Selasa, Oktober 26, 2010

Langka bumi: Akan berulangkah tragedi lama?


Novel Hj. Azizi Abdullah berjudul Daerah Beta, terbitan DBP. Bukanlah cerita pembacaan buku tersebut yang mahu diwar-warkan. Novel ini mengambil satu latar peristiwa tragik sekitar tahun 1982 di Bukit Merah [1]. Dan ada isu yang sangat membimbangkan berbetulan perkembangan semasa yang berlaku di negara kita.

Sedar atau tidak, satu kilang pemprosesan Lathanides akan beroperasi semula selepas sembilan bulan digantung operasinya sejak November 2009. Lathanides digunakan dalam pembuatan mentol dan bateri kering. Kilang ini asalnya mahu dibangunkan di Terengganu tetapi tidak diluluskan oleh kerajaan negeri Terengganu pada tahun 2007. Pun begitu, kerajaan negeri Pahang telah bersetuju menerima pelaburan RM1 bilion di Gebeng. Merujuk kepada kenyataan media bertarikh 20 April 2010, adalah suatu yang membimbangkan juga. Apakah dengan menggantungkan penerusan projek selama sembilan bulan itu mampu memberi jaminan bahawa tragedi (kesan radioaktif) tidak memudaratkan penduduk berhampiran? Kalaupun tidak, adakah langkah keselamatan ketat diambil untuk memastikan pekerja kilang tidak terdedah pada radiasi? Semoga persoalan pendek ini membuka kesedaran kita semua terhadap bahaya bahan radioaktif. Kenyataan media projek tersebut boleh dirujuk di http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Project_Updates_200410_FINAL.pdf [2]

Menurut satu artikel yang diterbitkan oleh Chinese Society of Rare Earths, "Setiap tan nadir bumi dihasilkan, kira-kira 18.7 kilogram fluorin dan 13 kilogram habuk. Dan menggunakan asid sulfurik dalam proses pengkalsinan untuk menghasilkan bijih langka bumi menghasilkan 9600 sehingga 12000 meter padu sisa gas. Gas ini termasuklah debu asid sulfurik, sulfur dioksida dan asid hidrofluorik selain sisa air berasid. Laporan kajian aktiviti melombong langka bumi di China yang tidak mengikut piawai rawatan yang betul menunjukkan hampir 10 juta tan air sisa setahun.
Air ini menyebabkan pencemaran terhadap sumber air dan sistem pengairan tanah pertanian."
Apabila nadir bumi diektrak, bahan yang berbaki bersifat radioaktif. [3]

Maka kita tunggu dan lihat apakah kesan yang pernah berlaku di Bukit Merah 28 tahun lampau akan berulang di Gebeng, Kuantan dalam masa lima hingga sepuluh tahun akan datang.


Sumber:
[1] Kronologi Tragedi Radioaktif Bukit Merah
[2] Surat saya kepada akhbar, telah disiarkan.
[3] China’s Rare Earth Elements Industry: What Can the West Learn?, oleh Cindy Hurst, Penganalisa di U.S. Army’s Foreign Military Studies Office,
Fort Leavenworth, KS.


[*]Kemas kini 12 Mac 2011: Taking a Risk For Rare Earth

3 ulasan:

Afida Anuar berkata...

Gebeng....

kalau tak silap gebeng dah membangun dengan kawasan perumahan dah sekarang...kalau di bangunkan di situ, bimbang keselamatan dan kesihatan penduduk terjejas...

terengganu tolak, pahang pandai2 pulak ambil..huhu..

Naim berkata...

Afida, baca betul-betul.
saya ingin betulkan.."Kalau dibangunkan.." sebenarnya "Kilang sudah dibangunkan dan beroperasi..."

Terengganu pada 2007 menolak projek itu kerana mereka sudah ada kesedaran bahaya radioaktif.

zizie ali berkata...

betulkan terengganu menolak atau sebenarnya lobi pahang lebih power?