Isnin, Ogos 24, 2009

Cabaran menjadi penghafal al-Quran


Malam itu seperti biasa, dua puluh rakaat solat sunat Taraweh didirikan. Memang berbeza sekali pembawaan imam sesuai dengan maksud taraweh itu sendiri iaitu istirehat. Kalau bersembahyang di sesetengah tempat, kadang-kadang Imam membaca seperti mengejar waktu. Maka termengah-mengah makmum mengikutnya. Sampai ada yang berpeluh-peluh. Tetapi di sini, kami dapat bersolat dengan tenang. Imam yang memimpin solat sunat taraweh membaca dua atau tiga ayat sahaja selepas membaca surah al-Fatihah. Ada tempatnya jika ayat itu panjang, maka dibacakan satu ayat sahaja. Bacaan juga tartil.


Imam satu memimpin sepuluh rakaat pertama. Bacaannya baik.
Tiba ayat 52, dia menyudahkan dengan kalimah terakhir ayat 53. Justeru ayat 53 ditinggalkannya. Dia langkau satu ayat. Kemudian pada ayat 55, dia tertinggal kalimah ‘Yaa Musaa’.
Selesai sepuluh rakaat, imam dua menggantikan imam satu seperti biasa.


Imam dua memulakan bacaan dengan baik juga.
Tiba ayat 65 dan 66. Pada awalnya dia membaca dalam rakaat pertama. Pabila masuk rakaat kedua, tiba-tiba dia membaca ayat 66 kemudian diikuti ayat 65. Kemudian rukuk. Untuk rakaat berikutnya dia terus membaca ayat 68. Ayat penting yang menjadi intipati surah sehingga disebabkan ayat itu diletakkan nama surah yang terpanjang dalam al-Quran yang mulia ini; tidak dibaca.


Imam pertama mungkin keliru kerana ayat-ayat 52, 53 dan 56 terdapat kalimah yang sama, iaitu ‘la’allakum’. Ayat 52 dan 56 diakhiri dengan kalimah yang sama iaitu ‘tasykuruuna’ manakala ayat 53 diakhiri dengan kalimah ‘tahtaduuna’.


Dan saya memahami keadaan ini. Inilah cabaran orang yang menghafal al-Quran. Ia suatu yang normal kerana sebagai manusia, kita sering lupa. Tidakkah insan itu sendiri terbit dari kalimah nasia yang bermaksud lupa? Sebagai kesimpulan, jika anda mendapati kesilapan mana-mana Imam bertaraf al-Hafiz, janganlah sekali-kali memperkecilkan mereka kecuali jika anda lebih baik hafalannya daripada mereka. Dan faktanya, Imam-imam yang ditauliahkan memimpin kami lebih baik hafalannya.



3 ulasan:

wardah munirah berkata...

Assalamualaikum, tepat sekali. Mereka juga insan biasa dan tidak lepas daripada sifat lupa. Salam ramadan karim :)

SOFIAH berkata...

ASSALAMUALAIKUM..BAGAIMANA CARA SAUDARA NAIM MENGHAFAZ ALQURAN? HAL INI BERIKUTAN SETELAH SAYA MENYEDARI BAHAWA SAYA AMAT LEMAH DALAM MENGHAFAZNYA..KADANGAKALA UTK MENGHAFAZ KESELURUHAN 1 MUKA SURAT ALQURAN PUN MEMERLUKAN 2 MINGGU

Naim berkata...

wa'alaikumussalam...

sdri Sofiah, saya guna kaedah al-Huffaz. Baca satu ayat sehingga ingat.

Bila dah ingat lima ayat, berhenti dulu dan ulang baca untk 5 ayat itu beberapa kali...
kemudian sambung pula untuk ayat berikutnya satu, satu. (Lambat sedikitlah)...