Ketika membuat lawatan jalan-jalan cari makan rohani, saya dan beberapa orang rakan pergi. Tidak silap perkiraan saya, rombongan kami terdiri daripada 20 orang. Syukur pada Ilahi, mutiara khazanah ilmu yang tercicir itu dapat kami kutip walau di mana ia berada. Kali ini tempat jatuhnya mutiara minda untuk disantap oleh kami bertempat di perkarangan Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar. Pada asalnya program bermula jam 7.45 malam, namun berlaku beberapa aspek teknikal sehingga ditangguhkan selepas isyak. Perjalanan dari kampus ke pejabat agama mengambil masa 15 minit, memang dekat walau pun ada di antara kami yang masih tercari-cari jalan yang betul kerana tempatnya tersorok sedikit di sebelah Taman Kerian Permai. Untuk panduan mereka yang belum pernah ke sana, jalan susur masuk terakhir adalah selepas premis Long Wan, melepasi kedai barangan plastik itu anda akan menemui simpang tiga. Belok ke kanan dan teruskan perjalanan, pejabat agama terletak di sebelah kanan jalan menuju Taman Kerian Permai kira-kira 300 meter daripada simpang tiga. Di mana pula Long Wan? Jika anda masih tidak tahu, ia sebaris dengan kedai Komputer PMI yang baru.
Pihak penganjur terpaksa mencari ganti Dato' Mufti kerana keuzuran beliau, penggantinya ialah Prof. Madya Dr. Salleh Ahmad, Pensyarah Undang-undang di UIAM. Beliau merupakan salah seorang panel Majlis Fatwa Kebangsaan. Seorang lagi pembiacara yang agak muda ialah Pengarah Agama Islam di Pejabat Agama Islam Parit Buntar, Tuan Hj. Jamsuri. Buat pertama kali sedikit rasa kesal menyertai program ini, kerana penceramah utama yang menjadi fokus saya iaitu Mufti Perak tidak berada dalam majlis. Namun begitu, sebagai adab tetaplah jua diri saya menetapkan diri sehingga majlis tamat pada jam 12.00 tengah malam. Majlis dimulakan oleh tuan pengarah yang lebih muda. Gaya dan penyampaiannya berapi-api layak dan cocok dengan darah mudanya.
Beliau menyentuh beberapa perkara yang berkaitan kemunduran umat Islam. Umat Islam menjadi hina disebabkan tidak mengambil al-Quran dan sunnah sebagai ikutan. Namun isi ucaptama yang bersemangat itu sedikit hambar apabila beliau menyentuh sekolah agama rakyat (SAR). (Ketika ini saya sudah menyandarkan muka dan mula mengantuk. Isinya tidak selari dengan lazatnya telinga ini mendengarkan.)
Beberapa fakta yang saya kira tidak tepat diketengahkan oleh beliau tentang SAR, kononnya kerajaan masih perihatin terhadap perkembangan SAR. Katanya perbelanjaan masih lagi diperuntukkan ke SAR di sebelah petang, namun yang menyedihkan ialah bilangan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke SAR tidaklah banyak. Beliau memberi beberapa contoh SAR yang popular seperi SAR Raja Nazrin Shah, SAR Ta'ayah (dan beberapa nama lagi) yang mendapat sambutan hangat. Katanya, daripada 400 tempat yang ditawarkan dalam SAR itu 4000 permohonan telah diterima. Bagi saya, indikator SAR yang diguna oleh beliau tidak sama dengan definisi SAR yang saya fahami. Tidakkah di SAR telah dihentikan bantuan per kapitanya beberapa tahun lalu, sehingga melumpuh dan melenyapkan hampir keseluruhan SAR di negara kita? Jika betul SAR di Perak masih banyak dan aktif dengan bilangannya 768 buah, mengapa baru-baru ini terdapat muktamar Majlis Permuafakatan Menyelamatkan SAR Perak. Di antara resolusi muktamar tersebut ialah menggesa kerajaan negeri mengembalikan semula sumber kewangan yang disekat. Jika benar SAR masih lagi aktif, mengapa pihak Kementerian Pelajaran memperkenalkan JQAF yang akan mengganggu masa untuk anak-anak belajar KAFA. Alih-alih, ibu bapa yang dipersalahkan kerana tidak menghantar anak-anak belajar di SAR.
