Hari ini dalam sejarah. Jika di dalam televisyen ada slot Hari Ini Dalam Sejarah, maka saya juga ingin menulis 'Hari ini Dalam Sejarah'. Arkib kehidupan setahun yang lalu.
Pada hari ini 22 Feb 2005, seorang pelajar telah ingkar menerima arahan mengikuti Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Carsbulk (bukan nama sebenar. Tapi sebut Kalsbej ala-ala gitu lah yang buat air bikin pening kepala. Kata orang Arab al-Khamru, ia wujud di Malaysia) di Shah Alam. Menurut catatan arkib, beliau telah mengingkari arahan pensyarahnya daripada mengikuti lawatan tersebut sebagai memenuhi aktiviti pembelajaran lestari. Lawatan diwajibkan kepada semua pelajar yang mengikuti kursus Rekabentuk Loji dan Ekonomi II. Pada asalnya, kumpulan lawatan dibahagikan kepada dua, satu ke PETRONAS Melaka, dan satu lagi ke Shah Alam. Setelah terkejut menerima berita penyenaraian tersebut, pelajar tersebut telah berbincang dan membuat pertukaran dengan seorang rakan Cina. Pertukaran di peringkat mereka berjaya, tetapi tidak diluluskan apabila usul dibawa kepada pihak atasan. Alasannya, pelajar tersebut mesti melihat sendiri teknologi fermentasi yang tercanggih di kilang Carsbulk. Kenapa? Pelajar tersebut juga mengambil kursus pilihan iaitu Kejuruteraan Biokimia.
Memandangkan usul peringkat atasan ditolak, maka pelajar itu dengan beraninya memutuskan untuk tidak mengikuti lawatan tersebut. Beliau telah menulis surat tunjuk sebab kepada pensyarah berkaitan dan menunjukkan sokongan perkara sampingan yang perlu dihadirinya. Menurut pelajar itu, bagi tidak mengecewakan dan rasa salah sangka pensyarah beliau memaklumkan keperluan untuk hadir dalam satu majlis bersama VC di kampus induk. Dan hari ini dalam sejarah telah genap satu tahun. Siapa yang mengatakan saya silap akan melihatnya sebagai 'kebebalan' diri saya. Bagi saya, apa yang perlu saya belajar adalah apa yang baik dan berguna untuk kebaikan diri dan agama saya juga.
Dan saya boleh menukilkannya kerana dalam statistik saya, tidak ada mana-mana pelajar atau pensyarah di kampus ini yang membaca coretan-coretan saya. Saya juga tidak fikir ini suatu kesalahan untuk menyatakan ketegasan saya dalam hal ini.
Saya juga telah mencoret resensi buku Falsafah Hidup Hamka.
6 ulasan:
assalamualikum..
heheh... demo soghe ko hok tok gi.. hmm.. ade lagi sorang laa.. cuma cara dio ni.. tok gi..lpas tu bersikap 'senyap' terhadap pensyarah yg ty kenapa.. tak datang lapor diri pada hari berkenaan..
sapa.. yerr...!!
Di sini rupanya berpindah :) Selalu betul ek pindah2 tempat ni.. Btw, apa jadi lepas tu? Ada kena apa2 tindakan tak?
hmmm....alhamdulillah. Tiada tindakan tatatertib yang dikenakan. Sebab saya buat perkara yang betul.
Juga tidak dikurangkan markah (
carry mark) seperti yang diuwar-uwarkan oleh sesetengah orang.
assalamu'alaikum...tindakan yg berani sbg mahasiswa....jarang pelajar2 skang nak berani bersuara tegas..berani krn benar..:)
apa susah sangat pasal markah... bila belajar kerana Allah, Insya-Allah segalanya dipermudahkan, semoga success selalu. ameen
kakak
aimanajihah: Wa'alaikumussalam..
Ya....kena berani bertempat juga. dan berani betul-betul...bukan betul-betul berani yang melulu-lulu.
Kakak: terima kasih kerna doa kakak. Doa org yg berjauhan tu maqbul...Ameen.
Catat Ulasan