Ketika tentera Israel melayak bumi Palestin khususnya Ghazza, terdapat sebahagian daripada mereka terpaksa dibekalkan dengan pampes. Sesetengah daripada mereka menghadapi saat dan keadaan yang amat menakutkan.
Antara keajaiban yang berlaku:
- Keluar makhluk aneh dari bumi. Makhluk ini melempar pasir ke arah tentera Israel sehingga mata mereka buta.
- Seorang mujahid yang terselamat berkata, “Apabila api marak, aku berdoa: Wahai Tuhan yang menjadikan api. Yang sejuk dan sejahtera buat nabi Ibrahim, hapuskan api ini.” Lantas api yang marak padam dalam masa singkat. Saya dan rakan-rakan berjaya menyelamatkan diri.
- Terdapat kalangan orang awam ditanya, “Apakah pakaian tentera Hamas?” Mereka menjawab, “Baju hitam.” Tetapi tentera itu berkata, “Kami nampak pakaian putih.” Begitulah diulang soalan sama tetapi penduduk awam tetap memberi jawapan yang sama.
- Suatu keadaan berlaku hujan peluru sehingga bangunan yang menempatkan sekumpulan mujahidin tidak mempunyai jalan keluar. Mereka terperangkap. Sekonyong-konyong datang awan hitam yang mengabui pandangan tentera dan gelombang infra daripada pesawat terbang. Akhirnya mereka berjaya beredar ke tempat lain dalam naungan awan itu.
- Seorang mujahid lain bercerita, “Aku menggunakan pelancar roket. Seakan-akan ada sesuatu yang membetulkan arah sasaranku.” Aku merasainya beberapa kali.
- Seorang mujahidin yang terkorban. Mayatnya dialih selepas dua puluh hari perang. Bau kasturi menyelubungi mayatnya. Sehinggalah dia dikuburkan, bau wangi itu masih harum.
Mujahidin Hamas msaih mampu bersolat ketika perang kerana keyakinan mereka kepada pertolongan Allah. Dan memanglah apabila datang pertolongan, mereka akan mendapat ketenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan