Saya juga tidak faham mengapa sesetengah weblog tidak boleh dibuka menggunakan PC yang mendiami bilik ini. Malang lagi weblog yang dimaksudkan termasuklah semua kepunyaan saya. Weblog lain seperti Universiti Terbuka PTS, Tok Rimau, Sinaganaga, bukunota, M.Abd.Halim, Pn. Nisah Haron, dan Amirulreza, Salafian, Tawel dan Zaidakhtar boleh dilayari dengan baik. Saya cuma boleh menghantar artikel ini di dalam borang entry tanpa melihatnya tertera di laman web sebenar. Pun begitu, kandungannya yang tidak lengkap masih boleh dilihat di Bloglines.
Saya namakan fenomena ini sebagai Internet's craziness iaitu istilah yang dirujuk kepada sistem internet yang gila-gila. Jika dalam sistem terdapat kegilaan, maka dalam kehidupan kita juga ada perkara yang sama. Seorang ahli akademik dikatakan gila, seorang saintis dikatakan gila, seorang pemikir juga dikatakan gila. Mereka sinonim dengan gelaran tersebut kerana hanya pandai berteori, tidak berjejak dan bersangka-sangka menggunakan fakta ilmu tanpa diterjemah dalam realiti kehidupan. Namun lain halnya seorang akademik yang turun padang. Lain halnya dengan saintis yang realistik. Lain pula halnya dengan pemikir tulen. Siapa pemikir tulen? Pemikir tulen adalah pemikir yang dapat menggagaskan pemikiran dalam apa jua hal yang realistik. Seorang ahli akademik hanya dihormati sekiranya beliau menunjukkan sendiri teori yang dikatakan. Seorang saintis akan dikagumi penemuan sainsnya apabila betul-betul berjaya menterjemah kajian secara santifik. Manakala seorang pemikir akan diterima dan dikagumi buah fikirannya apabila dia sudah tiada, dan perkara yang digagaskannya dapat dimanfaatkan pada ketika itu.
Ada satu kisah seorang pensyarah pengurusan yang hebat. Bercakap dan mengajar ilmu pengurusan di dalam dewan kuliah. Satu hari dia terfikir untuk mencuba ilmunya, dia tidak mahu lagi berteori. Ilmu pengurusan yang menggunung di dalam dirinya diaplikasi untuk mengurus sebuah syarikat. Syarikat yang diterajui menawarkan khidmat pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Setelah dibuat dan melalui pahit manis menguruskan sebuah syarikat, barulah dia sedar betapa dalam banyak hal kita sebenarnya lebih bercakap daripada melakukannya. Kesimpulan yang cuma dibuat oleh saya di sini ialah jika anda tidak berada di tempat seseorang, jangan memandang enteng peranan dan fungsi yang dimiliknya.
Anda mungkin pernah berkata, "apalah si fulan tu, buat kerja tidak profesional." Atau
"Lebih baik bagi kepada aku untuk membuat kerja itu. Aku boleh buat lebih baik daripadanya!"
Hal ini amat menyakitkan jika anda sendiri mendengar kritikan pedas daripada orang lain terhadap diri anda. Betul? Jika anda tidak terasa apa-apa, maka andalah yang paling baik yang pernah saya temui.
Moral: Buat dulu, baru boleh bagi komen. Jangan komen sembarangan.

2 ulasan:
"Moral: Buat dulu, baru boleh bagi komen. Jangan komen sembarangan. "
sya tak buat ape2..tp sya nak komen jugak boleh ke?
paragh2 terakhir entry ni seolah2 menunjukkan penulis meluahkn perasaan (marah) barangkali..betul ke...?
Ya! saya bengang dgn seorang yg menilai kerja saya di makmal. Katanya saya silap buat sukatan.
Saya menafikannya, dan minta dia tunjukkan pula cara yang betul. Nak jadi cerita, dia pun buatlah dan tunjukkan kepada saya.
Yang menariknya, hasilnya sama seperti yang saya buat, kerna sukatannya sama!
Kesian-kesian.......
Catat Ulasan