Rabu, Januari 19, 2011

Perbincangan darihal payu dara terbabas dari akhlak Islam

Hari ini heboh rasa tidak senang massa terhadap penyiaran cakap-cakap tivi menerusi rancangan Wanita Hari Ini (WHI). Siri WHI berkisar kewajaran membesarkan payu dara (PD) mengundang polemik terutama agamawan. Tetapi malangnya pihak penerbit mempertahan hak penyiaran dengan alasan sesuai dengan peredaran zaman.

Kita semua maklum, PD termasuk dalam kategori aurat dan simbol seks seorang wanita. Ada perintah khusus dari Allah kepada wanita agar menutup keseluruhan tubuh (termasuk PD) mereka dengan melabuhkan tudung. Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud, “Wahai nabi (Muhammad), Wahai suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Sebab turun ayat ini boleh dirujuk di sini.

Apabila PD dikategorikan aurat dan wajib pula ditutup dari pandangan umum, tentulah perbincangan tentangnya perlu dibuat secara tertutup juga. Adalah baik jika diadakan diskusi secara tertutup. Audiens hanya wanita. Tiada jurukamera lelaki yang gatal atau nakal seperti yang telah terjadi. Dan tentulah tidak akan menimbulkan rasa kurang enak jika pengacara (jika hendak diadakan secara terbuka begitu) memakai pakaian mengikut etika pemakaian Islam. Kan sudah rasa aib sendiri? Saya pasti, pengacara WHI itu pun bengang dengan insiden nakal yang dicetuskan jurukameranya. Bukanlah bermakna saya menyokong mana-mana hal yang sudah berlaku. Pada pendapat saya, perbincangan mengenai PD adalah suatu yang taboo. Tidak perlu sebenarnya seperti orang lelaki tidak perlu membincangkan kewajaran memanjangkan 'benda itu'. Buat malu sahaja. Hendak taip pun malu. Hendak sebut secara terbuka lagilah saya malu!

Pihak SKMM perlu mengeluar garis panduan agar penyiaran rancangan seperti ini tidak berulang. Pihak penerbit harus menghormati pandangan agamawan kerana alasan mengikut peredaran zaman amatlah naïf. Tidak berjejak atas syariat Islam sama sekali. Dan itulah yang menyedihkan kerana kenyataan itu terbit dari halkum seorang Islam.

4 ulasan:

Afida Anuar berkata...

terkejut juga saya sewaktu baca perihal ni. Siapa la punya idea yang nak buat diskusi pasal tu....tu pun bukan wanita je yang tengok, kanak2 pun saya percaya ada yang tengok..huhu

Naim berkata...

Fida, datuk yang dah tua bangka pun tonton; saya fikir. Haha..

Unknown berkata...

i think, motif tv3 tu saje nk org ramai tengok rancangan dorang.. =.=
just my opinion..

Naim berkata...

Wannurulakmal, tak ada pun siaran tv yang dibuat saja-saja. Kalau tak mahu orang tengok, buat apa hegeh-hegeh terbit rancangan?