“Man ahdatsa fii amrina falaisa minni fahuwa raad,” maksudnya “Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu amalan/urusan agama sedangkan ia bukan daripada anjuranku, maka ia ditolak.”
Dalam membahaskan hadis ini, Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi dalam Fattawa Mu’asyirah (Fatwa Semasa) mengatakan bahawa umat akhir zaman ini melakukan beberapa perkara aneh dalam urusan agama. Antara yang disebutkan ialah:
1. Ramai orang berebut-rebut melakukan perkara sunat tetapi amat sedikit yang berebut-rebut melakukan kefarduan. Contohnya pada bulan Ramadhan, begitu ramai orang mengunjungi masjid untuk solat sunat Taraweh, tetapi amat sedikit yang istiqamah berjamaah untuk solat fardhu. Senario ini dapat dilihat juga dalam hal menunaikan solat sunat Idul Fithri/Adha.
2. Wanita yang pergi bekerja memakai perhiasan yang cantik tetapi comot apabila berada di rumah. Sekarang, ramai wanita bekerja memakai cantik-cantik, bersolek dan memakai wangian tetapi apabila berada di rumah, penampilannya kusam, busuk dan memakai ala kadar sahaja.
3. Orang yang memakai pakaian kemas ketika bertemu pemimpin yang disegani, tetapi mengenakan pakaian biasa (ala kadar) apabila bertemu Allah Rabbul Jalil. Kebanyakan manusia apabila menunaikan solat, memakai pakaian yang selekeh. Tidak bergosok pun. Kadang-kadang yang menyedihkan sekadar memakai kain pelekat tanpa memakai baju.
4. Orang yang masuk ke masjid lantas menunaikan solat sunat sedangkan guru agama sedang mengajarkan ilmu (kuliah). Dalam situasi ini, seharusnya orang itu terus mendengar majlis ilmu kerana menyertai majlis ilmu itu bersamaan dengan 1000 ganjaran pahala solat sunat. Imam Al-Ghazali dalam kitab Bidayatu al-Hidayah menyebut hal ini dalam bab Adab ke Masjid dengan berkata, “Tidak perlulah ditunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Cukuplah baginya dengan al-baaqiyaatu al-Sholihaat – iaitu membaca Subhanallah wa al-hamdulillah wa laa ilaaha illa Allahu wa Allaahu akbar (tiga kali).
Nota kuliah Subuh, 21 Feb 2009, Al-Fadhil Ustaz Thirmizi, Masjid al-Hidayah, Sentul, KL.
Sebahagian nota kuliah ilmu yang lain saya abadikan di sini.
Naimisa, 21022009, jam 1450, Sentul, KL.
4 ulasan:
betul3 ape yg napi ckp.. insya allah mnjadi ingatan bg aku dan semua org..
betol3.. smoga ape yg napi ketengahkn ni mnjadi iktibar pd aku dan semua..
emm satu lagi pompuan yang makin berada kedudukan atas pun ramai (tempat kerja)...smpaikan kelurga terabai..itu pun slh satu fenomena keanehan juga jika dibandingkan dgn dulu
ini satu peringatan yang baik. ya, sayapun ada buat perkara yang tak patot dan tak buat perkara yang patot.
Catat Ulasan