Isnin, Januari 30, 2006

Mengutip mutiara 1

Hal keempat yang disentuh oleh Prof. Madya Dr. Salleh ialah tentang IRC atau IFC. Gerakan yang menyamakan semua agama. Bagi mereka semua agama menganjurkan kebaikan, keamanan, dan meyuruh pengikutnya menjadi baik. Perkara ini sangat bahaya dan bertentangan sekali dengan ayat 19 surah aali-'Imran (beliau membacakan ayatnya) yang bermaksud; "Sesungguhnya agama yang diredhai oleh Allah ialah Islam.." Pergerakan ini mendapat sokongan NGOs Melayu dan bukan Melayu. Sedihnya apabila ada seorang menteri Melayu yang merasmikan perhimpunan IRC membuat kenyataan seperti
1. Selepas ini semua agama adalah sama, tidak ada agama yang lebih baik berbanding agama lain.
2. Selepas ini, masuk pejabat buang agama. Agama tidak ada kaitan dengan hal di pejabat.

(Naim fikir; Ya Allah. Tolol sungguh pemikiran menteri tu. Tapi siapa? Naim toleh ke belakang. "Siapa?" Tanya Naim pada Amirulreza. "Rais Yatim lah." Jawabnya ringkas. Terima kasih kerana memperingatkan fakta ini kepada Naim.)

Hal kelima berkenaan gerakan Wahhabi. Gerakan yang dipelopori oleh pelajar-pelajar lepasan Jordan, Saudi Arabia, Mesir dan lain-lain negara Timur Tengah. Kita tidak gusar dengan perwatakan sesetengah yang luas (luwes) ilmu agamanya. Namun kita sangat tidak setuju dengan gaya sesetengah mereka yang terlalu taksub sehingga dengan mudah menghukum itu bid'ah, ini bid'ah. Secara berseloroh beliau berkata, "Kalau baca wirid selepas solat itu bid'ah, apa yang mereka buat? Selesai solat, salam kanan kiri bangun garu punggung. Itu yang mereka buat. Itu bukan bid'ah?" (Audien tergelak sakan.)

Gerakan ini bermanhaj salafi dan mazhab Wahhabi. Cukuplah mereka menghentikan kegiatan mereka ini untuk memperkatakan perkara yang furuk, khilafiyah di kalangan umat ini. Banyak lagi agenda Islam yang lebih besar untuk diperjuangkan. Jangan kerana perkara itu tidak cocok atau selari dengan pendapat mereka, lantas dengan mudah mengatakan orang yang bertentangan itu sesat!

Akhir sekali, Prof. Madya Salleh menyebut darihal Sisters In Islam (SIS). Gerakan profesional wanita yang berkiblatkan barat. Mereka dengan latar pendidikan barat, didoktrinkan orientalis barat menggunakan platform NGO untuk memperjuangkan hak-hak wanita. Sedangkan mereka tiada kepakaran untuk membicarakan perkara yang berkaitan agama Islam.

Kemudian ditekankan juga peranan ulama kini. Beliau berkata, "Saya amat tidak setuju jika orang awam menuduh ulama tidak menjalankan tugas. Ulama menentang gejala keganasan. Ulama menentang penagih dadah. Ulama menentang gejala sosial. Ulama menentang rasuah. Ulama menentang golongan anti-hadis. Ulama menentang wanita tidak bertudung. Ulama menentang penyelewengan. Ulama menentang ketidakadilan. Tugas mencegah kemungkaran bukan hanya terletak di atas bahu ulama. Semua kita mempunyai peranan untuk menentang perkara ini. Seperti sabda Nabi S.A.W berbunyi "Man ra-a munkaran fal yughayyir biyadihi, wa in lam tastathi' fabilisaanihi, wa in lam tastathi' fabiQalbihi, wahuwa adh'aful iman." - "Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa yang ada padanya), jika tidak mampu dengan lidahnya (memberi nasihat), jika tidak mampu tegahlah dengan hati (iaitu benci dan tidak redha di dalam hati) dan itulah selemah-lemah iman."
Maka marilah kita sama-sama memainkan peranan untuk melakukan amal ma'ruf dan mencegah kemungkaran dengan keupayaan yang diberikan Allah kepada kita.

Komen Naim: Secara jujur Naim amat kagum dengan ketegasan dan keberanian Prof. Madya menyatakan pandangan sebagai menyatakan prinsipnya. Walau ketika ucapan ini dibuat, pengerusi biacara nampaknya orang Be End yang totok. Begitu juga terdapat audien dari kalangan VIP di dalam majlis iaitu ADUN Kuala Kurau dan ADUN Titi Serong. Kiranya kelantangan beliau ini sekurang-kurangnya dapat mengetuk sedikit minda yang alpa kedua-kedua ADUN yang mengikuti majlis. Inilah ilmuan yang kita mahu, kerana berani menyatakan kebenaran mengikut prinsip ilmu yang dimiliki, bukannya tunduk kepada kehendak dan selera pemimpin yang zalim.

Glosari
Totok - orang kuat, penyokong setia.

*Catatan 'Kembara Ilmu, Mengutip Mutiara yang Tercicir' dalam Majlis Bicara Agama siri 2, 28 Jan 2006.

Nanoteknologi: nanotiub karbon.

Mari mengenal dunia nanotiub.


Klik pada gambar ini untuk membaca buku ulasan nanotiub karbon


Gambar ini (klik untuk imej yang lebih jelas) sebagai kunci, butang tetikus anda adalah anak kunci. Anda pemegang anak kunci itu sekarang. Terpulang kepada anda untuk membukanya atau tidak.

Ahad, Januari 29, 2006

Mengutip Mutiara

Ketika membuat lawatan jalan-jalan cari makan rohani, saya dan beberapa orang rakan pergi. Tidak silap perkiraan saya, rombongan kami terdiri daripada 20 orang. Syukur pada Ilahi, mutiara khazanah ilmu yang tercicir itu dapat kami kutip walau di mana ia berada. Kali ini tempat jatuhnya mutiara minda untuk disantap oleh kami bertempat di perkarangan Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar. Pada asalnya program bermula jam 7.45 malam, namun berlaku beberapa aspek teknikal sehingga ditangguhkan selepas isyak. Perjalanan dari kampus ke pejabat agama mengambil masa 15 minit, memang dekat walau pun ada di antara kami yang masih tercari-cari jalan yang betul kerana tempatnya tersorok sedikit di sebelah Taman Kerian Permai. Untuk panduan mereka yang belum pernah ke sana, jalan susur masuk terakhir adalah selepas premis Long Wan, melepasi kedai barangan plastik itu anda akan menemui simpang tiga. Belok ke kanan dan teruskan perjalanan, pejabat agama terletak di sebelah kanan jalan menuju Taman Kerian Permai kira-kira 300 meter daripada simpang tiga. Di mana pula Long Wan? Jika anda masih tidak tahu, ia sebaris dengan kedai Komputer PMI yang baru.

Pihak penganjur terpaksa mencari ganti Dato' Mufti kerana keuzuran beliau, penggantinya ialah Prof. Madya Dr. Salleh Ahmad, Pensyarah Undang-undang di UIAM. Beliau merupakan salah seorang panel Majlis Fatwa Kebangsaan. Seorang lagi pembiacara yang agak muda ialah Pengarah Agama Islam di Pejabat Agama Islam Parit Buntar, Tuan Hj. Jamsuri. Buat pertama kali sedikit rasa kesal menyertai program ini, kerana penceramah utama yang menjadi fokus saya iaitu Mufti Perak tidak berada dalam majlis. Namun begitu, sebagai adab tetaplah jua diri saya menetapkan diri sehingga majlis tamat pada jam 12.00 tengah malam. Majlis dimulakan oleh tuan pengarah yang lebih muda. Gaya dan penyampaiannya berapi-api layak dan cocok dengan darah mudanya.
Beliau menyentuh beberapa perkara yang berkaitan kemunduran umat Islam. Umat Islam menjadi hina disebabkan tidak mengambil al-Quran dan sunnah sebagai ikutan. Namun isi ucaptama yang bersemangat itu sedikit hambar apabila beliau menyentuh sekolah agama rakyat (SAR). (Ketika ini saya sudah menyandarkan muka dan mula mengantuk. Isinya tidak selari dengan lazatnya telinga ini mendengarkan.)

Beberapa fakta yang saya kira tidak tepat diketengahkan oleh beliau tentang SAR, kononnya kerajaan masih perihatin terhadap perkembangan SAR. Katanya perbelanjaan masih lagi diperuntukkan ke SAR di sebelah petang, namun yang menyedihkan ialah bilangan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke SAR tidaklah banyak. Beliau memberi beberapa contoh SAR yang popular seperi SAR Raja Nazrin Shah, SAR Ta'ayah (dan beberapa nama lagi) yang mendapat sambutan hangat. Katanya, daripada 400 tempat yang ditawarkan dalam SAR itu 4000 permohonan telah diterima. Bagi saya, indikator SAR yang diguna oleh beliau tidak sama dengan definisi SAR yang saya fahami. Tidakkah di SAR telah dihentikan bantuan per kapitanya beberapa tahun lalu, sehingga melumpuh dan melenyapkan hampir keseluruhan SAR di negara kita? Jika betul SAR di Perak masih banyak dan aktif dengan bilangannya 768 buah, mengapa baru-baru ini terdapat muktamar Majlis Permuafakatan Menyelamatkan SAR Perak. Di antara resolusi muktamar tersebut ialah menggesa kerajaan negeri mengembalikan semula sumber kewangan yang disekat. Jika benar SAR masih lagi aktif, mengapa pihak Kementerian Pelajaran memperkenalkan JQAF yang akan mengganggu masa untuk anak-anak belajar KAFA. Alih-alih, ibu bapa yang dipersalahkan kerana tidak menghantar anak-anak belajar di SAR.

Pembicara kedua yang lebih berumur nampaknya ngam dengan citarasa halwa telinga saya. Gaya dan penyampaiannya seperti orang lama yang penuh dengan kebijaksanaan. Susun kata yang lebih teratur, lebih enak didengar apabila diselitkan mesej-mesej yang tegas menggambarkan pendiriannya terhadap kepincangan dalam pentadbiran.

Hal pertama, isu pindaan Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan. Katanya, "Bagi saya, mereka yang menentang undang-undang ini tidak faham apa itu undang-undang Keluarga Islam kerana sebenarnya telah dilaksanakan di negeri-negeri lain sejak sekian lama. Wilayah Persekutuan terlewat sedikit berbanding negeri lain kerana masalah teknikal. Jika di negeri lain, pelaksaaannya tidak menimbulkan masalah, mengapa mereka menentangnya? Saya melihat mereka lebih memperjuangkan hak wanita atas nama hak asasi manusia. Paling bodoh dan kurang ajar mereka ini (dalam hati, siapa lagi kalau bukan SIS) mereka mempertikai terma 'mithlu hazh-zhil unthayaini' (PS Naim: sila rujuk ayat 11 surah An-Nisaa). Ini ketetapan Allah yang Maha Bijaksana kepada lelaki. Mengapa lelaki diberi dua bahagian. Ini tidak, kerana saksama mereka mahu wanita juga diberi dua bahagian. Dalam faraid lelaki diberi hak yang lebih kerana tanggungjawab lelaki dalam memberi nafkah lebih besar berbanding wanita. Ini perlu jelas.

Hal kedua, isu perkara 121 (1A). Akta yang dibuat pindaannya oleh Bapa Perundangan Malaysia, Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim. Khabarnya peguam yang bijaksana ini 11 kali berulang-alik menemui Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan pro dan kontra pindaan. Asalnya sebelum pindaan dibuat, status mahkamah syariah lebih rendah daripada mahkamah sivil. Jika tidak dibuat pindaan, maka Mahkamah Sivil boleh mencabar keputusan Mahkamah Syariah. Hal ini bermakna Mahkamah Syariah adalah mahkamah kelas kedua. Setelah dibuat pindaan, kredibiliti dan akauntabiliti Mahkamah Syariah tidak boleh diganggu-gugat. (PS Naim: perkara 121 (1A) yang lebih terperinci)

Hal kedua, berkaitan Islam Liberal. Suatu gagasan yang memperjuangkan keterbukaan yang melulu. Golongan ini dipelopori oleh mereka yang belajar di Indonesia untuk memurtadkan umat Islam. Islam liberal amat bahaya kepada umat Islam kerana ajaran ini menggalakkan kita menggunakan akal fikiran. Inilah bahaya paling besar yang didatangkan oleh satu ajaran yang bernama Islam liberal, kononnya untuk membuka dan membebaskan minda umat Islam. (PS: SIS pun liberal juga. Siapa Nuri Abdullah dalam SIS itu?)
*Catatan 'Kembara Ilmu, Mengutip Mutiara yang Tercicir' dalam Majlis Bicara Agama siri 2, 28 Jan 2006.
bersambung, insyaAllah

Sabtu, Januari 28, 2006

Depress? Stress? Terkejut?


"Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan."


~Davey John Schwartz

Ketika dirundum masalah, jiwa dan minda berkecamuk dengan persoalan hidup. Kadang-kadang membawa kepada igauan di dalam mimpi ketika fasa tidur ‘pergerakan mata rawak’ (Random Eye Movement – REM).
(Ha ha ha..... Naim dalam kegeringan, belum sembuh sepenuhnya. Agak-agaknya kenapa? Terlalu gembira? Depress? Stress? Atau terkejut!). Lambat sembuh kerana memaksakan diri melawan secara natural.

- Terkejut? Nak terkejut apa lagi?
+Stress? Mungkin juga, kena siapkan proposal projek katalis baru nanotiub karbon.

-Depress? Tindak balas biasa orang yang terlalu gembira. :) :P Proposal telah diterima, dan ujikaji makmal akan dijalankan.

Fakta dadah: Paracetamol yang diambil oleh manusia mengambil masa lima tahun untuk disingkirkan dari sistem tubuh.
Luahan rasa tertekan ketika berada di bawah pengaruh minda sedar menjadikan kata-kata itu dilonjak keluar secara terpaksa ketika tidur. Apabila seseorang bercakap ketika tidur, dia dikatakan mengigau. Satu malam, saya seolah-olah berada dalam persidangan, berdebat sesuatu perkara yang berat. Terdapat sedikit kekecohan apabila masing-masing yang memberi pendapat berkeras dengan hujah. Realitinya, apabila saya berada dalam forum atau perbincangan yang hangat maka lebih baik berdiam dan membuat analisis terlebih dahulu.

Namun dalam lena itu, saya menyampuk juga. Sampukan itu membuatkan saya tersedar apabila telinga yang ditulikan Allah semasa tidur mendengar suara sendiri yang membaca ayat al-Quran. Rupa-rupanya ayat itu disambung dari ‘siri dialog’ di dalam tidurku yang tidak dihabiskan oleh orang yang memulakan ayat tersebut. MasyaAllah.

Alamak! Ada mesyuarat pula jam 9.30 pagi ni.

Jumaat, Januari 27, 2006

Perangkap Emosi

Saya sudah lama tidak memanfaatkan ruang maya untuk menulis komentar isu-isu semasa. Ya, semestinya masa untuk membuat penelitian agak terbatas kini. Pun begitu saya suka mengikuti ulasan-ulasan daripada penulis mapan seperti Roslan SMS, Amirulreza, atau Pak Di. Terbaru Pn. Nisah Haron, seorang penulis terkenal yang juga peguam membuat komentar ulangan berkenaan poligami. Mungkin juga anda belum membaca perkara lapuk yang dicoretkan oleh saya lewat November 2005; Hipotesis seperti yang terpapar dalam Dewan Kosmik Disember 2005.

Minggu lepas saya memuatkan Dialog tanpa kata; ia sebenarnya menyelitkan unsur protes diam yang berlaku di kalangan remaja-remaja. Perkara ini sentiasa berlaku kepada anak-anak yang terlalu dimanjakan, setiap yang diminta diperoleh sehingga sampai satu tahap permintaannya tidak dipenuhi. Remaja merupakan zaman peralihan yang begitu memberangsangkan. Ketika ini, ibu bapa memasuki fasa kedua dan ketiga dalam pendidikan anak-anak seperti mana sabda Rasulullah;
"Laa'ib waladaka sab'ah. Addib waladaka sab'ah. Shoohib waladaka sab'ah." (au kama qaala).
Fasa Pertama: Tujuh tahun pertama, bermain-mainlah kamu dengan anak kamu.
Fasa Kedua: Umur 8 - 14 tahun - Didiklah anak-anak kamu.
Fasa Ketiga: Umur 15 - 21 tahun - Bersahabatlah dengan anak-anak kamu.

Secara mudah, dalam konteks pendidikan anak-anak di Malaysia, apabila beralih ke sekolah menengah pendekatan psikologi yang digunakan mestilah sesuai dengan tahap mereka. Remaja sebenarnya mempunyai sikap memberontak yang teruk dan kebanyakannya ditunjukkan secara diam. Natijah daripada pemberontakan itu menghasilkan anak-anak yang merasakan diri mereka terkongkong walau pun diberi perhatian yang sepenuhnya. Kongkongan itu disebabkan mereka tidak memahami kehendak dan tujuan sesuatu perkara atau nilai hidup yang cuba diterapkan ke dalam jiwa mereka. Justeru ibu bapa haruslan memainkan peranan memastikan anak-anak faham perkara yang diterapkan dalam pendidikan anak-anak. Anak-anak yang tidak faham akan mudah terpangaruh dengan persekitaran dan suasana massa yang teruk dan tercemar dengan budaya yang punah sehingga menganggap kehidupan di rumah membosankan serta kaku. Maka tidak hairanlah jika kita mendapati terdapat remaja-remaja Islam yang mempunyai latar belakang keluarga yang baik (Islamik) boleh menjadi rosak. Memang tidak dinafikan, zaman kini merupakan era yang mencabar buat ibu bapa mendidik anak-anak. Tidak ada ibu bapa yang boleh mendabik dada mengatakan anaknya selamat dari pengaruh dan anasir jahat di luar rumah. Tidak ada ibu bapa yang boleh merasa aman untuk memastikan anak-anak mereka tidak terkena tempias kedurjanaan suasana persekitaran dalam masyarakat.

Dialog tanpa kata ingin mengajak anda berfikir pertentangan yang cuba diwujudkan oleh kakak kepada Naim apabila melarangnya membuat sesuatu. Larangan itu pula disajikan dengan satu permulaan yang memberi rangsangan tindak balas hasil daripada sikap ingin tahu. Keadaan inilah sebenarnya berlaku dalam kebanyakan kes remaja yang memberontak. Unsur-unsur suspen seperti ini biasanya akan menyebabkan pemikiran remaja bergerak untuk mencari jawapan. Jika bijak cara pemikirannya, baiklah tindakan susulannya. Begitulah sebaliknya. Pemberontakan seperti ini biasanya berlaku kepada anak-anak yang terlalu dimanjai sehingga sampai suatu tahap mereka tidak dapat memberi pertimbangan yang adil kepada ibu bapa. Remaja yang dilarang daripada melakukan sesuatu perkara (sedangkan sebelum itu dia boleh melakukannya) mestilah diberi penerangan tentang perkara itu. Hal ini dapat mengurangkan tahap pemberontakan dalam jiwa mereka. Memarahi tanpa memberi alternatif atau pemahaman terhadap tegahan akan menyebabkan mereka tidak faham, wujudlah perangkap emosi dalam diri mereka. Mereka mula menyalahkan keadaan yang tidak difahami sehingga akhirnya menyalahkan ibu bapa. Akibatnya mereka mencari rakan sebaya untuk meluahkan perasaan tertekan sehingga terjadi kes lari rumah atau melakukan aktiviti negatif bersama kawan-kawan.

Khamis, Januari 26, 2006

Sabar, teka-teki dan dialog antara bangsa

Sabar

*Al-Quran merakamkan perkataan sabar sebanyak 90 kali. Ini membuktikan akan kepentingan sabar di sisi ALLAH. Bahkan satu hadis Nabi yang masyhur : Sabar adalah sebahagian dari iman (Ash-Shobru min al-Iman).
*Imam Ghazali membahagikan sabar kepada 3 keadaan:

1. Sabar dalam mentaati Allah.
Untuk menjalani perintah Allah dan mengerjakan suruhanNya, seseorang muslim perlulah bersabar. Tanpa bersabar, suruhan dan perintahNya tidak dapat dilakukan dengan baik oleh seseorang kerana tanpa sabar mereka akan melanggar perintah Allah, apabila perintah itu dianggap sebagai sesuatu yang membebankan.

2. Sabar dalam meninggalkan maksiat.
Dalam menjalani sebuah kehidupan, sudah tentu kita ingin melakukan sesuatu perkara yang didorong oleh nafsu kerana manusia mempunyai nafsu syahwat yang ingin melakukan maksiat dan kemungkaran serta melanggar hukum-hukum dan perintah Allah. Oleh tiu, manusia muslim harus bersabar dalam menahan keinginan nafsunya dari melakukan amalan dilarang.

3. Sabar dalam menempuh ujian.
Manusia tidak dapat lari dari menempuh pelbagai dugaan, bencana, bala, kesusahan dan seribu macam ranjau duri serta kepahitan hidup. Untuk menghadapi keadaan itu, muslim mestilah bersabar dan tidak berputus asa kerana ia satu sifat yang tercela. Perlu diingat, semua itu adalah yang telah ditetapkan oleh Allah.*1
(*)Ini entry yang diciplak menggunakan teknik copy & paste
*1. Baca ayat 22 surah al-Hadid.

Teka-teki.
Sekarang di UK musim sejuk. Salji turun mencurah-curah. Terpaksa pakai baju tebal-tebal supaya tidak kesejukan.

Sampai satu masa, dua orang sahabat ingin pergi ke satu tempat menaiki kereta.

Ahmad dan rakannya Amin. Ahmad masuk kereta guna pintu sebelah kanan, manakala Amin di sebelah kiri.

Soalannya, Kenapa Ahmad masuk melalui pintu sebelah kanan?

Jawapan yang sudah diberi oleh ahli-ahli dalam portal Ukhwah.com

Jawapan kreatif.
Sebab Ahmad seorang yang kidal.

Dialog antara bangsa.

Ma Huwa: Apa pasal ya? Gua tengok orang Melayu suka makan limau masam?
Naim: Oo, mana ada limau masam. Kami makan limau manislah.
Ma Hua: Ayya.....gua tengok lu punya kawan beli pun limau dalam kotak kayu.
(Limau dalam dalam kotak kayu sebenarnya limau masam).
Naim: Jadi mana limau manis?
Ma Hua: Itu. Limau yang dipek dalam kotak kertas.
Naim: Baru aku tahu.
* Sekarang ini musim makan limau Mandarin. Belilah sementara stok masih banyak kerana harganya lebih murah. :)

Dedikasi buat kawan-kawan yang akan menyambut Tahun Baru Cina.
(Tahun ini tahun anjing)
Speacial dedication to:
1. Chai - PhD Student, PPK Kimia.
2. Ong Ken Cha - Lunyang Phase 9. Kota Kinabalu. and My customer (Chinese) at lelong.com.my.
3. All my Chinese friends.


"Happy Chinese New Year"

Ahad, Januari 22, 2006

Mulut laser

Mak Teh: Apalah yang kau terhegeh-hegeh lagi tu?

Naim: Ala Mak Teh ni, saya sedang fikir fasal ayam ni.

Mak Teh: Apa nak dirisaukan? Itukan lauk ayam percik kegemaran Naim?

Naim: Hmm, memang lah. Mah Teh kalau masak ayam percik memang sedap.

Mak Teh: Tak sedap macam mana? Itu ayam daging. Bukan macam ayam kampung di rumah Naim tu.
(Huh! Terkena batang hidung kau lah Naim)

Naim: Ya lah. Ayam kampung kan dagingnya keras. Ayam bandar ni lembut sikit.

Mak Teh: Hah, makan, makan. Jangan malu-malu.

Naim: Naim ingat macam tak ada selera lah. Takut Mak Teh terbeli ayam Dindings.

Mak Teh: Ayam Dindings!? #*$&^*^-^*@!
(Suapan Mak Teh terhenti. Cepat-cepat diangkatnya pinggan yang masih bernasi ke sinki.)

Naim: Ha, ha, ha. Padan muka Mak Teh. (Gelak dalam dalam hati.)

Pesanan buat Mak Teh* (dan seumpama dirinya).
*Nama yang direka, tidak ada berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. Jika terkena, anggaplah sebagai kebetulan adanya.
Kutitipkan kata-kata HAMKA [1]
"Gerak-geri di dalam sopan, duduk tegak di dalam adab, pikir dahulu baharu amal, jangan terdorong-dorong sahaja. Bukan hidup sembarang hidup, babi di hutan hidup juga, tetapi dari harta orang; anjing di kandang hidup juga, tetapi dari lebih-lebih tulang, kuching di rumah hidup juga; tetapi hidup makan sisa. Hidup insan lain letaknya. Lazat akal sempurna basa, mulia hati lautan faham, penuh melaut kira-kira. Putaran dua perkara, pertama Iman, kedua Islam. Begitulah hidup orang berakal."

Glosari.
basa - sopan santun, tingkah laku yang baik. (ms. 132, kamus Dewan, Edisi ke-4)

Nota kaki
[1] Falsafah Hidup, Prof. Dr. Hj. Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA), Penerbitan Pustaka Antara,KL. Cetakan keempat (1980), ms. 29.

Sabtu, Januari 21, 2006

Suka duka 20 Jan

Hari ini 21 Jan 2006. Sudah dalam ketentuanNYA seperti kata SoalHati kepada saya. SoalHati mengesahkan bahawa cerita saya persis keadaan SoalHati. SoalHati memetik kata-kata "InsyaAllah, aku pasti memerhatikan kamu di bumi x dari kapal angkasa ini." Dialog terakhir dalam Pengembaraan Vivian. SoalHati memberitahu saya, itulah makna yang tepat sebagai menggambarkan kegembiraannya. Ya! Kegembiraan SoalHati juga kegembiraan saya. Kesedihan SoalHati kesedihan saya jua.
Kata saya pada SoalHati, "Jom kita rakamkan kegembiraan dan kesedihan itu di sini."

Panduan: Sila klik perkataan yang bergaris untuk memahami takwil posting ini.
Pesanan: Jadikan kegembiraan hari ini dengan kesyukuran. Tangani kesedihan hari ini dengan muhasabah diri, jangan salahkan keadaan.
"Tidak berlaku musibah di bumi atau pada diri kamu, kecuali telah termaktub di Lauh Mahfuz(dalam pengetahuan Allah)..." al-Hadid:22

Jumaat, Januari 20, 2006

Ayam Didings

MALAY MAIL MAIL HIGHLIGHT 18/1/2006.

Dindings threatened with RM100 mil suit - JAD MAHIDIN

KUALA LUMPUR, Jan 18: The Malaysian Muslim Consumers’ Association (PPIM) is planning to sue chicken meat producer Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (Dindings) for RM100 million for its failure to discharge its responsibility towards consumers, particularly the Muslims.

The association’s executive secretary, Datuk Nadzim Johan, told The Malay Mail the move was a warning to other players as such disregard for the beliefs of Muslim consumers have been going on for too long.

“We are determined to file the suit before Chinese New Year. The move is also to forewarn others out there not to take advantage of Muslim consumers’ ignorance about the food they produce,” he said.

He said religious authorities had found the chickens not properly slaughtered according to Islamic requirements.

On Dec 28 last year, a team from Jakim’s enforcement unit had conducted a surprise check at Dindings’ processing factory in Kampung Acheh Industrial area in Setiawan.

The team was assisted by the enforcement unit from the Domestic Trade and Consumers Affairs Ministry.

During the raid, Dindings was found to have breached a few Islamic regulations pertaining to the slaughter of animals.

Among the most obvious breach was that many chicken were found to have been slaughtered twice after the first attempt was not done properly as per the ‘syarak’ requirement.

In Islam, this automatically makes the chicken ‘haram’ and should not be consumed.

Nadzim said the suit will be about Dindings’ failure to exercise its duty of care to consumers, particularly Muslim consumers.

“This duty of care is provided for by the law. The producers (Dindings) must take all the necessary steps to guarantee that their products are what they claimed,” he said.

In this case, he explained, Dindings failed to guarantee that its products are ‘halal’ as claimed.

Following the raid, Jakim retracted its ‘Halal’ certification from the company. The move was announced on its web site www.halaljakim.gov.my dated Jan 3.

However, about two weeks later, Jakim gave Dindings the go-ahead to continue business when the latter assured that the problems would not recur.

Jakim’s decision, however, leaves many baffled as the Perak religious authorities (JAIP) is said to be in the midst of retracting all its 12 ‘halal’ certification from the company. (Jakim issues certification for products while the JAIP issues for the company’s operations)."

Burung Hantu

Pabila burung hantu sesat. Sesat pula dalam masjid.
Berlegar-legar cari jalan keluar. Bertenggek jua akhirnya di tepi kubah.

Peristiwa satu.
Subuh hari. Usai solat Subuh, si Burung Hantu menggelabah.
Aman dirinya terkejut suara imam solat Subuh.
Dua puluh empat mata milik manusia yang sedar kehadirannya melangut. Mendongak kepala melihat kegelabahannya.
"Apa? Mereka bercerita tentangku?" rimas. "Bam! Bam! Bam!" Si Burung hantu melanggar dinding.
"Mana lubangnya?" Tok Imam yang menggeleng-geleng. Kesian dia pada si Burung Hantu.
Di antara yang melihat, ada yang melongo, ada yang takjub, dan ada yang musykil.
Rupanya ada juga manusia yang buta. Nampak tapi tidak tahu jenis si Burung Hantu.
"Ha, ha, ha. Bangganya aku menjadi Burung Hantu." Burung Hantu yang gelabah mentertawakan manusia berkopiah di bawah.

Peristiwa Dua.
Tengah hari. Burung Hantu masih lagi berehat di situ. Lubang masuknya belum diketemukan.
"Nak buat macam mana?"
Inikan waktu tidurnya. Sesekali dia terkejut.
"Alamak!" Terbeliak matanya, namun tidak jadi terbang. Si Burung Hantu sudah letih.
Seletih jemaah-jemaah yang terhangguk-hangguk macam pengail bertarung menaikkan tangkapan besar.
"Aku ingat, aku sahaja yang tidur kala ini." si Burung Hantu hairan pula melihat manusia yang tidur pada waktu panas sebegini.
Fikirnya hanya mereka yang speasis dengannya sahaja yang tidur waktu ini. Maka terlontar jua persoalan pada otak si Burung Hantu yang tumpul dan kaku itu. Bagaimana manusia menjadi hebat boleh mendengar sambil tidur? Volum suara khatib sama kuatnya seperti imam solat Subuh tadi. Entahlah. Disebabkan dia Burung Hantu, tidak pula ditemui jawapnya.

Peristiwa Tiga
Petang, Asar. Sedang di alam mimpi.
Bunyi kelepap, kelepap. Budak-budak berpakaian baju Melayu bersampin ungu menepuk tangan.
"Hmm, agaknya mereka mahu mengejutkan lenaku." Si Burung Hantu membuka sedikit matanya, namun tidak terbang kerana ini waktu tidurnya.
"Aik? Masih tidak keluar?" Tok Imam yang muda bertanya kehairanan.
Tidak perasan rupanya Imam Muda itu keberadaannya. Peka pun kerana kebisingan tepuk tampar budak-budak yang memang bersikap kebudak-budakan.

-----
Dan si Burung Hantu masih di sini mencari jalan keluar.

Khamis, Januari 19, 2006

Tugasan Anak Buah

"And the most problem that researcher deals with is time."

Kata kakak.

Hari ini mari kita kongsi motivasi sains. Saya memetik idea penulisan Prof. Dato' Dzulkifli Abd. Razak, Naib Canselor USM dalam artikel beliau [1] bertarikh 15 Jan 2006. Selepas ini namanya diringkaskan menjadi Prof. Dzul.
Sebelum itu suka saya memetik sedikit cetusan idea seorang blogger (yang saya hormat) sebagai memotivasikan diri semua pelajar universiti khususnya yang sedang berhempas pulas membuat tesis. Katanya begini,
The way he did his research is by understanding journal. A few journals but he really understands them in details. It is because from there we might critic and then starts to think in another way round from the author’s point of view, which then also leads us to do new contribution to the world of knowledge.
Baca seterusnya dalam 'Jadilah diri kamu' (Be YPURSELF),
Prof. Dzul mengulas kes Dr. Hwang Woo-suk, pakar Veterina Korea Selatan yang menjadi manusia pertama yang berjaya membuat pengklonan anjing. Anjing itu dari famili Afghan Hound dan diberi nama Snuppy. Kejayaan beliau menjadikannya terkenal dan dianugerahkan sejumlah 40.5 juta won (RM151000) untuk menjalankan penyelidikan sains pada tahun 1998.Science Journal edisi May 2005 mengiktiraf beliau sebagai manusia pertama yang menemui sel stem yang boleh diguna pakai dalam terapi penyakit-penyakit berbahaya.
Namun begitu nama baik dan reputasinya telah tercalar kerana melanggar prinsip etika dalam penyelidikan seperti yang digariskan dalam Deklarasi Helsinki (Declaration of Helsinki). Berikutan dakwaan panel pemeriksa kebangsaan Korea Selatan (KS) itu, pada 10 Jan 2006 kerajaan KS telah melucutkan pengiktirafan nasional yang pernah diterimanya.

Dia juga mengaku bahawa:
1. Salah dan meminta jurnal berkaitan hasil kajiannya ditarik semula/dimbatalkan.

2. mengaku bahawa sebahagian daripada prinsip dan konsep kajiannya telah diterbitkan pada tahun 2004. Salah seorang rakan sekerjanya menderma sel telur dan dibayar. Manakala dua orang penderma yang terdiri daripada penyelidik junior tidak dibayar.

3. Menipu tentang sumber telur atas alasan melindungi hak peribadi penderma (penyelidik wanita) yang terlibat.
Dia dilaporkan sebagai berkata tidak peka terhadap garis panduan dalam Deklarasi Helsinki yang berkait rapat dengan etika pengujian ke atas manusia.

Kesan lain.
1. Panel penilai KS berkemungkinan membatalkan penemuan beliau yang pertama ketika mengklon anjing. Panel pemeriksa sedang mengkaji semula kesahihan fakta yang dikemukakan. (Hasil penemuan beliau disiarkan dalam TIME dan Nature Journal).

Kata-kata terakhir beliau sebagai mengulas tindakan yang dikenakan.
"Saya telah dibutakan oleh cita-cita untuk mencapai kejayaan." Kata Prof. Dzul, bagi sesetengah orang kejayaan itu merupakan kemegahan dan kekayaan.
"Rumusannya, Penemuan saintifik mestilah mengikut etika seorang saintis. Jika tidak ia menjadi perbuatan serius yang memusnahkan pembiayaan kerajaan". Prof. Dzul berkata.
Kita mesti mengambil iktibar daripada peristiwa ini (supaya menjadi saintis yang beretika).

Seorang penyelidik menyerahkan tugasan ini. Diabadikan di sini supaya mudah untuk dirujuknya kembali, supaya nanti katanya tiada salah faham penerangan yang diberikan olehnya kepada seorang lagi anak buahnya. Anak buahnya itu bernama? Ya! Namanya Anak Buah. Maka inilah tugasan Anak Buah yang baru. (Kata Anak Buah, “maaf ya? Anak Buah tak mahu dikenali, lebih senang dirahsiakan nama sebenarnya”).
Pernyataaan masalah dan cadangan penyelesaian yang mungkin.
Kami telah berjaya menghasilkan nanotiub karbon menggunakan Alumina (Al3O2) sebagai logam sokongan pada mangkin (supported metal).

Namun terdapat beberapa masalah:
1. Lebih banyak nanotiub karbon dinding berlapis (MWNTs) berbanding dinding tunggal (SWNT). Kalau boleh sintesis yang dibuat hanya menghasilkan salah satu daripada keduanya. Kata Kunci: kepilihan (selectivity).
2. Apabila menggunakan Alumina sebagai tapak mangkin (supported metal), kami mendapati sukar untuk ditulinkan. Alumina sangat stabil kepada asid. Cuba cari cara untuk menulenkan Alumina supaya nanotiub karbon yang terhasil dapat diperoleh dalam amaun yang lebih tinggi. Kata kunci: Penulinan Alumina (Alumina’s purification)
3. Jika tidak boleh, cuba cadangkan alternatif tapak mangkin yang baru seperti Kalsium Karbonat (CaCO3), Mangenis (MgO), atau Kalsium oksida (CaO) yang dikatakan lebih mudah untuk dicuci dengan asid. Kata kunci: ketulenan yang tinggi, mudah ditulinkan (high purity, easy to be purified).
Ya, inilah tiga perkara penting yang mesti dicari rahsianya, agar dapat kami mencari jalan keluar. Selamat maju jaya, Anak Buah! Moga diberi kekuatan. InsyaAllah.

Nota kaki.
[1] I was blinded by work, Prof. Dzulkifli Abd. Razak, News Sunday Times, Leaning Curve, H16, Jan 15, 2006.

Catatan penulis pada jam 1600 dari Pusat Komputer PPK Kimia, USM

Rabu, Januari 18, 2006

Bicara SoalHati

Tema cerita: apabila cincin disarung, jangan dibuang lagi. Biarkan itu cincin yang pertama dan terakhir.
------------
Ada seorang manusia, namanya saya gelarkan SoalHati. Terpana sendiri menatap takdir, rancangan Ilahi buatnya. SoalHati mengadu kepada saya kegoyahan dirinya mendengar berita ini. Saya selaku perunding cinta SoalHati dan beberapa orang yang lain sebelumnya melayan perasaannya.
------------
SoalHati: Terkejut juga dengar berita ini, macam tidak percaya.
Saya: Apa dan mengapa?
SoalHati: Tidak dahulu, kan SoalHati ada hati yang bertaut pada satu pertemuan?
Saya: Bagaimana?
SoalHati: Cinta pandang pertama. SoalHati sebenarnya kagum dengan kethiqahan wanita itu sebagai muslimah. Dia cukup disegani. Kami kan satu teratak pengajian dulu? Pernah juga berkerjasama dalam satu persatuan.
Saya: Ooh, saya tidak tahu cerita SoalHati itu. Terimalah ketentuan taqdir Allah buat diri SoalHati. Yakinlah akan ada ganti yang lebih baik buat SoalHati. Dalam perancangan Ilahi, suaminya kini lebih baik untuknya berbanding SoalHati. SoalHati pun saya lihat tidak berkemampuan dari segi kemampuan, dan kebijaksanaan jua kekuatan ekonomi.
SoalHati: SoalHati tidak pernah berduka. SoalHati gembira dan syukur akhirnya. SoalHati yakin, DIA akan menggantikan seorang yang lebih baik juga buat diri SoalHati. InsyaAllah.
Saya: Alhamdulillah, tabahkan hati. Jangan lemah semangat, anggaplah perjalanan hidup yang penuh dugaan ini merupakan tarbiah Rabbani kepada diri SoalHati.
SoalHati: Ya, semestinya. Maka sesiapa yang tahu SoalHati pernah mengidam membina masjid bersama menganggap semua perkara telah selesai. Hati SoalHati telah neutral, lapang dan tenang.
Saya: Saya titipkan lirik nasyid buat tatapan SoalHati.
---------------
Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu
Ia tidak ternilai
Kerana di antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Biar berpisah selalu menderita
Kerna syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu
Berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah…

Petikan lirik nasyid 'Pertemuan Bukan Milik Kita'
Tunggukan jawapannya pada 21 Jan 2005 nanti. InsyaAllah. Tunggu ya?

Selasa, Januari 17, 2006

Dialog tanpa kata

Dialog tanpa kata?

Kakak: Naim, kalau kak tunjukkan perkara ni jangan bagi tahu orang ye?
Naim: Ya, Naim tak akan bagi tahu.
Kakak: Betul ke? Naim betul-betul tak akan bagi tahu?
Naim: Betullah.
Kakak: Betul ke?
Naim: Betullah, kak! (Jika bercakap, sudah tinggi nada suaranya)
Kakak: Betul? (Kakak bertanya lagi, macam tidak percaya lagi)
Naim: Kakak, kan Naim dah buih-buih mulut ni bagi tahu, berapa kali nak kata?
(Padahal Naim hanya taip, dia bukan bercakap-cakap pun dengan kakaknya itu)
Kakak: Ok lah, Naim nak tengok sangat. Hah! Tengok! Tengok! (Semacam mahu dihempas sahaja papan kekunci yang ada di hadapan monitor PCnya)

Rumusan: Dialog tanpa kata benar-benar mengajar Naim sesuatu yang berharga.

Bagaimana?
Ikuti ulasan Naim terhadap pengajaran daripada cerita ini suatu hari nanti, InsyaAllah.

-----------------------Iklan Hari Ini-----------------------

Seminar Membaca, melancar, dan menghafaz al-Quran Kaedah Huffaz
Disampaikan oleh Dr. Md Shafie Bin Md. Amin ACCA.
Tarikh: 4 FEB 2005, Sabtu, Dewan Kuliah 4 (Auditorium), USM Kampus Kejuruteraan
Masa: 8.00 pg - 4.30 ptg.
Yuran: RM70 (dewasa) / RM55 (pelajar)
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Pusat Islam USM - 04-5995481/5995483 (Ust. M. Latiffi)
Magenta Hikmah - Pn. Norhayati (05-7142510)

Anjuran bersama Pusat Islam USM Kampus Kejuruteraan dan Magenta Hikmah Sdn. Bhd.
Pesanan Pengiklan: Saya mengesyorkan kepada anda mengikuti seminar ini memandangkan keberkesanannya, praktikal (mudah diikuti dan diamalkan). Saya telah mengikuti kursus semupama ini pada 19 Mac 2005 di Hotel Cititel\, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Sabtu, Januari 14, 2006

Telefon bimbit

Dunia pendidikan digegarkan lagi dengan keputusan Pengarah Bahagian Sekolah yang membenarkan penggunaan telefon bimbit di sekolah. Apakah telefon bimbit menjadi keperluan sebenarnya? Wajar atau tidak?

Ketika makan pagi telinga ini tertangkap juga perbincangan dalam rancangan Malaysia Hari Ini di televisyen. Seorang pemanggil menyuarakan pendapatnya, kira-kira beginilah.

Jika kita lihat hari ini rata-rata pelajar yang pergi ke sekolah dengan menaiki kereta, malah ada yang berkereta. Keadaan ini seolah-olah mencabar kedudukan guru-guru yang hanya ke sekolah dengan bas, komuter atau motorsikal. Hal yang sama akan berlaku apabila telefon bimbit dibenarkan penggunaannya di sekolah. Pelajar yang berada akan memiliki telefon yang lebih canggih dan mahal berbanding guru. Hal ini juga akan menimbulkan isu keselamatan dari segi penjagaan telefon bimbit, mungkin akan berlaku kecurian telefon. Selain itu, ruang untuk mereka merewang-rewang, ponteng sekolah dan melakukan aktiviti yang tidak sihat selepas waktu sekolah juga bertambah. Sudahlah di sekolah pun, tenaga untuk menjaga disiplin pelajar kurang. Kita tidak mahu akan wujud masalah baru yang akan membebankan guru-guru apabila perkara ini dilaksanakan. Walaupun penggunaannya terhad ketika waktu rehat, di kantin, sebelum memulakan kelas atau selepas waktu tamat pembelajaran adalah lebih baik sekiranya mereka menggunakan telefon pejabat atau telefon awam."


Sementara itu, pihak Kesatuan Guru Kebangsaan (NUTP) berpendapat faktor keselamatan merupakan aspek utama kebenaran ini dibuat. Keselamatan pelajar seperti kesukaran untuk pulang, atau kes-kes culik, buli dan seumpamanya boleh dielakkan sekiranya penggunaan telefon bimbit diberi kepada pelajar. Logiknya adakah pelajar yang diculik umpamanya akan sempat membuat panggilan atau menaip mesej menggunakan SMS untuk memaklumkan malapetaka yang berlaku? Sebaliknya akan memudahkan penculik untuk menghubungi ibu bapa untuk meminta wang tebusan. Jika aspek keselamatan (untuk kes culik) dipertimbangkan, sepatutnya kita menggunakan sistem pemantauan satelit yang mana mereka dibekalkan dengan alat pengecaman altitud. Malaysia sudah memiliki teknologi Geographical Information System (GIS)[1] untuk tujuan ini. Ya! Sudah pasti mereka yang berada sahaja mampu memilikinya (mana ada penculik yang menculik anak-anak orang miskin?).

------------
Mula-mula kita sorot dan teropong psikologi anak-anak di bangku sekolah rendah. Budak kecil, selain main, mereka mahu berseronok. Penggunaan telefon bimbit akan menjadi kejutan pula bagi mereka. Rakan-rakan yang memiliki telefon bimbit akan mendapat tumpuan, tidak kurang juga telefon bimbit menjadi medium baru bermain permainan elektronik yang terdapat di dalamnya. Bagaimana guru boleh menghalang perkara buruk ini daripada berlaku? Perlukah guru-guru meluangkan masa lima minit untuk meminta semua pelajar mengumpulkan telefon bimbit sebelum memulakan pengajaran dan lima minit lagi untuk menyerah kembali sebelum tamat sesi pengajaran? Perlukah guru menjawab kepada ibu bapa jika berlaku kes kecemasan di rumah, apabila pelajar tidak menjawab panggilan telefon? Berbalik kepada sikap kebudak-budakan (kita pun pernah jadi kanak-kanak dulu) itu, waktu senggang di antara pertukaran subjek atau ketika ketiadaan guru, mereka pasti membelek telefon. Tidak kira telefon bimbit itu milik sendiri atau rakan-rakan yang lain. Pasti, masing-masing yang mempunyai telefon akan membincangkan kelebihan telefon dan membanding-bandingkannya.

Kemudian kita tengok pula psikologi pelajar sekolah menengah yang sedang galak dalam alam remaja. Remaja sekolah menengah kini rata-rata menjadi ensiklopedia artis. Budaya gosip artis sudah menjadi kebiasaan mereka lantaran menularnya budaya hedonisme dalam masyarakat. Selain gosip itu, mereka juga galak dengan cinta. Penggunaan telefon bimbit akan memberi ruang yang lebih besar kepada remaja sekolah berhubung sesama mereka. Kita tidak mahu budaya couple yang berselerak di universiti atau kolej universiti menular dalam sekolah menengah pula. Kendatipun guru-guru meminta mereka mematuhi peraturan, berapa ramai yang akan patuh? Jiwa memberontak remaja akan menjadi lebih sukar untuk dikawal, mereka mungkin akan menggunakan telefon untuk mengutuk guru yang mengajar menggunakan SMS! Kasihan guru-guru yang mengajar. Jika dahulu (zaman saya bersekolah menengah), ada pelajar yang duduk di belakang melukis muka guru dan diconteng dengan kata-kata tertentu. Hal ini dibuat kerana tidak berminat dengan pengajaran guru atau tidak suka kepada guru yang mengajar (kerana kes disiplin). Tabiat buruk ini akan menular pula dalam bentuk yang lebih canggih menggunakan SMS[2]. Yang berjurus pun ada, tapi tidak ramai.

Nota kaki

[1] GIS digunakan oleh tentera-tentera AS yang jahat untuk menjejak manusia yang dikatakan oleh Bush sebagai pengganas di gua-gua batu di Afghanistan. Hebat atau tidak? Kalau hebat, sudah lama mereka dapat menangkap orang yang dikatakan pengganas itu. Yang pasti, orang yang dikatakan pengganas lebih hebat teknologinya berbanding kecanggihan AS. Bagi saya mereka bukan pengganas, AS-lah pengganas nombor wahid.

[2] Jangan amalkan tabiat buruk ini. Tidak berkat ilmu yang diajar oleh guru kepada anda. Waktu belajar untuk belajar, bukan untuk tujuan lain walau siapa pun guru yang mengajar anda. Hormatilah guru anda.

Khamis, Januari 12, 2006

Mungkin Justifikasi?

Sebelum ini saya telah menerangkan sebab-sebab yang mungkin kepada kes arwah penakluk Everest. Kali ini mari kita buat 'bedah siasat' kepada satu kisah yang agak menarik juga.
Satu kisah manusia dengan pemikiran kapitalis, jiwa dan mindanya dijajah ideologi kapitalisme yang bahaya

``Apa yang pasti, program realiti baru berbahasa Cina yang sama konsepnya dengan Mencari Cinta itu tidak akan disiarkan menerusi TV3.

``Tetapi melalui ntv7 ataupun 8TV,'' katanya.

Menurut Nurul Aini, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu konsep program realiti baru itu supaya ia tidak menyentuh sensitiviti kaum dan budaya masyarakat Cina di negara ini.


Seorang tamu meninggalkan petikan berita seperti di bahagian komen posting bertajuk Cari Cinta dan Hak Wanita. Nampak sangat, suatu jawapan untuk menutup rasa bengang dan aib yang tidak tertahan. Cuba kita tune sedikit pemikiran kita, frasa 'tidak menyentuh sensitiviti kaum dan budaya masyarakat Cina' yang digunakan oleh Nurul Aini itu. Apa sebelum ini orang Melayu Islam yang berbudaya timur tidak tersinggung dengan tindakan mereka menganjurkan Mencari Cinta? Apa tidak ada pihak yang membuat teguran program realiti TV itu tidak bertepatan dengan syariat Islam? Orang yang bijak boleh sahaja memanipulasi keadaan dengan membuat kenyataan yang berbelit-belit. Kuasa media massa amat mencengkam gaya dan stail pemikiran massa di mana-mana. Massa itu tidak mengira status, tahap pendidikan, dan daerah kependudukan kerana isyarat satelit boleh menerobos mana-mana kawasan di bumi. Hanya yang terkebelakang apabila mereka tidak mempunyai TV atau radio untuk mendapat gelombang elektronik yang berlegar di ruang sekitar mereka.

Pelik juga, mengapa sebelum dibuat Mencari Cinta yang melibatkan orang Melayu (yang mengaku Muslim) tiada kajian terperinci dibuat? Jawapannya mudah, tentunya kerana keuntungan yang bakal diraih daripada penganjuran dan penerbitannya. Dunia kapitalis memang begitu, nilai dan prinsip yang murni dikesampingkan asal sahaja mendapat laba berganda-ganda. Mereka tidak kisah apa kata ulama-ulama yang warak, pencinta budaya, pejuang adat ketimuran, dan sensitiviti bangsa sendiri yang merasakan ia suatu perkara yang mencalar maruah dan identiti mereka. Jika orang US boleh buat, mengapa kita tidak? Apa di US itu hanya ada program realiti TV ala-ala Mencari Cinta sahaja? Kenapa tidak dibuat rancangan realiti TV lain seperti membangunkan usahawan, teknokrat, atau bakal korporat atau usahawan francaise seperti The Apprentice?

Rabu, Januari 11, 2006

Memori raya


Pagi raya, jam 5.15 pagi sudah bising-bising dapur dikerjakan oleh Tn. Hj. Md. Yusof dan anaknya Anis. Seperti biasa, pihak penganjur sambutan hari raya menyediakan bee hun sebagai jamuan untuk jemaah yang dimakan selepas selesai solat sunat Aidiladha. Kehadiran jemaah memang di luar jangkaan sehingga tidak kecukupan makanan yang disediakan. Anggaranku seramai 350 orang. Puas hati kami, tidak letih untuk menyediakan makanan kerana semuanya habis.

Alhamdulillah, memang betul kata orang: lain padang lain belalang. Beraya di negeri orang tidak sama dengan beraya di tempat sendiri. Tahun ini sempat juga beraya dengan kawan-kawan yang tidak balik, sempat meluangkan masa mengunjungi rumah terbuka di empat buah rumah dalam masa tiga (3) jam. Mahu penuh perut dan 'tak muat' makanan untuk diasak.

Jika di Terengganu, terutama di pedalaman sepertiku rumah terbuka untuk raya korban boleh dikatakan tidak ada. Jika ada, hanya aktiviti sembelihan lembu korban. Terima kasih buat ukhti Imah yang sudi menerima kunjungan kami yang 'tidak ada kampung halaman' ni. Kunjungan kami meliputi dua dari Terengganu (termasukku), satu dari Kedah dan satu dari Kuala Lumpur. Biasalah, adat berkawan. Rumahnya dekat dan mudah untuk dikunjung, kalau jauh tidak kesampaiaan juga. Pun begitu sahabatku mempunyai agenda membina rangkaian perniagaannya dengan abangnya.

