Khamis, Ogos 12, 2010

Ramadhan 2: Kurma Bam

Menara tempat saya bekerja, tingkat bawah tanahnya gedung OTK. Kalau mengikut kepercayaan Feng Shue, seperti menara di KL Sentral, aras saya ini aras maut. Sebab itu satu menara di KL Sentral aras selepas 13 ditulis sebagai 13A.

Ramadhan ini banyak kurma di gedung OTK. Tetapi saya tidak membelinya. Kalau diselak kertas pembalut putih kotak yang menampung kurma-kurma itu, pasti mengejutkan. Seperti ramai orang terkejut dengan pendekatan MP Shah Alam ke kilang Carlsberg. Saya sebenarnya sudah tahu sejak lima tahun sudah di kilang Carlsberg ada surau dan pekerja sebahagiannya Melayu Islam. Tetapi pada waktu itu, sayalah satu-satunya pelajar yang tidak mahu mengikuti lawatan sambil belajar ke kilang itu. Kotak plastik yang menampung sejumlah kurma di OTK juga bercetak Carlsberg. Maka saya fikir hal itu sudah tidak bagus jika saya membeli kurma tersebut.

Semalam, selepas waktu pejabat saya ke Arab Minimart di Batu 5, Gombak. Jaraknya kira-kira empat kilometer dari parkir yang biasa saya guna. Saya beli madu dan kurma Iran. Kurma Iran yang terkenal datangnya dari Bam. Harganya munasabah. Tidak terlalu mahal, tidak terlalu murah. Dan yang pasti, tiada tambahan manisan lain. Kiranya kalau diletak dalam kotak asal, tanpa dipindah ke dalam bekas lain, semut-semut tidak akan mendatanginya. Satu hal yang pelik di KL ini, saya perhatikan semut pun hurung air kosong. Apakah ini petanda suhu bumi semakin meningkat?

Dan mungkin kerana terlalu gembira melayan kurma Bam itu, saya bangun agak lewat tadi. Jam 5.15 pagi. Tidak sempatlah ke kedai. Sahur pun sedikit air mineral dan tiga biji kurma. Kata kawan saya yang bersahur di kedai, “Itulah, aku kejut. Engkau tak bangun. Siapa suruh?” Selamat berpuasa.

5 ulasan:

Mimiamilia berkata...

err..masa kat usm dulu selalu jer semut hurung air.semut merah yang kecil-kecil(semut api?) tu terutamanya.

Naim berkata...

Mimiamilia. Oo..di sana begitu?

Afida Anuar berkata...

Semut pun kedahagaan naim..bukan manusia je.. ke camne?hehe

Khairi Mohd berkata...

betul betul. sgt sgt tensen kalau tekan lever air, keluar air dari tong air kosong itu dengan semut2 sekali. lalu sy teguk dengan semut2 sekali sebelum akhirnye mendapati seekor semut ketinggalan di dinding gelas muka pucat.

Mimiamilia berkata...

khairi,

org kata kalau makan semut nanti lupa 44 hari...hihihii

tu 'org' kata la :)