Isnin, Oktober 04, 2010

Benarlah tulisan Ahmad Boestaman

“Dalam kursus saya dulu antara lain ada saya terangkan pentingnya kita merosakkan imej lawan kita dalam kempen-kempen pilihan raya.” Nurdin meneruskan kata-katanya, “Merosakkan imej lawan ini penting untuk menaikkan imej kita supaya dapat mengalahkan atau merendahkan imej lawan. Bila imej kita naik dan imej lawan menurun, harapan kita untuk mencapai kemenangan sangat baik bahkan terjamin.” (Ahmad Boestaman, Garis Hitam Membelah Langit, muka surat 165)


Demikian halnya kita melihat saban hari berlaku pelbagai aksi dan reaksi politik yang heboh diperkatakan. Dan sudah menjadi perang psikologi, suatu perkara biar salah kalau diulang-ulang akhirnya akan menyebabkan audien berfikir hal itu sebagai kebenaran. Kalau tidak silap saya isu pemberian wang ehsan RM100 oleh kerajaan Pulau Pinang dilaporkan TV3 selama seminggu hampir setiap malam. Juga menjadi berita utama arus perdana. Demikian gambaran buruk diberi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang. Reaksi yang diberi juga tidak kurang hebat. Ada cabaran agar ADUN pembangkang di Pulau Pinang mengembalikan semula wang gaji. Saya suka meneliti hal ini secara sederhana dan memerhati hujah pihak yang lebih berautoriti. Inilah jawapan yang memuaskan:
http://drmaza.com/home/?p=1238

2 ulasan:

Khairi berkata...

dan perkara yg lemah itu mestilah benar kalau tidak jadinya fitnah mcm kat dalam tivi tu.

Afida Anuar berkata...

Entah apa2...

takde la, kalau nak pulang pun, pulang la kepada si pemberi..kenapa perlu melalui ameno tu? pastu nak heboh2 satu dunia...nampak sangat!!..err..