Petang seperti biasa, memandangkan perut sudah penuh dan kepala macam sedat terpaksalah turun mengeluarkan peluh setitik dua. Jogginglah untuk 15 minit. Malam pula agenda makan-makan bersama-sama Amirulreza dan Iru di Surau Taman Semarak, bersebelahan Hotel Damai, Parit Buntar. Taman Semarak mengadakan jamuan makan memandangkan empat (4) ekor lembu ditumbangkan selepas zohor tadi. Inilah surau yang 'hidup' dan aktif perjalanan majlis ilmunya meliputi kuliah haraki dan pengajian lain. Jika taraf surau sudah dapat meraih penyertaan korban sebanyak itu, ia dikira suatu yang baik (tahap penghayatan konsep korban).

Glosari.
sedat: sudah untuk berfikir, bingung.


Isnin, Januari 09, 2006

Hayati ibadah korban


Korban manifestasi kecemerlangan ummah.

Bulan Zulhijjah yang dilalui mempertemukan kita dengan hari bersejarah yang diraikan dengan kegemberiaan iaitu Hari Raya Aidiladha. Malah sambutannya perlu dihayati melebihi sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana konsep pengorbanan yang terkandung di dalamnya. Apabila selesai menunaikan solat sunat Aidiladha dan hari-hari tasyrik (11-13 Zulhijjah), umat Islam disarankan menyembelih haiwan korban sebagai mana firman Allah dalam surah al-Kautsar ayat 2 yang bermaksud, "Maka solatlah dan sembelihlah (haiwan korban)."

Tuntutan ibadah korban yang dapat dihayati dan ditunaikan oleh individu muslim menunjukkan bahawa tahap kesyukurannya kepada Allah telah mencapai satu tahap yang bermakna. Erti kesyukuran terhadap rezeki yang melimpah diterjemahkan dengan mengorbankan sebahagian daripadanya untuk dikongsi bersama-sama saudara seagama. Selain mendekatkan diri kepada al-Khalik selaku Pencipta, invidividu muslim yang melakukan pengorbanan dapat merapatkan persaudaraan melalui daging-daging korban yang disedekahkan. Amalan ini boleh ditunaikan dengan mengorbankan seekor kambing bagi satu keluarga atau tujuh orang bagi seekor lembu.

Falsafah yang tersembunyi di sebalik ibadah korban mengajar kita bagaimana manifestasi kecemerlangan ummah dapat dicapai. Kesanggupan melakukan pengorbanan bermakna orang-orang yang berharta rela membenamkan sifat-sifat mazmumah di dalam diri seperti berprasangka, ego, kedekut, tamak haloba dan memencilkan diri dari masyarakat. Ummah yang cemerlang dilahirkan dapat dilihat apabila semua orang yang terlibat dalam ibadah korban melakukan upacara penyembelihan dalam suasana mahabbah. Pihak yang berkorban bergembira dengan pengorbanannya manakala orang yang menerima bahagian daging korban terhibur hatinya dengan rezeki yang baik. Umah yang dapat hidup dalam kerukunan akan melahirkan nadi-nadi yang menggerakkan kesinambungan nur Islam ke seluruh alam. Selain ibadah korban ini, perkara-perkara lain dalam agama turut dapat dihayati dengan lebih baik sebagai simbolik kecemerlangan tersebut.

Namun begitu, Allah tidak memandang kepada haiwan yang dikorbankan sebaliknya nilai ketaqwaan hamba. Firman Allah,

"Dan Allah tidak melihat kepada daging (haiwan korban), dan tidak pula kepada darahnya. Akan tetapi Allah melihat kepada taqwa kamu kepada-NYA." (al-Hajj: 37)

Selamat menjalani dan menghayati ibadah korban. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada muslimin dan muslimat.

Makalah renungan dari al-Quran untuk Mimbar Pusat Islam Jan 2006.

Ahad, Januari 08, 2006

Selamat Hari Raya Korban


Salam pengorbanan, adakah telah berkorban atau terkorban? Jika terkorban, anda tidak dapat menatap tulisan ini kerana sudah bergelar arwah. Ikutilah falsafah korban buat pedoman kita semua.

Saban tahun Pusat Islam USM Kejuruteraan menganjurkan solat 'Idil Adha dan penyembelihan korban. Tahun ini solat sunat 'Idil Adha akan dimulakan pada jam 8.45 pagi. Suasana di kampus biasanya lengang, kedai-kedai makan sekitar kampus akan ditutup sebagai tanda meraikan kedatangan hari raya. Perkara yang menarik dalam pengamalan perniagaan restoran akan berlaku apabila menjadi antara kedai makanan yang tidak ditutup. Semestinya di sini, Restoran Nasi Kandar Naseer yang sudah terkenal sebagai kedai mamak, tidak tutup 24 jam. Jika anda berkunjung atau meninjau kedai-kedai lain, anda akan mendapati semuanya tutup sekurang-kurangnya 3 hari.

Penyembelihan korban oleh Pusat Islam akan dijalankan pada hari raya kedua bersamaan 12 Jan 2006 jam 8.30 pagi. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana Skim Bayaran Ansuran Ibadah Korban diperkenalkan oleh Pusat Islam. Skim ini menyediakan alternatif bayaran berdikit-dikit untuk sepuluh (10) bulan dengan kadar RM30 sebulan. Maka tidak hairanlah sekiranya tahun ini sekali lagi tujuh (7) ekor lembu akan disembelih. Jamuan makan disediakan pada hari yang sama bermula jam 12 tengah hari, sehingga lewat petang. Harga lembu sudah meningkat RM200 berbanding tahun sebelumnya, namun tidak menjadi masalah kepada pihak penganjur kerana bayaran RM300 untuk satu bahagian sudah memadai.

Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Walillahilhamd, selamat menyambut Hari Raya Korban kepada semua sahabat-sahabiah yang beriman.
P/S: Beraya untuk kali ke-5 di perantauan, buat ayahanda, bonda dan adik-adikku; "Minta maaf banyak-banyak kerana tidak pulang."

Sabtu, Januari 07, 2006

Cari cinta & hak wanita


Ketika semua pihak memberi pandangan bahawa program mencari cinta tidak syar'ie, penganjur dan peserta serta orang yang menyokongnya memberi hujah-hujah sebagai justifikasi kesyar'ieannya. Akhbar Utusan Malaysia hari ini (7 Jan 2006) membuat liputan sebagai menunjukkan peserta utama sebagai perempuan idiosinkratik. Hairankah anda? Perlukah kita rasa pelik dan takjub terhadapnya? Anda sudah tahu, saya akan mengatakan 'Tidak!'.

Penyertaan perserta-peserta pada asasnya bukan didorong oleh matlamat akhir yang baik, tetapi lebih kepada populariti dan wang. Si perempuan idiosinkratik (Elly namanya menurut laporan berita) berpendapat, tempoh tiga bulan tidak cukup untuk dia mengenali lelaki malang bernama Daniel. Dia juga tidak mahu dipaksa untuk menamatkan zaman bujangnya. Jangan kata saya mengumpat! Rujuk tulisan ini terlebih dahulu, ini dan ini. Bukan Elly, Daniel dan peminat-peminat rancangan mencari cinta sahaja bersikap idiosinkratik, tetapi mereka yang tidak mahu berpegang pada lunas-lunas syarak adalah sama seperti mereka. Jika hal idiosinkratik itu ke arah kebaikan dan menepati syarak, ia tidaklah salah. Jika tulisan ini menimbulkan rasa tidak sedap pada fikiran anda, terlebih dahulu anda harus meminta editor Utusan menarik semula artikelnya di dalam akhbar perdana itu (jika ditarik, tidaklah pula kita dapat baca surat khabar hari ini).

Soal jodoh pertemuan akhir-akhir ini menjadi persoalan yang kompleks. Bermula dari persoalan perlukah kita menjadi pemburu cinta atau perlukah di zaman ini kita mengubah kebiasaan amalan dan adat meminang? Teringat konsep terbalik yang dikemukakan oleh Allahyarham P Ramlee dalam Ahmad Albab, maka hal ini perlu dihalusi memandangkan dunia penguasaan wanita sudah berubah. Sana-sini kedengaran perjuangan hak wanita, terakhir berkenaan Undang-undang Keluarga Islam. Wanita Hari Ini 6 Jan 2006 membincangkan perkara ini. Bagi saya, jika betul perbincangan itu dengan tajuknya pula Undang-undang Keluarga Islam perbincangannya juga mestilah Islamik. Maaf cakap, jika anda menontonnya anda pasti bersetuju dengan saya. Seelok-eloknya semua yang berada dalam perbincangan menutup aurat dengan sempurna, barulah ada izzah apabila bercakap soal-soal yang berkaitan dengan agama yang suci ini. Kehidupan masyarakat Malaysia yang kompleks dengan bilangan wanita-wanita moden dan lebih tinggi inteleknya mewujudkan ketidakseimbangan dalam struktur masyarakat. Kesannya termasuklah lebih ramai andartu, lebih ramai lelaki dayus (tidak berupaya mengarahkan isteri mengikut tuntutan agama), lelaki yang tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah zahir kepada isteri (dalam bentuk wang dan material), isteri yang merangkap ketua dalam keluarga, penderaan kepada suami (alias Queen Control), isteri curang, dan perjuangan hak wanita yang melampau-lampau.

Tidak salah memperjuangkan hak itu, Islam sendiri telah memberi hak kepada wanita dan kemuliaan yang tersendiri. Mengapa perlu wanita-wanita (atas nama Human Rights) memperjuangkan apa yang dikatakan hak sehingga membelakangkan syariat Islam?
Lihat apa kata ABIM dalam hal ini.

Perkembangan-perkembangan baru dalam era globalisasi ini, menjadikan wanita semakin terhimpit antara kehendak zaman ini sebagai wanita berkarier dan 'tanggungjawab tradisional' sebagai anak, isteri dan ibu. Wanita kini dikatakan perlu menjadi superwoman untuk menghadapi cabaran-cabaran alaf baru ini. Masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak wanita adalah terlalu kompleks dan pelbagai.

Para pejuang emansipasi wanita begitu komited dengan fahaman-fahaman feminisma yang kebanyakannya bersandar kepada akal dan keadaan semasa di tempat mereka. Mereka memperjuangkan keadilan terhadap kezaliman yang berlaku akibat daripada sistem yang mengelilingi hidup mereka dan bertungkus lumus menegakkan keadilan dalam sistem yang sememangnya tempang. Ada yang mengambil jalan keluar yang tidak juga mudah dengan menegakkan sistem baru dengan nilai baru.

Malangnya, terdapat segelintir para pejuang hak wanita kita turut terseret dalam perjuangan yang sama tanpa melihat kepada keadaan sosio budaya dan sistem yang berbeza di negara mereka. Malah ada yang menganggap lelaki sebagai musuh utama kepada ketempangan sistem tersebut.


Glosari.
emansipasi - pemberian hak sama dalam hukum (wanita mendapat hak yang sama dengan lelaki)

idiosinkratik - sifat yang menunjukkan cara berfikir dan kelakuan yang aneh pada seseorang.

izzah - Kemuliaan. Tambahan penulis: Jika seorang yang berdegang-degang cakap pasal Islam dalam keadaan dirinya tidak Islamik, terserlah sangat 'kelonggaran' tahap kefahamannya tentang Islam. Kata Ust. Shahril Long, "Ceroi!"

Jumaat, Januari 06, 2006

Betul juga!

Inilah antara hikmah dalam memberi nasihat.

Rabu, Januari 04, 2006

Suatu kisah

Sempena meraikan Aidiadha ini, marilah kita sama-sama melihat erti pengorbanan dan korban agama yang pernah berlaku di negara tercinta ini. Berikut ialah sedutan tulisan Roslan SMS berkenaan kes kematian bekas penakluk Everest.

Insiden ini sehingga turut menjadi bahan tuntutan pemuka-pemuka tadi dengan menyatakan apabila seseorang menukar agama khasnya apabila memeluk Islam, ianya perlu dizahirkan secara terang-terangan. Nada ini disokong oleh Menteri di JPM Dr Maximus Ongkili (seorang Roman Katholik) dalam NST hari ini beliau berkata:
This is what I described as NON TRANSPARENCY OF CONVERSION. And it can cause major hardship to ones own loved ones.
(Inilah yang saya sebut sebagai PERTUKARAN AGAMA YANG TIDAK TELUS. Dan ianya akan mencetuskan masalah besar kepada anggota keluarga)

Dalam hal ini Radzi Sheikh Ahmad Menteri di JPM dalam NST hari ini juga pula menyatakan:

Sometimes they (the converts) dont want their family to be told. We have to respect the wishes of the convert.
(Kadangkala mereka yang menukar agama itu enggan memaklumkan anggota keluarga mereka. Kita perlu menghormati yang demikian itu.


Sebenarnya di Malaysia, secara amnya masih terdapat golongan yang tidak boleh menghormati perkara yang terkandung dalam kebebasan beragama, khususnya dari agama bukan Islam kepada Islam. Suka saya nyatakan kes ahli Geologi dan isteri serta bayi yang dibunuh kerana mengisytiharkan keislaman mereka. Peristiwa ini pernah diceritakan oleh peguam Zulkifli Nordin, tiga beranak dipancung di kawasan pelabuhan dan ditinggalkan di kontena. Saya sertakan sedikit sedutan ceramah beliau di sini,

Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut sehinggakan walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu mesti ada yang tak kena dengan hati kita.

Perkara lain yang disebut di dalam ceramah tersebut boleh dibaca di sini. Kemungkinan maslahat tersebut diambil kira oleh banyak pihak seperti KAGAT, Jawi dan Allahyarham sendiri sehingga menyembunyikan fakta keislamannya sebelum ini. Saya optimis bahawa mereka mengambil pendekatan berhati-hati itu demi keselamatan nyawa mullah. Semoga tulisan ini memberi jawapan kepada anda mengapa 'Penakluk Everest tidak mengiklankan keislamannya'? semasa hayat beliau.

Teh tarik bukan sebabnya


Nasiblah, teh tarik bukan produk yang mempunyai tanda harga (trade mark) atau paten mana-mana pihak. Jika tidak, Dr. Bakwant Singh Bains akan dikenakan saman oleh pemilik harta intelek ke atas teh tarik tersebut. Mingguan Malaysia (MM) memaparkan wawancara bersama Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia, Dr. Tee E Siong [1]. Tentunya menyentuh polemik yang ditimbulkan oleh Dr. Balwant Singh Bains tentang teh tarik dan strok. Menurut Dr. Tee teh tarik bukanlah satu-satunya penyebab kepada masalah strok, tetapi gaya pemakanan dan hidup yang tidak sihat.

Antara perkara yang disentuh oleh beliau:
a. Terlalu suka makan makanan bersantan, lebih protein, lebih garam dan gula.
b. Tidak bersenaman atau riadhah.
c. Kekerapan memakan makanan segera yang diketahui mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi serta lemak tepu mesti dikurangkan.
d. Kita tidak perlu makanan tambahan untuk buang toksid (detoxification). Sebaliknya minum banyak air, kurangkan garam, dan jangan ambil protein berlebihan.

Fakta.
a. Sepinggan nasi lemak mengandungi 600 kalori. Teh tarik pula mengandungi 200 kalori. Jumlah tenaga ini sudah cukup untuk digunakan lebih daripada 12 jam.
b. Data Kementerian Kesihatan menunjukkan 27% daripada rakyat Malaysia diserang penyakit jantung.

Sikap manusia menurut pandangan Dr. Tee
"Manusia sentiasa hidup dalam penafian (in denial). Oleh sebab penafian itu, mereka merasakan pemakanan mereka tidak bermasalah. Mereka selalu kata 'Esoklah mula makan dengan sihat.' Sebab itu mereka tangguh-tangguh sehingga esok itu tidak dipastikan. Saya sangat bimbang perkara ini, kerana tidak ada orang lain yang boleh bantu mereka melainkan diri sendiri. Ini bukan susah, yang penting ada kesungguhan"


Nota kaki
[1] Masalahnya bukan teh tarik, MM (Wawancara), 8 Jan 2006, ms. 7.

Selasa, Januari 03, 2006

Teh tarik & Strok


Selain membawa pelbagai harapan, tahun 2006 membawa khabar menggerunkan kepada rakyat Malaysia iaitu semakin ramai golongan muda di negara ini terdedah kepada serangan strok antaranya akibat kegemaran meminum teh tarik.

Pakar fisioterapi, Dr. Balwant Singh Bains yang pernah merawat beberapa orang kenamaan termasuk anggota keluarga diraja dari Asia Barat akibat strok, berkata, selain teh tarik, minat rakyat Malaysia terhadap makanan berasas daging juga mendedahkan mereka kepada penyakit berbahaya itu.

``Jika kita tidak ubah cara hidup terutama budaya teh tarik, serangan strok di kalangan generasi akan datang pasti amat tinggi,'' katanya kepada Bernama.

Sambil melahirkan kebimbangannya mengenai kegilaan rakyat negara ini terhadap teh tarik yang kandungan utamanya susu isian pekat, Dr. Bains berkata: ``Kencing manis dan tekanan darah tinggi adalah pembunuh terbesar di negara ini.

``Seseorang yang menghidapi kencing manis dan tekanan darah tinggi adalah ibarat bom jangka dan banyak bom jangka sedang bergerak di Malaysia yang akan meletup pada bila-bila masa.''

``Rakyat Thailand dan Indonesia lebih gemar meminum kopi tanpa dibancuh dengan susu isian pekat tetapi rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar susu isian pekat di dunia. Oleh kerana itu, jumlah kes kencing manis di negara ini agak tinggi,'' katanya. - Bernama

Nota: Seperti laporan akhbar Utusan Malaysia, 3 Jan 2006.