkara jika ada pada seseorang akan menjadikannya mendapat kelebihan abdal (wali-wali Allah).
1. Redha dengan qadha Allah.
2. Sabar atas perkara yang diharamkan Allah.
3. Benci apabila zat Allah dipersoalkan.


Firman Allah, “Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri…” (An-Nisaa:79)


Dalam bab qadha ini, hendaklah berhati-hati agar tidak tergelincir dalam akidah Jabbariah. Misalnya kita berkata, “Sudah nasib.” “Sudah tiada jodoh.” Dan seumpamanya. Sebaliknya kita memikirkan atau melihat dengan mata hati. Misalnya apabila kehilangan sesuatu, kita berkata, “Mungkin barang yang hilang itu pernah suatu ketika dahulu aku berbangga dengannya. Apabila orang melihat aku memegangnya, timbul rasa gah dalam diri. Dan Allah mahu kaffarah dosa itu.”

Orang yang redha dan bersabar dengan musibah sentiasa mengucapkan, “Kami dari Allah, dan kepada Allah kami dikembalikan.” (Al-Baqarah: 156). Seseorang yang ditimpa musibah juga tidak perlu terperangkap dengan hasutan syaitan sehingga berkata, “Kalau begini…. Kalau begitu…” yang memungkinkan musibah itu tidak menimpanya. Semacam jika boleh diundur waktu, dia tidak akan melalui hal yang menyusahkan hidupnya itu.

Ada satu kisah pada zaman dahulu. Seorang peniaga susu naik kapal untuk ke Makkah. Dia membawa wang dalam uncang. Tiba-tiba seekor monyet melarikan uncang duit itu dan pergi ke tiang layar yang tinggi. Monyet itu membuang sekeping wang ke laut, dan sekeping lagi kepada peniaga itu. Sehinggalah (pembahagian wang) menyebabkan peniaga itu mendapat separuh daripada wangnya. Peniaga itu bertanya kepada seorang guru agama yang mengajar di atas kapal itu. Guru agama bertanya, “Dahulu engkau berniaga susu. Adakah engkau mencampurkan air dengan susu?” Peniaga itu menjawab, “Ya.” Guru agama itu membalas, “Wang untuk air dikembalikan kepada air (laut), dan wang susu dikembalikan kepada engkau.”

Ringkasan kuliah Subuh, 12 Disember 2009, Ust. Abd. Aziz Arof, Masjid al-Hidayah, Sentul.

2 ulasan:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli berkata...

selalu orang berkata "kalaulah aku.." setiap kali musibah menimpa diri mereka atau orang yang mereka sayangi.. seolah2 mereka menyalahkan takdir.. mereka x sedar perbuatan mereka tue seolah2 mereka menyalahkan allak kerana alaahlah yang menurunkan musibah tue.. sentiasalah bermuhasabah diri sepanjang masa.. =)

UglyPooh berkata...

o...mcm tu. kdg2 kiter tak persan apa yg kita ucap tu dah tersalahkan takdir n tanda tak redha. kena lebih hati2