Rabu, September 09, 2009

Terima kasih Marsli NO


Sepanjang saya memperkenalkan diri sebagai Naimisa Yusof, tidak ramai yang tahu atau perasan nama sebenar saya. Dan saya tidak boleh menyalahkan sesiapa. Tidak penting nama saya diingat dalam keadaan saya tidak menyumbang apa-apa yang signifikan demi untuk perembangan sastera. Tetapi satu hal yang saya sangat hargai ialah jika terdapat seorang pengamat yang peka dan cakna. Dua hari lalu, saya terima pesanan ringkas alias esemes (SMS) daripada saudara Marsli NO, seorang penulis mapan. Saya jadi keliru sendiri kerana banyak juga karya saya tidak mendapat perhatian editor. Ya, mungkin sahaja mutu karya saya belum mencapai piawai yang ditetapkan. Keliru itu barangkali kerana ada secebis rasa kecewa. Tetapi apabila saudara Marsli NO dapat mengingat nama betul saya, bukan nama samaran yang biasa digunakan – itu saya kira sebagai satu bentuk penghargaan yang bukan kecil nilainya. Tahniah dan moga tidak jemu bersajak! Saya akan petakan pesanan ini dalam minda sebagai azimat. Menulis memang memerlukan kecekalan. Tulis dan teruslah menulis. Semoga Allah membalas kebaikan saudara Marsli NO atas dorongan beliau terhadap saya. Saya masih bertatih dalam dunia yang penuh asing ini.
Dan di bawah karya terbaharu saya yang disiarkan di akhbar perdana – Berita Minggu, 06 September 2009.


Alhamdulillah!
Nota: Tidak dibenar diulangsiarkan karya ini kecuali dengan izin.

6 ulasan:

K.H berkata...

Tahniah, semoga lebih maju ke hadapan.

rudy bluehikari berkata...

tahniah..oh hanafi isa ini saudara rupanya. maknanya saya akan hafal dan setiap kali membelek bh sbtu, bm ahad dan mm akan saya telusuri nama2 besar ini. Saya juga masih bertatih, dan seringkali nama yang hadir di ruang 2 akhbar itu nama sebenar tanpa dikenali. Itu saya amat sukai. :)

Naim berkata...

khairul Haq dan rudy bluehikari : terima kasih.

UglyPooh berkata...

oo...naim penulis glemer dah ke. kakpah ingat as a hobby. tahniah dikk..smoga berjaya

Naim berkata...

Kak Pah, belum lagi.
masih hingusan lagi ni...

-:D

Nissa' Yusof berkata...

tahniah, puisi yang menarik. saya pun tak perasan :)