Selasa, Februari 14, 2006

MBI vs MBO

Pengurusan di Malaysia menurut pandangan beberapa pakar analisis pengurusan lebih berorientasikan Pengurusan Berdasarkan Insiden (MBI). Sepatutnya pengurusan dibuat mengikut prinsip Pemngurusan Berdasarkan Objektif (MBO). Ketidakcekapan dalam pengurusan amat tidak disenangi oleh banyak pihak yang terlibat sehingga kadang-kadang campur tangan media memainkan peranan penting bagi menggerakkan jentera kerajaan. Kita lihat contoh, dan perkara ini wajar dipuji seperti mana langkah yang diambil oleh TV3, Kosmo! Harian Metro! Utusan Malaysia, Harakahdaily (tidak lupa) dan akhbar lain dalam membuat pendedahan mengenai isu kelembapan pengurusan agensi kerajaan.

Ada orang mengatakan bahawa sesetengah peranan yang dimainkan oleh media massa mempunyai agenda menurut teori konspirasi. Agenda tersembunyi tersebut dikatan berpunca daripada serangan psikologi ke atas individu tertentu dalam kabinet Malaysia. Perkara ini sama ada benar atau tidak bukanlah hal yang perlu kita teliti, tetapi setidak-tidaknya telah ada kuasa luar biasa media massa membuat liputan ‘mesra rakyat’. Kelemahan-kelemahan yang didedahkan tidak akan dapat diselesaikan seandainya pihak yang terlibat tidak mahu membuat perubahan. Apa pun sekurang-kurangnya ada usaha untuk mengetengahkan beberapa perkara yang menunjukkan kelemahan dalam pengurusan.

Sekian dahulu celoteh untuk komentar pengurusan Malaysia ini. Semua persoalan tidak boleh diajukan kepada saya. Anda hanya dibenarkan memberi komentar ringkas di ruang komen. Terima kasih.

Saya mencoret ketika…
-Sedang menunggu katalis yang dikeringkan selama dua belas jam ‘masak’ di dalam oven Makmal Petroleum.-

Tiada ulasan: