Khamis, September 06, 1990

Ramadhan semakin hampir

Hari ini, 6 Sept. 2006.

Sudah mampir Ramadhan. Sahabatku selaku orang yang mewakili Pusat Islam menerima pentauliahan pelantikan Amil Zakat Fitrah PUZ Pulau Pinang. Apa kaitannya denganku? Namaku juga tertera dalam sijil pentauliahan itu.

Tengah hari, aku menerima CD yang dihantar oleh Asyraf Hafdzan, kenalan di essasterawan yang belajar di Jordan. Aku baru sahaja mengirimkan 6 keping VCD Himpunan Bicara Ilmu (Siri 1-3, 2 keping/siri). Terima kasih sahabatku. Selain itu dapat juga hadiah Menulis Motto DAF, yang dikirimkan oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar. Tiga buah buku yang bagus, tentang Solat, Haji, dan Adab & Etika Berpolitik dalam Islam.

Ya sempat mencoret ringkas sementara menunggu jam 3 petang untuk mensyuarat penyelarasan aktiviti Ramadhan. Aku dilantik sebagai ahli komuniti Ramadhan sub-Ibadah.

Ya, Ramadhan semakin hampir. Ahlan wasahlan Ya Ramadhan!

1 ulasan:

DeQdEq berkata...

macam tak percaya je tgk blog ni entri pertama dibuat pada september 1990...dh lama tu..

wkt tu rasa mcm Malaysia msh jauh dari internet...