Jumaat. Jam 7.30 malam mula bergerak. Memandu sendirian dari KL. Ketika berhenti rehat di Hentian Rawat dan Rehat Temerloh selama 1 jam, saya bertemu seorang bekas kakitangan dalam kumpulan syarikat. Dia dalam perjalanan ke Terengganu juga. Sekarang sudah pun bertugas di Putrajaya. Sempat juga membeli tiga buah buku. Dua judul milik kenalan saya cikgu Wan (Zayu Hisyam) untuk saya hadiahkan pada adik-adik yang masih kecil. Sebuah lagi buku Ust. Zaharuddin Abd. Rahman.
Sabtu. Saya tiba jam 3.00 pagi. Seperti biasa, jalan Pengadang Baru penuh dengan motorsikal anak-anak muda tiada kerja. Khabarnya polis Terengganu sudah tidak boleh berbuat apa-apa untuk membanteras kegiatan rempit di kawasan yang keras dengan hantu rempit itu. Setiap kali 'pertunjukan' dibuat yang kadang-kadang ekor motorsikal mencecah jalan dan mengeluar percikan api, saya sering berdoa kalau-kalau lagak ngeri itu berkesudahan dengan kemalangan. Kalau rebah mesti ada mana-mana anggota badan yang patah. Itulah jahatnya saya berdoa untuk mereka. Ya, bayangkan kalau anda memandu di tempat ini, rasa selamat memandu juga hilang. Jalan berlorong dua 'sempit' selain bingit deruman enjin meotrsikal. Kalau dikira-kira jumlah mereka sampai 400 orang. Saya bertanya dan tiada jawapan, “Ke mana kawalan dari dekat terutama ibu bapa?” Mengapa dibiarkan anak-anak berpeleseran sebelah malam?
Sabtu, jam 8.30 pagi baharulah saya bertolak ke Kuala Berang. Syukurlah. Saya telah mendapat gambaran ke Sungai Derhaka. Maka tidaklah terkejar-kejar atau bimbang tersalah jalan. Jam 9.15 setepatnya bergerak dari rumah ayah dan tiba 45 minit kemudian. Ketika tiba di tempat berkumpul kira-kira 500 meter ke Masjid Sungai Derhaka, masih ada sebuah kereta dalam rombongan kami yang belum tiba (Saya fikir tentulah saya yang terakhir sampai). Rumah-rumah lama di Sungai Derhaka dibina dua tingkat. Bahagian bawahnya tinggi kira-kira muat meletak kereta. Dan tingkat dua juga menjadi aras selamat kalau-kalau dilanda banjir.
2 ulasan:
Salam naim..
owhh golongan motosikal di pengadang baru tu masih wujud? saya ingatkan di musim perayaan atau jika ada acara2 tertentu je...
sewaktu balik kg sempena apa entah dulu-dulu, saya,adik, dan seorang lagi sepupu.. kami melalui jalan jabor utk balik terengganu. disebabkan waktu dah lewat malam ayah dah pesan kami suruh lalu ikut kemaman. Sebab jalan jabor agak merbahaya tuk dilalui waktu malam. Tapi adik degil, dia kata kalau lalu kemaman lambat sampai. Apa pun alhamdulillah kami selamat sampai..eh bukan pasal ni nak cerita..
cuma itu la, bila tiba di jalan pengadang baru lebih kurang awal pagi, beratus2 puak2 motosikal ni duk merempit dengan pelbagai aksi... dalam hati saya pun mcm naim, kalau jatuh sekali ni baru nak insaf gamaknya.. doa supaya mereka jatuh!..huhu...
tapi itu la hakikatnya. Doa benda tak baik pulak tuk mereka..huhu
pasal merempit ni.. hari raya lepas... kat dungun... depan poli dungun... sampai lah ke sura.. uiksss banyak betul bebudak motor .. pagi2 raya merempit... uiksss last2 polis tahan... kadang2 cam .. ngok jer... pagi2 raya bukan nya gi beraya semayang raya ke..... ishhh
Catat Ulasan