Pembicara kedua yang lebih berumur nampaknya ngam dengan citarasa halwa telinga saya. Gaya dan penyampaiannya seperti orang lama yang penuh dengan kebijaksanaan. Susun kata yang lebih teratur, lebih enak didengar apabila diselitkan mesej-mesej yang tegas menggambarkan pendiriannya terhadap kepincangan dalam pentadbiran.
Hal pertama, isu pindaan Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan. Katanya, "Bagi saya, mereka yang menentang undang-undang ini tidak faham apa itu undang-undang Keluarga Islam kerana sebenarnya telah dilaksanakan di negeri-negeri lain sejak sekian lama. Wilayah Persekutuan terlewat sedikit berbanding negeri lain kerana masalah teknikal. Jika di negeri lain, pelaksaaannya tidak menimbulkan masalah, mengapa mereka menentangnya? Saya melihat mereka lebih memperjuangkan hak wanita atas nama hak asasi manusia. Paling bodoh dan kurang ajar mereka ini (dalam hati, siapa lagi kalau bukan SIS) mereka mempertikai terma 'mithlu hazh-zhil unthayaini' (PS Naim: sila rujuk ayat 11 surah An-Nisaa). Ini ketetapan Allah yang Maha Bijaksana kepada lelaki. Mengapa lelaki diberi dua bahagian. Ini tidak, kerana saksama mereka mahu wanita juga diberi dua bahagian. Dalam faraid lelaki diberi hak yang lebih kerana tanggungjawab lelaki dalam memberi nafkah lebih besar berbanding wanita. Ini perlu jelas.
Hal kedua, isu perkara 121 (1A). Akta yang dibuat pindaannya oleh Bapa Perundangan Malaysia, Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim. Khabarnya peguam yang bijaksana ini 11 kali berulang-alik menemui Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan pro dan kontra pindaan. Asalnya sebelum pindaan dibuat, status mahkamah syariah lebih rendah daripada mahkamah sivil. Jika tidak dibuat pindaan, maka Mahkamah Sivil boleh mencabar keputusan Mahkamah Syariah. Hal ini bermakna Mahkamah Syariah adalah mahkamah kelas kedua. Setelah dibuat pindaan, kredibiliti dan akauntabiliti Mahkamah Syariah tidak boleh diganggu-gugat. (PS Naim: perkara 121 (1A) yang lebih terperinci)
Hal kedua, berkaitan Islam Liberal. Suatu gagasan yang memperjuangkan keterbukaan yang melulu. Golongan ini dipelopori oleh mereka yang belajar di Indonesia untuk memurtadkan umat Islam. Islam liberal amat bahaya kepada umat Islam kerana ajaran ini menggalakkan kita menggunakan akal fikiran. Inilah bahaya paling besar yang didatangkan oleh satu ajaran yang bernama Islam liberal, kononnya untuk membuka dan membebaskan minda umat Islam. (PS: SIS pun liberal juga. Siapa Nuri Abdullah dalam SIS itu?)
*Catatan 'Kembara Ilmu, Mengutip Mutiara yang Tercicir' dalam Majlis Bicara Agama siri 2, 28 Jan 2006.
bersambung, insyaAllah

1 ulasan:
Mulai hari ini, usah dikatakan sebagai SIS, tapi sebutlah ia sebagai SISa, atau gelaran yang lebih buruk lagi akibat sikap mereka yang tidak merenung kehebatan ciptaan, perintah dan larangan Allah.
Hairan juga SISa nih, kununnya antara mereka ada yang bergelar professional dan berpendidikan tinggi, tapi dalam hal faraid nih, akibat kununnya mereka nak hak kesamarataan, harta hendak dibahagi sama adil.
Barangkali mereka terlupa bahawa lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih berbanding dengan perempuan. Lelaki yang bertanggungjawab, tahu mengurus baik keluarga serta keperluan adik2@ sedara perempuan yang belum berkahwin. Justeru, lelaki yang bertanggungjawab perlu mempunyai kewangan yang baik untuk menguruskan semua itu.
Mungkin SISa ini dikelilingi oleh lelaki yang kurang bertanggungjawab, lembik, sunyi (haha), kuat menipu , mengampu dan sebagainya... sehingga SISa sudah tidak percaya lagi dengan mana-mana lelaki. Nak buat cam ne... dah bapak si nuri pon adalah orang yang kurang bertanggungjawab terhadap negara... sehinggakan banyak insiden yang memalukan negara...suami nuri? huh...tak yah cakap la... buat sakit hati aje.. jual aset negara...grr...geram!
-garam-
Catat Ulasan