Seseorang perlu jelas pendiriannya. Tidak boleh berbolak balik atau dalam istilah politik menjadi orang atas pagar (OAG). Ada satu ayat al-Quran (saya petik kata-kata Ust. Abd. Ghani Samsuddin), menegaskan perkara ini. Al-Quran mengelaskan orang yang tidak jelas pendiriannya sebagai muzabzabiin. Mereka tidak menyokong mana-mana pihak. Demikianlah yang berlaku kepada majoriti manusia belia hari ini. Mereka hanya lebih gemar memikirkan kehidupan sendiri. Kerja, dapat gaji bayar pinjaman pelajaran, pendidikan, kenderaan. Kemudian berkahwin. Mereka tidak kisah politik. Bagi mereka, politik tidak memberi kebaikan kepada mereka. Malah ada yang langsung tidak mengambil peduli untuk mengundi dalam pilihan raya.
Orang-orang muda belia yang sudah larut dengan hedonisme dan selesa dengan kehidupan sendiri hanya akan memberontak menunjukkan protes sekiranya kelangsungan hidup mereka disekat. Hanya sedikit yang mahu membuat penelitian betul salah dan menganalisis sesuatu isu secara saksama tanpa mengikut secara melulu. Sebahagian yang memberontak dek darah muda, cepat sekali melangkau pandangan orang tua yang lebih berpengalaman. Bagi mereka, semua perkara betul perlu didedahkan tanpa memahami maslahat kerahsiaan. Tidakkah ada suatu hal yang benar walaupun betul menjadi fitnah? Ia umpama membuat rong yang pada dasarnya dilihat rata kerana dilitup selapisan aspalt. Apabila seseorang melalui lingkungan rong itu, dia terjerlus ke dalamnya. Atau samalah seperti senjata makan tuan. Inilah yang melanda kebanyakan orang muda. Dahulunya dialah yang menjadi juara menyokong kepimpinan. Tetapi hari ini mereka jugalah yang menentang kepimpinan.
Dan setiap orang mempunyai maslahat sendiri untuk menyatakan pendirian. Sekurang-kurangnya dia memiliki pendirian, bukan OAG.
Promosi al-Quran terjemahan dengan Sebab Turun Ayat
4 ulasan:
orang atas pagar = oap
orang atas "gate" = oag
Zul, orang atas tol.
Ok, lupa pula saya, pagar dalam BI = gate.
kesilapan yang disengajakan. -:D
salam..
setuju dengan artikel ini:-)
Wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Mohd Arshad M.Hussain dipanggil pulang untuk memberi penjelasan mengapa beliau mengundi menentang resolusi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) terhadap program nuklear Iran tanpa mendapat ”lampu hijau” Wisma Putra.
------------
Sepatutnya kerajaan Malaysia tidak menyekat keberanian wakil ini. Dia telah melakukan hal yang wajar sebagai Muslim.
Entahlah, mungkin ada bayang-bayang ketakutan pada AS dalam jiwa pemimpin kita.
Syabas, buat wakil yang berpendirian ini!
Catat Ulasan