Selasa, Januari 25, 2011

PKR wajar bertanding dalam PRK MERLIMAU

Dalam keadaan sekarang yakni ketibaan PRU-13 yang semakin hampir, pada pendapat saya PAS tidak perlu berpegang pada status quo untuk bertanding di DUN Merlimau. Kalau disorot kepada pusingan mengundi sebelum ini, PAS meletakkan calon pada tahun 1999 dan 2008, manakala PKR mengambil bahagian pada 2004. Bermakna untuk giliran seterusnya tentulah PKR. Tetapi jika PAS mahu meletakkan calon juga, adakah nanti akan memuaskan PAS sendiri jika ditakdirkan menang untuk berkhidmat dalam masa yang sangat terbatas? Lainlah jika pada pusingan seterusnya (PRU-13), PKR dengan rela hati melupakan giliran yang telah disusun dengan baik. Ini kalau bercakap sebagai orang menang.

Apakah kewajaran meletakkan calon PKR di Merlimau? Pada pendapat saya, meletakkan calon PKR di Merlimau dalam situasi sekarang samalah seperti membuat ‘pemasaran’ awal untuk menguji selera pengundi di Melaka khususnya di Merlimau. Strategi ini baik untuk menilai sejauh mana penerimaan orang Melaka terhadap Pakatan Rakyat melalui PKR. Umum sudah maklum, PR diterima di Melaka dengan hampir keseluruhannya disapu bersih oleh DAP (lima daripada lapan yang ditandingi) di kawasan tepu Cina. PAS dan PKR tidak menang sebarang kerusi meskipun masing-masing meletakkan calon sebanyak 13 dan tujuh orang.

6 ulasan:

Afida Anuar berkata...

Maknanya jika kelihatan pengundi sukar menerima PKR, kita letakkan calon PAS pula pada PRU 13 akan datang?

Afida Anuar berkata...

Kita? hehe...saya memang dari parti pembangkang pun naim...atau lebih tepat lagi PAS.

Sekian terima kasih.ngeee

Naim berkata...

Fida,
Maksud saya, menang atau kalah dalam sesi 'test market' itu, PRU-13 perlu mengikut giliran yang normal. Iaitu calon PKR juga.

Salut untuk anda yang berani. Orang muda zaman sekarang sudah tidak takut isytihar diri sebagai penyokong parti bukan AMCO tu...

anak_muda berkata...

Kita?

-----
kita dalam mana-mana komen di atas perlu ditafsir dalam konteks 'kita = Pakatan Rakyat'.


Salam, anak_muda

Naim berkata...

anak_muda, terima kasih atas pemurnian makna kita itu. -:)

Afida Anuar berkata...

Naim,sebenarnya bukan skrg je saya berani,rasanya sejak dari sek men/U dulu dah kut...

kat blog pun,awal2 dulu ada jugak la sentuh bab politik, cuma sejak dua menjak ni je blog tu bersih sket. Kalau idak..err..

anak_muda: thanks dear... Pakatan rakyat itu general. Saya cuma specify je;)