Jumaat, Februari 24, 2006

Awas! Mee kuning bahaya.

Berita baik yang diterima semalam.

Hari ini KOSMO! menyiarkan berita Mee kuning yang mengandungi Asid Borik dan Ezchericia Coli (E. Coli sebut E-Kolai). Asid borik merupakan bahan kimia yang digunakan untuk mencuci fungus dan kulat. Digunakan sebagai detergen untuk mencuci bahagian sulit manusia. Jika anda sudah membeli Mee kuning sila buat eksperimen kendiri dengan merendam sedikit mee dalam air kunyit. Jika air kunyit bertukar menjadi merah, ini bermakna terdapat asid borik di dalam mee yang digunakan untuk memastikan mee tidak berkulat. Asid borik boleh menyebabkan barah @ kanser. E. coli pula merupakan kuman yang terdapat dalam najis manusia dan haiwan. Boleh menyebabkan keradangan usus dan keracunan makanan. Menyebabkan dihidrasi, cirit-birit dan boleh membawa maut.

1 ulasan:

Naim berkata...

Ya, anda juga dialu-alukan. Masih lagi dibuka untuk penyertaan. Baca dengan teliti prosedur di weblog JK2 yang diberikan dlm posting ni....