Jumaat, Oktober 22, 2010

Harapnya tidak tambah masa kecederaan


Dua minggu lepas, isteri saya menunjukkan pekeliling JPNT berkaitan sayembara deklamasi Puisi anjuran DBP Wilayah Timur dan JPNT. Pekeliling itu menyebut penyertaan digalakkan dari kalangan guru, pelajar dan kakitangan sekolah. Pertandingan ini diadakan pada 23 Oktober di Perpustakaan Awam Kuala Terengganu. Tarikh tutup penyertaan pada 15 Oktober. Saya merujuk kepada satu lagi hebahan Persatuan Penulis Terengganu (PELITA) pada 14 Ogos. Dalam iklan ini dinyatakan penyertaan terbuka kepada umum. Maka terlepaslah peluang saya untuk mencuba nasib dalam pertandingan ini. Dan saya fikir, “Tentu ada sebabnya.”


Dua hari lepas, bonda menghubungi saya mengajak ke majlis akad nikah sepupu di Kg. Sungai Derhaka. Majlis jam 10.00 pagi. Bermakna jam 7.30 pagi saya harus bertolak dari rumah di K Terengganu, turun ke Kuala Berang. Kemudian bertolak dari Kuala Berang sekitar jam 8.30 pagi. Saya fikir wajar diawalkan sedikit (iaitu jam 8.30 pagi) kerana menimbangkan kebarangkalian tersesat. Saya dilahir dan dibesarkan di Terengganu tetapi waktu muda remaja saya tempang. Tempang kerana sejak usia 13 tahun sudah belajar di Kelantan. Waktu cuti pula jadi tempang terperap di rumah. Tidak banyak berjalan. Sehingga suatu hari saya ke Marang seorang pakcik bertanya, “Anak ni orang KL?” Demikianlah orang Kuala Berang yang dimomokkan dengan dialek hulu sebenarnya tidaklah terlalu kekampungan. Cara kami bercakap pun sebenarnya seperti orang KL!


Tetapi itulah yang sering ditanya kepada saya. Dan lebih teruk ada yang meminta saya memberi contoh ayat orang hulu. Saya jawab, “Saya tidak pandai.” Memang di rumah, kami bercakap biasa-biasa. Ayah dan emak tidak pernah bercakap dialek hulu. Sebab itu kami tidak pandai bercakap selanga hulu melainkan pertuturan biasa orang Terengganu.


Apa pun, saya doakan semoga sayembara deklamasi puisi sempena Bulan Bahasa Kebangsaan berjalan lancar dan meriah. Jika ada lebih waktu, saya akan cuba meninjau kemeriahan sayembara ini. Insya-Allah.



Jalan inilah yang akan dilalui, tetapi dalam pangkalan data Google, tiada pula nama kampung yang disebut di atas.

3 ulasan:

Afida Anuar berkata...

Naim..walaupun saya orang ganu....tp serius kalau dengar orang kuala berang bercakap, saya tak paham..errr...

uj berkata...

UJ pun nak mencuba nasib di wilayah selatan.. juga terlepas.. yang best lagi... sebab penyertaan dah melebihi jangkaan... belum ada nasib nak lontarkan suara ni dalam arena ni ...erkkk

Naim berkata...

Afida: Tak hairan pun.Saya pun kadang-kadang tak faham. :D

UJ, Oo... tahun depan ada lg. Insya-Allah.