Rabu, Februari 01, 2006

Pesan ustaz


Pesan Ustaz Shamsuri di Surau Taman Kerian.

Jam 9.30 malam sebelum mengakhiri kuliahnya malam ini.
Kuliah seterusnya pada 1 Mac 2006.

"Saya berpesan pada diri saya dan tuan-tuan semua. Minggu depan hari Khamis, 10 Muharram. Hari 'Asyura jatuh pada hari disunatkan puasa iaitu Khamis. Hari itu sendiri kita disunatkan berpuasa. Dalam hadis yang masyhur, nabi Muhammad S.A.W bertemu sekumpulan orang Yahudi yang berpuasa. Baginda bertanya darihal perbuatan mereka. Yahudi itu menjawab, 'kami berpuasa kerana 10 Muharram Allah menyelamatkan Musa alaihi as-salam daripada Fir'aun yang mengejar baginda. Hari ini juga, Allah menenggelamkan Fir'aun dalam laut Merah. Sempena hari yang berkat ini, kami melakukan puasa'. Maka nabi kita berkata, 'Aku lebih wajar berpuasa'. Kisah ini menunjukkan kepada kita anjuran puasa sunat 10 Muharram dianjurkan oleh junjungan kita. Satu lagi hadis mengatakan 'bahawa sesiapa yang berpuasa pada hari 'Asyura akan diampunkan dosanya (yakni dosa-dosa kecil)'. Maka marilah kita pakat-pakat peringat pada sahabat-sahabat kita, hantar SMS kepada mereka untuk menganjurkan kebaikan ini. Sehari sebelum 10 Muharram minggu depan, kita hantar SMS kepada sahabat-sahabat untuk memperingatkan mereka melakukan puasa sunat ini."

Pesan Naim: InsyaAllah, semua yang berada dalam senarai nama dalam YM itu, akan menerima pesanan ringkas Naim. Hanya empat orang yang akan menerima SMS peringatan itu. Siapa ya? Tunggu.......seorang kapten ATM, seorang ustaz, dan dua orang adik kandung.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedikit mengenai Nabi Adam a.s. Beliau adalah seorang nabi dan maksum dari segala kesalahan. Namun, bagaimana seorang maksum telah melakukan kesalahan? Begitu juga para sahabat Husein yang mengingkari perintah Imam Husein a.s pada malam Asyura. Ini adalah petunjuk tentang bagaimana keasyikan telah menenggelamkan kesedaran seorang manusia terhadap apa yang dicintainya. Lihat apa yang berlaku kepada Abbas yang berkata kepada Imam Husein a.s, “Ya Maula, jika kamu memerintahkan aku untuk mencincang-cincang diriku akan aku lakukan, namun untuk meninggalkanmu tidak sama sekali.” Begitu juga luahan yang telah diucapkan oleh Zuhair al-Qain tatkala diperintahkan oleh Imam Husein a.s untuk meninggalkannya, “ Jika diberikan pada aku 70 nyawa, dimatikan dan dihidupkan berkali-kali, aku akan hadiahkan setiap satunya kepadamu Husein. Jika dihidup dan dibakar kemudian menjadi debu semula berkali-kali pun aku tidak akan meninggalkanmu keseorangan.” Inilah para ‘Asyirun yang telah dikenali semenjak di alam Zharf (alas/arwah) yang berkumpul bersama Husein di malam Asyura. Mereka telah mengatakan di alam Zharf (alas/arwah), “Karbala, adalah lembah orang yang mengatakan ‘Qalu Bala”. Ketika Allah melarang nabi Adam daripada menghampiri pohon Manhiyah yang merupakan pohon keasyikan, nabi Adam tetap sahaja menghampirinya dan memakan buahnya. Tiga perkara yang berlaku berikutan perbuatan Adam itu : 1) Lepaslah semua pakaiannya, 2) Keluarlah baginda daripada syurga, yang sebenarnya merupakan syurga duniawi. Ini kerana para asyik tidak menyintai kelazatan dunia, 3) Malaikat Jibrail bermatam meratapi musibah yang menimpa Imam Husein a.s, sebagai manifestasi tenggelamnya seorang asyik kepada mahsyuknya. Beginilah ingkarnya Nabi Adam kepada Allah yang sebenarnya melambangkan perbuatan seorang asyik sedangkan ketaatannya kepada Allah adalah sangat besar.

Tanpa Nama berkata...

err..
nabi juga bercadang untuk berpuasa sehari sebelum hari asyura, iaitu pd hari tasu'a. tapi nabi wafat sebelum tibanya muharam tahun berikutnya. So, sunat juga berpuasa pada 9 muharam. wallahu a'lam.

[maaf info lambat, tapi harapnya berguna juga untuk tahun2 mendatang.]