Khamis, Februari 09, 2006

Lelaki memang tidak guna...

Ulang siar.
Posting pada: 13-01-05 18:49
Hari itu, tirai 2005 dibuka dengan posting bertajuk Perempuan Memang Tidak Guna! Alhamdulillah mendapat perhatian yang baik dari sahabat-sahabat di ukhwah.com. Kali ini sebagai mengimbangi tajuk yang menimbulkan sedikit rasa tidak selesa di kalangan MUSLIMAT, ana bawakan pula ‘Lelaki Memang Tidak Guna!’ untuk tatapan sahabat semua…

1. Lelaki memang tidak guna jalan raya sebagai medan untuk menunjukkan kehandalan. Saya sebagai lelaki kadang-kadang tercabar juga apabila berada di belakang perempuan. Pada waktu itu timbul juga rasa ego untuk tidak terus berada di belakang wanita dengan memecut selaju-lajunya. Jalan raya bukan tempat untuk menunjukkan kepakaran memandu.

2. Lelaki memang tidak guna keistimewaan yang diberikan kepada kaum wanita sahaja. Oleh itu, jika dia seorang lelaki, dia akan pastikan solatnya sentiasa 5 waktu sehari semalam melainkan apabila dia mendapat rukhsah solat ketika bermusaffir. Pengalaman bekerja di kilang memang berguna, pada waktu bekerja di kilang tu, saya masih ingat Dato’ Fadhilah Kamsah mengeluarkan data kajiannya ‘80% orang Islam tidak solat!’. Perkara boleh diakui kesahihannya apabila anda berada dalam industri pembuatan. Ramai operator kilang, malah staf pengurusan juga tidak menunaikan solat. Saya pernah bergaduh dalam hal ini kerana hanya mengajak mereka solat berjamaah.

3. Lelaki memang tidak guna perhiasan dari emas dan pakaian yang dibuat daripada sutera kerana kedua-duanya haram. Begitu juga lelaki tidak akan menggunakan sebarang aksesori yang boleh menyerupai kaum wanita. “Man tasyabbaha bi-qaumin fa-huwa min-hu” {Barangsiapa yg menyerupai sesuatu kaum maka ia tergolong dari kalangan kaum itu}[Hadis]. Hadis ini adalah hadis yang popular ttg larangan menyerupai kaum wanita bagi lelaki atau sebaliknya. Jika anda dijadikan lelaki, terimalah hakikat anda seorang lelaki. Jangan simpan cita-cita untuk menjadi seperti wanita dengan melakukan pembedahan organ atau berpakaian seperti wanita.

4. Lelaki memang tidak guna kesempatan yang ada padanya untuk meluahkan kemarahannya. Jika seorang suami, dia tidak menjadikan isteri ketika bersama isteri di rumah untuk memarahi isteri kerana tekanan kerja. Lelaki yang gagah adalah lelaki yang boleh menahan nafsu marahnya. Nabi juga berpesan, bahawa lelaki yang gagah itu bukanlah mereka yang menang gusti tangan, tetapi lelaki yang berupaya menahan marahnya. Dalam al-Quran Allah menitipkan empat ciri orang yang baik (muhsin), dan salah satunya adalah menahan kemarahan (al-kaazimina al-ghaizhi), seperti yang tercatat dlam ayat 134 surah aali-‘Imran. Seorang sahabat saya yang merupakan Ketua Jabatan menasihati saya, “Jika mengalami tekanan kerja atau wang, jangan luahkan kemarahan itu pada anak-anak dan isteri. Saya tidak pernah menengking anak-anak dan isteri di rumah. Isteri saya sendiri tidak dapat menduga gelojak perasaan saya, dan dia tidak tahu pada waktu mana poket saya penuh dengan duit atau sebaliknya” Maka sebagai lelaki, marilah kita sama-sama menjadi orang yang boleh mengurus tekanan dengan baik.

5. Lelaki memang tidak guna keistimaewaan berpoligami yang diberikan kepadanya jika dia dikurnakan seorang isteri yang sempurna, taat, solehah, dan boleh melahirkan zuriat. Ketahuilah walaupun lelaki diberi kelebihan utk berpoligami, tetapi amat sukar bagi lelaki untuk berlaku adil. Jika dikurniakan seorang isteri yang setia dan amat mempercayai kesetiaan anda sebagai suami, maka jangan sekali-kali mengkhianati keyakinannya. Jadilah kita sebagai lelaki yg setia yang tidak mempunyai hati yg bercabang. Ciri lelaki seperti ini dinyatakan dalam ayat 4 surah Al-Ahzab. Ayat ini adalah ayat ttg masalah lelaki menziharkan isteri kerana di luar sana dia mempunyai perhatian kepada wanita lain. Maka jika kamu menziharkan isterimu, kaffarahnya amat berat. Kaffarah itu disebut pula dalam ayat 2-4 surah al-Mujaadilah. Jika wajib menerima konsep poligami dalam Islam dan untuk mempraktikkannya, terpulanglah pada kemampuan. Jika lelaki tidak mahu berpoligami, jangan sekali-kali berkata ‘Poligami itu tidak adil’, sedangkan orang yang berpoligami itu (tidak semua) kebanyakannya tidak dapat berlaku adil atau tidak dapat mengamalkan prinsip poligami kerana kurangnya ilmu agama dalam dirinya.

6. Lelaki memang tidak guna matanya untuk melihat perkara yang dilarang khususnya aurat wanita. Jika seorang wanita berselisih dengan lelaki, secara adatnya lelaki akan tertarik untuk melihatnya. Wanita dalam bahasa Arab adalah ‘Mar-atun’ kata terbitan daripada ‘Ro-a’ yang bermaksud ‘Tempat jatuh pandangan’. Kata guruku…"Pandangan pertama adalah rezeki, maka jika disusuli pandangan kedua yang bercampur dengan desakan nafsu, ia adalah dosa." Dato’ Ismail Kamus. Jika arahan supaya wanita menjaga pandangan mata, ayat yang ditujukan khusus oleh Allah untuk lelaki tercatat dalam ayat 30 surah An-Nur. Jika wanita dan lelaki bermuamalat, jangan melihat ke dalam mata wanita (walaupun dalam Kemahiran Komunikasi kita diajar supaya melihat orang yang bercakap dengan kita). Lihatlah seadanya, selagi tidak membangkitkan nafsu sekiranya bercakap atau berurusan dengan wanita yang bukan muhrim dengan anda.

7. Lelaki memang tidak guna subang untuk dipakai pada sebelah telingannya sahaja atau memakai gelang atau berpakaian selekeh ala ‘rockers’. Walhal perkara ini adalah budaya kuning yang dibawa masuk oleh musuh Islam dalam masyarakat Islam. Budaya ini amatlah membimbangkan sehingga ramai remaja terjebak dgn perkara yang merosakkan. Budaya ini banyak namanya….hippies, breakaway, skin head, punk, black metal, hedonisme, dan entah apa-apa lagi.

8. lelaki memang tidak guna ROKOK untuk memberitahu orang lain “Aku sudah matang” atau untuk menghilangkan kerungsingan hatinya. Ada kawan-kawan saya memberitahu saya, “Saya merokok sekadar cuba-cuba, kemudia saya mendapati ia berguna untuk menghilangkan kekusutan minda apabila otak saya letih”. Alahai, mengapa dipilih rokok yang mengadungi jutaan racun itu? Apakah kita ada Al-Quran utk mencari kedamaian jiwa? “dan Kami (Allah) turunkan dari Al-Quran suatu yg menjadi penawar dan Rahmat bagi orang-orang yang beriman….” Ayat 82 surah al-Israa’. Tika berserabut jiwa, bacalah Al-Quran untuk mencari ketenangan, bermunajatlah kpd Allah, tadabburlah ayat2 Al-Quran kerana ia adalah kalam Allah yang suci.

9. Lelaki memang tidak guna sifat EGO untuk menganiaya perempuan. Jika lelaki dan wanita bergaduh, lelaki akan terlebih dahulu meminta maaf daripada wanita walaupun kesalahan itu bukan berpunca dari dirinya. Meminta maaf bukanlah sesuatu yang boleh menurunkan martabat anda sebagai lelaki.

Nota: Tajuknya diubah menjadi Lelaki memang tidak guna...

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dan..diharap-harap... jangan lagi hasil karya 'demo' kena ciplak lagi...hehhe...

apapun.. kawe buleh jadi pemantau tak bergaji demo...

InsyaAllah..

:)

Naim berkata...

terima kasih sahabatku.....

Kecek ongputih sikit...:) "I appreciate your support."

Hani berkata...

kata seorang sahabat yg saya kenal di alam siber; 'no copyright in dakwah'.

At last, saya tau juga penulis asal artikel ni. Artikel yg saya letakkan di bulletin board kelab masa zaman bergelar mahasiswi dulu.. terima kasih atas keprihatinan anda terhadap makhluk begelar wanita :)

Tanpa Nama berkata...

Betul kata k.h.a itu. Tapi bagaimana jika tulisan anda diciplak kemudian dilakukan sedikit pengubahsuaian lalu dia berjaya mendapat hadiah penulisan?

Argh!!! dengan siapa saya bercakap ni? En. Naimisa jangan bangga sangat dengan penulisan anda. Saya benci dengan sikap mengada-ngada tu. Maaf. Saya memang suka luahkan rasa hati saya untk ditatap di sini. :(

Mohamad Abdul Halim berkata...

Barulah aku tahu sapa pemilik sebenarnya. Coz aku main copypaste gak artikel ni dr laman web lain.

mohdabdhalim : Bersyukur kalau artikel sebegini dpt dikongsikan bersama. Tp bukan kerana nama. :)

Naim berkata...

Ya saya setuju. Kata anonymous dan k.h.a serta MohdAbdHalim tu semuanya betul. Kita menulis bukan kerana nama.

Sebab kan ilham itu dari Allah jua?
Syukur.

Tanpa Nama berkata...

jadi jika nama tidak perlu..
jika hasil karya tidak diperlukan..
apa nilai kredibiliti sesebuah karya...

memang idea milik Allah,sama juga dengan nama kita...
apa kata setiap makhluk manusia tak perlulah pakai nama...
kan semuanya milik Allah...!!

bangga atau tidak terletak pada niat seseorang itu, jika riak seseorang itu Allah akan bagi 'Ganjaran'..

jika bersyukur seseorang itu, maka sudah pasti Allah akan gandakan nikmatnya,

yang paling 'kejam' sekali adalah org yang suka hati ambil karya orang lain.. nak kan nama dia 'naik'.. bila dirujuk tentang sesuatu untuk dijadikan rujukan... baru tahu langit tinggi atau rendah...

Tanpa Nama berkata...

Ako usik-usik sikit....

ako tengok kat sini Perempuan memang tidak guna...

Tanpa Nama berkata...

Hi anonymous!Kenapa membentak sebegini rupa.Emosi sungguh! adakah karya anda pernah dicilok?dan seterusnya mendapat nama gara-gara cilok tadi?

Mungkin anonymous sakit hati kerana ada segelintir manusia 'naik' ke langit kerana karya cilok.Tak perlu sakit hati,kebanggaan 'naik' ke langit di dunia ini bukannya mrmbawa kebahagiaan hidup di alam akhirat nanti.

Bawa bersabar,perlu diingatkan kerja cilok adalah 'tidak berkat'.Jikakerana nama pasti takkan kekal lama.Adios!

Tanpa Nama berkata...

Teringat saya dahulu seorang yang menulis tesis Ph.D menggunakan idea orang lain dengan menciplak fakta dan data kajian. Akhirnya dikesan dan dikenakan tindakan. Malang lagi Dato' yang bersalah itu orang sedaerah dengan Naim.

Memang serius kesalahan ini.

Naim berkata...

Penulis Rahsia..Oo ye ke? tak pasti juga saya.

Tentang ciplak tu, cubalah anda baca tulisan berkaitan yg ditulis oleh Pn. Nisah Haron dalam Tunas Cipta, Feb. 2006.

TQ.