Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah orang bukan Islam mengunjungi masjid.
- Pertama: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.
- Kedua: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah.
- Ketiga: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah.
- Keempat: Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.
Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"
Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.
Yang ini tidak kecoh pun? Adakah mana-mana jabatan agama membuat apa-apa komen?
3 ulasan:
Isu ni pun dipolitikkan, yang saya nampak cuma satu. Sebab si pelakunya bukan ameno..err..kalau ameno mesti takde isu punya la...
pandangan picisan je.. waAllahualam..
mak-mak datin dlm ameno tu pun agaknya terkilan jugak, pasal YB itu masuk surau mcm mereka masuk masjid, tak tudung rambut habis. :D
carilah, ada gambar bukti yang merakamkan keadaan mereka tu...
kalau tol tol nak buat isu... kat masjid jamek masjid negara masjid putra pun berlambak bukan islam masuk masjid.. tak jadi isu pun...
malas lah nak sebut masjid kristal...
:-)
Catat Ulasan