Jumaat, Februari 03, 2006

Akhbar jawi pupus.


1. Tulisan Jawi.

Akhbar Melayu Mingguan telah tiada kerana tidak berdaya saing. Tulisan Jawi dalam persada dunia sebaran maklumat bercetak terpaksa dihentikan kerana tidak berdaya saing. Tiada pulangan lagi untuk penerbit meneruskan aktiviti penerbitannya. Baca seterusnya dalam Adib.

Saya sebagai muslim masih lagi mempertahankan penggunaan tulisan jawi ini melalui pengajian agama menggunakan kitab kuning. Selain daripada menulis surat kepada ayahanda sekali-sekala. Saya akui, coretan tangan saya menggunakan huruf abc sangat hodoh dan cakar ayam. Jika surat menggunakan abjad abc, lebih baik bagi saya menaipnya menggunakan komputer. Maka lebih baik dan mudah apabila menggunakan tulisan jawi. Penghapusan tulisan jawi pada zaman Khir Johari menerajui institusi berwajib dalam pelaksanaannya terus menghantui survival tulisan ini. Sekarang, persoalannya apakah J-QAF yang diwujudkan mampu mempertahankan kelangsungan hidup tulisan jawi?

2. Penyelewengan.

Hari ini juga, Harian Metro pada muka hadapannya melaporkan penyelewengan fakta dalam kitab kecil yang mencampuradukkan al-Quran dan Injil. Naim dalam posting pertamanya di komuniti sastera mengatakan
penyelewengan yang disiarkan dalam blog NaimSOCHEUSM mungkin menyebabkan blog tersebut dicop sebagai blog sampah.

Tiada ulasan: