Khamis, Februari 02, 2006

Sembang sastera


Soalan lazim buat Naimisa Yusof (Naim) oleh seorang wartawan yang tidak mahu dikenali, En. X.

En. X: Boleh saudara ceritakan bagaimana terdetik hati menyertai e-sasterawan?
Naim: Pertama sekali saya mula-mula mengetahui nama pengasas komuniti siber ini di dalam buku Idealis Penulis Muda terbitan PENA (2005). Melalui pembacaan tersebut, saya mula menjejakinya di internet. Alhamdulillah, akhirnya bersua juga dengan perkampungan maya ini.

En. X: Mengapa memilih nama pena Naimisa Yusof?
Naim: Pertama nama yang di hadapan merupakan gabungan nama panggilan saya dengan ayah. Kemudian yang di belakang merupakan nama seorang ustaz yang juga sahabat saya (yang saya anggap seperti ayah kedua). Beliau banyak mendorong saya dalam berkarya.

En. X: Bagaimana saudara boleh terfikir untuk menjadi penulis?
Naim: Saya memang tidak sedar bakat penulisan yang ada. Saya lebih gemar menjadi pemburu buku dan membaca sebanyak mungkin buku-buku yang boleh dibaca. Melalui pembacaan, saya mendapat pelbagai input yang berguna merangkumi bidang agama, falsafah, motivasi, sains, sukan, ekonomi, sosiologi dan politik. Sehinggalah saya perasan mempunyai bakat penulisan apabila ditaipkan di hadapan nama saya sebagai 'penulis baru' dalam beberapa majalah Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd beberapa bulan yang lalu.

En. X: Bilakah anda menjadi serius?
Naim: Penulisan memerlukan latihan yang konsisten supaya kebiasaan menulis dapat menajamkan lagi penguasaan dan skil menulis itu sendiri. Saya mulakan berdikit-dikit dengan penulisan weblog dengan menggunakan gaya bahasa standard. Saya tidak pernah ambil pusing sama ada khalayak pembaca maya membukanya atau tidak. Yang penting bagi saya ialah kepuasan menulis dan menyatakan pendapat. Alhamdulillah, setelah lama menjadi penulis weblog, saya dapati coretan saya mendapat kunjungan dari seluruh dunia termasuk UK, Yugoslavia, Mesir, Arab Saudi, Jerman, Jepun, Amerika Syarikat dan Malaysia. Semestinya ia merupakan petunjuk bahawa terdapat mereka yang memahami penulisan saya yang membacanya.

----
Ya! Baca seterusnya wawancara lengkap ini di weblog terkini saya di 'lot perumahan' e-sasterawan


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pak...UK tu di London....jgn jadi ngoblok mcm artis barat yg jutawan sih......:P :D

Naim berkata...

Ok.....nanti tahulah orang yang baca tu UK di London...:D Terima kasih.