Rabu, Oktober 20, 2010

Pasca Bajet 2011: Rumah siap pahat berbunyi

Hutang isi rumah tertinggi Asia


KUALA LUMPUR 19 Okt. - Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bimbang dengan peningkatan paras hutang isi rumah yang berjumlah 77 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas.

Dalam laporan tahunan 2009 Bank Negara Malaysia (BNM), hutang isi rumah dilaporkan meningkat kepada 76.6 peratus bagi tahun ini, yang tertinggi di Asia, daripada 63.9 peratus KDNK pada 2008.

Nisbah Pinjaman-kepada-nilai (LTV) perlu dikurangkan untuk menangani kenaikan ini.

"Pada masa depan, sepatutnya terdapat lebih banyak pinjaman perniagaan berbanding pinjaman isi rumah. Lebih banyak pinjaman perniagaan akan menyumbang kepada pertumbuhan kita," kata Felo Penyelidikan Kanannya, Dr. Foong Kee-Kuan.

Kebimbangan itu dibangkitkan semasa taklimat media mengenai laporan Prospek Ekonomi Malaysia yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Memetik laporan Petunjuk Perbankan dan Monetari bank pusat itu, MIER berkata, pinjaman isi rumah pada April, Mei, Jun, Julai dan Ogos tahun ini masing-masing berada pada 10 peratus, 11.7 peratus, 12.5 peratus, 11.9 peratus dan 11.8 peratus.

"Paras hutang isi rumah kita membimbangkan dan tiada langkah-langkah disebut untuk menangani isu ini dalam Bajet 2011.

"Sekiranya senario ini berterusan bersama dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, ia boleh menterjemahkan kepada pengangguran dan menyebabkan orang bermasalah untuk membayar pinjaman mereka," katanya.


Sumber: Utusan Malaysia

2 ulasan:

Kay berkata...

dgr topik nih di IKIM.fm...

selepas tamat belajar, kita mmg kompem akan berhutang dgn PTPTN... kemudian, bila nak apply kerja, soalan pertama, ada kenderaan (baca: kereta) sendiri? kena beli kereta, nnt tak dpt kerja... dan senarai tu akan bertambah lg dr semasa ke semasa...

Afida Anuar berkata...

a'a..itu la kay..fida dengar gak depa diskas ni kat ikim..aduhaii...

yg kat hotfm..dengar farah fauzana beli hair dryer hutang....bayar 10 ringgit sebulan. Entah betul entah tidak tu..ekekeke