Dan setiap malam kita biasanya menunaikan solat sunat Taraweh sebagai suatu ruang mengejar redha Ilahi. Terpulanglah kepada kita untuk menunaikan solat sunat ini mengikut kemampuan dan kemahuan diri. Orang-orang Makkah menunaikan solat sunat Taraweh dua puluh rakaat. Mereka juga bertawaf sebanyak 16 pusingan. Maka Imam Malik berpendapat bahawa orang Madinah boleh menyamai amalan orang Makkah dengan menunaikan solat sunat Taraweh sebanyak 36 rakaat. Di Malaysia, kita berpegang pada pendapat Imam As-Syafie iaitu menunaikan sama ada lapan rakaat atau dua puluh rakaat.
Soalan saya, betulkah panduan solat sunat taraweh yang kita guna?
Bilal pula, apabila menyebut "Al-Badru al-Munir Muhammadin," disambut oleh makmum dengan, "Shalluu 'alaihi." Iaitu dengan makna makmum menjawab, "Selawatlah kamu semua kepadanya." Tidakkah ini aneh? Bagaimana makmum yang ramai menyuruh seorang bilal berselawat kepada nabi menggunakan kata ganti nama banyak untuk seorang bilal? Sepatutnya, bilal menyeru begini, "Al-Badru al-Munir Muhammadin Shalluu 'alaihi." Kemudian makmun pun berselawatlah kepada nabi, "Allaahumma Shalli 'alaa Muhammad."
Orang Arab yang mengikut kita bertaraweh pasti akan senyum.
3 ulasan:
Ulama dahulu tidak silap dalam setiap kata-kata yang diungkapkan. Mereka hebat bahasa Arab, tapi kita yang tahu sedikit, kita nampak salahnya. Sebenarnya Shallu itu bukan amar, tetapi madi yang bermaksud, semoga mereka semua berselawat ke atasnya.
صَلى يُصَلى صلِ - صلا يصليان صلا - صلوا يصليان صلوا
bezakan antara hua huma dan hum, pada hua ada beza antara madi dan amar, tetapi pada huma dan hum tiada beza.
Dalam bahasa Arab fiel madi yang terletak dihadapan nama seseorang bererti doa, صلى الله على محمد semoga Allah merahmati nabi Muhammad. رَحِمَكم الله semoga Allah merahmati kamu. Begitulah kalau kita guna hum pula.
Ya,
komen Ust. Baie ini memberi ilmu yang cukup bermakna.
Jazakallah ustaz.
Terima kasih, ustaz.
Catat Ulasan