Selasa, Januari 25, 2011

Sepatutnya dia menyambut tahun baru

Jam 01:00; kawan saya terima panggilan dari seorang lagi rakan sepejabat yang tinggal satu blok. Kawan saya ajak menjenguk wanita yang terjun bangunan. Tetapi saya fikir tidak perlulah saya keluar. "Dia sudah mati dan ingin pengakhiran begitu, biarkan sahaja." Fikir saya lalu menyambung tidur.

Lima belas kemudian kawan saya balik dan saya bertanya, "Siapa mati?"
"Wanita Cina umur 40-an."

Saya ada esemes perkara ini pada seorang kawan saya yang bertugas di sebuah akhbar. Mungkin dalam sehari dua ini cerita itu akan disiar dalam akhbar tabloid.

Tiada ulasan: