Jumaat, Oktober 09, 2009

Jenayah siber melibatkan akaun bank



7 Oktober 2009, Sebuah portal profesional IT, ZDNet mendedahkan 100 orang penjenayah siber disiasat kerana kesalahan phising dalam Operasi Phish Phry. Pernahkah anda menerima mesej mengatakan bahawa maklumat akaun di bank kritikal? Anda diminta mengisi borang dalam satu link yang disediakan. Pada permukaannya, kelihatan alamat url sama seperti alamat url bank tersebut, tetapi sebenarnya anda akan ditalakan ke laman web lain apabila menekan alamat pautan web itu. Bagaimana ia dilakukan?


Kebanyakan orang tertipu dengan menyangka dia memang betul-betul memasukkan data ke dalam borang pihak bank. Kebanyakan kes yang berlaku di AS melibatkan penggodam Mesir menghantar emel rasmi yang seolah-olah mewakili pengeluar kad kredit bank. Penerima emel diminta memberi data bank seperti nombor akaun, nombor kad kredit, kod kata rahsia, dan beberapa makumat peribadi yang lain. Mangsa tidak menyedari bahawa mereka sedang ditipu memandangkan laman web yang dibina mengandungi logo bank serta kadungan lain yang menyerupai laman web asal. Apabila penggodam Mesir berjaya menceroboh pangkalan data, dia akan berhubung dengan rakan kongsi di Amerika sebagai langkah susulan untuk mengeluarkan wang. Sehingga 5 September 2009, seramai 33 daripada 53 orang yang didakwa direman untuk siasatan lanjut.


Kes penipuan siber di Malaysia melibatkan seorang pemegang akaun CIMB. Mangsa dimaklumkan memenangi hadiah wang tunai RM14000 dan diminta memberi nombor akaunnya. Sejam kemudian, mangsa mendapati terdapat dua transaksi RM120.00 dilakukan sebagai bayaran kepada “I-PYMT TO COLL”. Baca laporan penuh versi BI.



2 ulasan:

Berg berkata...

bagaimana ia juga boleh menipu seorang graduan universiti??.. jawapannya kerana penipuan itu sangat licik... ces sungguh... nasib baik dapat bertiindak agak pantas...

Naim berkata...

jawapannya mudah ::: sebab pelajar Universiti tu mata duitan sangat-sangat.
Jadi bila dah tengok duit banyak, mula lah dia rasa nak pitam.
Lalu tertipu...