Isnin, Oktober 11, 2010

KPLI oh KPLI.


Berdasarkan iklan, 24 Oktober 2010 tarikh tutup permohonan KPLI (termasuk J-QAF) sesi pengambilan Januari 2011. Tahun-tahun sebelum ini, saya saksikan ramai yang memohon KPLI sudah mempunyai pekerjaan yang boleh dikiran lumayan di sektor swasta. Lihat sahaja calon-calon M-Test, adakah anda lihat mereka datang dengan Vios, Honda City, Accord, Grand Livina, Lancer, Altis, dan lain-lain? Cuma anda tidak akan melihat calon-calon M-Test datang berbasikal! Lumayan atau tidak adalah subjektif. Sebagai contoh, saya bekerja di firma swasta tetapi tidak berpuas hati dengan kebajikan yang diabai. Paling asas, caruman KWSP tidak dibuat seperti yang termaktub dalam surat tawaran kerja. Saya sudah mengingatkan pihak terbabit dalam satu surat, dan sehingga kini surat itu tidak dibalas malah dalam rekod saya individu tersebut juga sudah berhenti kerja.


Saya maklumkan betapa KWSP perlu dicarum dan menjadi kesalahan majikan jika mengabaikannya. Sebenarnya apabila berada dalam keadaan ini, cara terakhir ialah melapor kepada KWSP. Pihak KWSP akan memberi borang yang wajib diisi dengan pen hitam. Pekerja perlu menyediakan salinan kad pengenalan, surat tawaran kerja (offer letter), penyata cukai tahunan (biasa diberi setiap akhir tahun – di dalamnya dinyatakan jumlah caruman tahunan yang wajib dibayar majikan), slip gaji bulanan bagi bulan-bulan KWSP tidak dicarum tetapi dipotong dari gaji pekerja. Apabila KWSP mengarahkan majikan membayar caruman, jumlah yang dibayar termasuk dividen yang diisytihar KWSP.


Sesetengah pekerja sektor swasta yang mahu beralih angin kerana mahu memberi masa yang lebih kepada keluarga. Bidang perguruan adalah kerjaya yang paling banyak cuti. Setidak-tidaknya jika bukan kedua-dua pasangan mengambil KPLI, salah seorang berjaya diserap masuk sudah memadai. Hal ini bermakna, KPLI adalah tiket mudah untuk mereka yang mengidam menjadi sebahagian daripada puluhan ribu kakitangan awam. Maklum sahaja, menjadi kakitangan awam mudah segala. Urusan pinjaman perumahan, kenderaan, kesihatan dan lain-lain. Tetapi perkara paling penting yang wajar disedari oleh calon-calon KPLI ialah memilih kerjaya guru bukan sebagai ‘balas dendam’ kerana tidak dapat menjadi kakitangan awam dalam bidang lain. Biarlah pilihan itu disebabkan kesedaran tinggi untuk memartabatkan ilmu dan profesyen perguruan itu sendiri.


Setakat ini, saya baharu mencuba untuk peperiksaan M-TEST sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2007 dan 2008. Kedua-duanya belum berjaya. Tahun lepas saya tidak mencuba. Tahun ini mahu mencuba lagi. Kata emak, “Anak si pulan si pulan empat kali ambil M-Test baru berjaya.” Kata emak lagi, “Kawan kakak engkau tu, tujuh kali baru lepas.” Alamak! “Takkanlah saya pun perlu membuat cubaan demi cubaan sehingga berjaya mendapat KPLI?” Apa pendapat anda?


Pautan berkenaan permohonan KPLI ambilan Januari 2010: http://kpli.moe.gov.my/application_jan2011/.
Pautan semakan MTEST KPLI Ambilan Januari 2011: http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm
Pautan semakan temuduga KPLI ambilan Jan 2011. Guna Google Chrome untuk capaian yang lebih laju.
Selamat maju jaya.
Nota: Saya tidak dipanggil temuduga. :D

6 ulasan:

Seteguh_Karang berkata...

Pendapat ida:

Abang perlu mencuba dan terus mencuba sehinggalah berjaya...Kita kan disuruh berusaha..Ida nampak abang ada kelayakan untuk menjadi seorg guru. MTEST tu kna jwb btl2.. Kalau ada rezeki, InsyaALLAH! Sama2lah kita mencuba yer abg... Doakan yang terbaik..:-)

Naim berkata...

Isteriku;

Setuju. Terima kasih atas sokongan. -:)

uj berkata...

napa hari tu tak cuba apply MARA yg UJ ada iklankan... OK juga ... lebih kurang sama dengan KPLI juga...

Mimiamilia berkata...

LUruskan niat buat kerana Allah..InsyaAllah Allah mudahkan

Afida Anuar berkata...

Salam naim..

saya baru sekali mencuba, tak dapat terus putus asa. Pastu tahun 2007, dapat offer tuk buat diploma pendidikan dalam bidang english.... tapi saya tolak, sebab dalam masa yang sama dapat tawaran tuk ke India buat training dalam software engineering...ayah memang la suh saya jadi cikgu..

skrang bila dah merasa keje swasta, gaji pun tak la banyak sangat, cuma betul la kata naim tu, sebabkan masa..... ada masanya rasa macam nak resign je keje skrang ni. Kalau ikutkan hati nak pencen terus dari bekerja..hehe...

Awal2 habis belajar tahun 2006 dulu pernah cuba Mtest..tapi fail. Terus tak mintak dah..huhu.

Naim berkata...

Uncle Jo, saya suka ajar budak-budak saja. Peringkat remaja saya rasa nanti takut jadi cikgu garang pula... tak pasal2 bertumbuk dengan pelajar.

Mimiamilia: terima kasih atas dorongan. -:)

Afida : Oo.. begitu. Satu kapallah.
-:D