Ahad, Ogos 02, 2009

Adakah benar; saya syok sendiri?

Mungkin suatu hari, 30 tahun nanti, kalau anda tengok semula, kenang semula apa yang anda tulis atau deklamasikan dahulu, anda mungkin berkata, 'Gila sungguh aku!' Dan mungkin juga anda tertawa sendiri.

Gambar 01/08/2009, Paloh Inn, Kota Bharu. AKSES 4.

Dan itulah, dalam foto itu saya membaca puisi sendiri yang disiar di Majalah Tunas Cipta, Ogos 2009. Alahai! Syok sendiri pula.

Dan kerana beraksi itu, adik saya menyatakan kemujurannya kerana saya tidak sempat menyertai demo di KL. Saya balas semula mesejnya, "Kalau saya pergi demo, apakah saya akan merusuh?"

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Kalau saya pergi demo, apakah saya akan merusuh?"

Selain merusuh..apa tujuannya pergi ke demo...?

Naim berkata...

Sdra/i tanpa nama,
kalau orang makan, dia mahu penuhkan keperluan perutnya. Atau juga menyelesaikan masalah kesihatannya.

Kalau orang berdemo, tentu ada tujuannya juga. Mereka bukan buat yang sia-sia.