'Dia' ditemui di ruang perpustakaan sebuah masjid. Sewaktu menunggu seorang sahabat selesai tunaikan kewajipan, sedang diri sudah beres. Silaplah jika kawan solat, kita melepak kosong di luar. Ada perpustakaan di luar laman masjid, manfaatlah seadanya. Alhamdulillah, terjumpa 'dia'.
Kulihat kelibatnya sepintas cuma,
Kerlipan mata tidak sampai seratus,
Kutatap wajahnya,
Kutersenyum puas.
Bila hati jatuh cinta.
Akan kurisik sehingga kenal,
Akan kucari rahsia-rahsianya,
Sama ada terang atau tersembunyi,
Dari jauh tetapi 'dekat'
Aku menunggu kehadirannya.
'Dia' sangat mengujakan! Nilai keilmuan 'dia' menambat kekagumanku. Sempat 'dia' uwar-uwarkan kebijaksanaan. Kata 'dia', "Dalam al-Quran Allah berfirman dalam surah Al-Qiamah; Apakah manusia mengira bahawa Kami (Allah) tidak akan mengumpulkan kembali tulang-belulangnya?' Bahkan, Kami berkuasa menyusun kembali jari-jemarinya dengan sempurna."[1]
'Dia' berkata lagi, "Kamu tahu?" Aku yang kedunguan terpinga-pinga. Tidak menyangka 'dia' mempunyai tahap pengetahuan setinggi ini. Wajah 'dia' kutatap sungguh-sungguh. Sejuk mataku memandang 'dia'. Biarpun wajahnya tidak 'segak', idea 'dia' meruntun egoku.
"Menagapa Allah sebut jari-jemari? Tidak dinyatakan 'wajah atau muka'?" Aku menggeleng-geleng. Otakku letih untuk memberi jawapan.
"Tahukah kamu? Sebelum manusia menggunakan cap jari sebagai bukti pengecaman identiti, mereka menggunakan hukum Bertillon. Bertillon si Saintis Perancis mendabik dada mendakwa itulah kaedah yang terbaik. Pada 1903 kaedahnya ternyata salah apabila terdapat dua orang yang mempunyai identiti yang sama. Mempunyai nama keluarga yang sama pula. Seorang bernama Will West dan seorang lagi William West. Mereka berbeza bangsa, Caucasian dan ......" Ah! Aku tidak menangkap kata-kata 'dia' tentang bangsa William West itu. Tetapi menurut kajian itu, mereka berada di dua daerah dan sempadan negeri yang berbeza.
"Subhanallah!" Aku bertambah kagum dengan kebesaran Allah.
'Dia' melanjutkan lagi cerita, "Bayangkan kedua-duanya mempunyai persamaan lima ciri dalam kaedah pengecaman Bretillion iaitu saiz dan panjang kepala, panjang lengan kiri, muka, panjang jari kelingking kiri dan panjang kaki kiri."
Aku kira Bertillon ini kidal, kerana menggunakan kebanyakan bahagian kiri tubuh manusia.
"Tapi itu Bertillon, al-Quran sudah menyebutkannya jauh lebih awal. Teori sains biometriks dan bioinformatik ini telah lama tercatat dalam al-Quran yang kamu baca." 'Dia' seolah-olah mentertawakan kebodohan aku dan lain-lain yang mengaku meminati sains, tetapi malas mengkaji al-Quran sebagai sumber ilmu sains.
Lihat! 'Dia' yang ditunggu-tunggu Naim. Aku sudah jatuh hati kepada 'dia'. (Sila klik untuk melihat seraut wajah 'dia' yang cantik itu..
Nota kaki: .... = minda Naim tidak mengingatnya lantaran tidak dirakam dengan kejap di ingatan.
Catatan Selasa (7 Feb 2006), 0700.
[1] al-Qiyamah, ayat 3-4.

2 ulasan:
dah beli buku tu? info yg menarik :)
Belum dapat lagi En. OP. Tiada auto response drp webmasternya. Jadi nampaknya terpaksa saya call, hantar email pun tak layan lagi tu.....sedih-sedih....
Catat Ulasan