Dan pagi ini, sungguh saya terkilan. Dahulu, katanya "saya tidak suka menolong orang jika sekejap kata begini dan sekejap kata begitu."
Saya kata, "ya. Saya betul-betul nak tumpang kamu balik."
Pagi tadi terima SMS, "Maaf. Kereta penuh. Barang-barang adik saya (PC-nya dan kawannya) sesak. Tiada ruang lagi untuk menumpang."
Aku, "Ok. -:)"
Saya mampu lagi -:) kerana saya masih waras. Jika saya mahu marah, saya kena tanya diri saya dahulu, "kenapa saya tidak sahkan semula status kepulangan itu dengan beliau kelmarin atau hari Rabu lagi?" Mungkin dia juga lupa untuk maklumkan kepada saya perkara ini lebih awal supaya saya dapat beli tiket bas. Entah, apakah nanti sekejap lagi tiket bas untuk malam ini masih ada? Doakan semoga ada. Jika ada, dapatlah saya pulang bercuti seperti yang saya janjikan dengan mudah. Jika tiada, saya akan cari jalan pusing satu Malaysia untuk sampai juga ke Terengganu dengan bas. Saya tidak gila. Saya sudah janji akan pulang pada hujung minggu ini.
Dan jika anda mahu baca cerita bergambar silalah ke weblog MyFotopages. Jika anda mahu membaca darihal kaedah bacaan dalam al-Quran, bukalah Laman AQO. Pelajaran 18 baru dimasukkan pada pagi ini. Dan lagi, sekiranya anda mahu menatap kepalsuan Teori Darwin selepas penemuan teknologi DNA, belilah Dewan Kosmik, Jun 2006. -:D -:)
Saya tinggalkan beberapa perkara ini sebelum saya pulang bercuti panjang. Doakan saya selamat pulang dan kembali semula. Jika saya mati, jangan lupa, hadiahkan al-Fatihah buat saya, walau pun sekali. Dan jika anda ada kesempatan dan kemudahan, jangan lupa siramkan air di kuburanku.
Kadang-kadang kita terpaksa menerima hakikat perancangan di luar perancangan kita. DIA lebih mengetahui hikmah aturan perjalanan hidup kita.
4 ulasan:
Siapa boleh jadikan saya kaya? Kerjaya saya yang halal lagi berkat. Dan hakikatnya ALLAH yang boleh jadikan saya kaya.
Sistem cari wang yang disarankan itu halalkah?
Adik, mana le tau dugaan yang adik hadapi ini, boleh jadi Adik berjumpa kekasih hati, hehe.. mana le tau:p
sabarlah ye Naim. setiap dr kita pasti diuji dgn pelbagai ujian.
"Ya Allah jgnlah kami diuji dgn ujian yg tak termampu"
Byk gak skim cepat kaya termasuklah MLM. Bagi saya byk yg bercanggah ngan syariat. Biarlah kita ngan yg ada sekarang. yang penting Allah redha.
p/s: naim as administrator tak leh delete ka comment2 junk nih?
JOe Penang ::: Tidak ada opsyen spt cdangan saudara itu. Opsyen yg ada ialah 1. Memaparkan komen. 2. Tidak memberi ruang untuk pembaca memberi komen.
kak Ida ::: kalau setakat terserempak di dalam bas, atau stesen bas, saya tak akan berkenan.
Catat Ulasan