Minggu lepas (18 Mac), ketika ribut kuat melanda Alor Setar, aku dan beberapa rakan berada di Kuala Lumpur. Berita yang disiarkan dalam TV3 menunjukkan kemusnahan rumah-rumah mangsa ribut.
Peristiwa ribut itu juga dialami sendiri oleh seorang sahabatku di sini. Ketika itu, dia berada di rumahnya. Katanya ketika angin kuat, air hujan bagai dilambung-lambung dalam bentuk pusaran. Samalah seperti ombak di laut. Kejauhan nampak air yang berpintal-pintal menuju ke arah rumahnya. Ketika beliau merasakan kemuncak laluan angin itu, sepontan beliau melaungkan kalimah Allahu Akbar! Seperti bilal melaungkan azan. Rumahnya tidak mengalami apa-apa kerosakan.
Keadaan lebih dahsyat di bahagian rumah ibunya. Lima keping atap asbestos diangkat angin, tidak tahu ke mana hilangnya. Pokok kelapa ditiup angin, pucuknya yang paling tinggi menyentuh bumi. Meliuk-lintuk, tetapi tidak patah. Kuatnya pokok kelapa itu dengan izin Allah. Kemudian beliau berkata lebih 100 buah rumah mengalami kerosakan dalam ribut kuat itu. Media massa khususnya TV3 merakamkan kesan kerosakan dengan melaporkan bahawa 'rumah' yang rosak teruk itu sebagai rumah. Walhal 'rumah' yang dimaksudkan ialah kedai yang baru sahaja siap diubah suai (renovated shop), diguna untuk perniagaan karaoke, menurut cerita sahabatku itu.
Bayangkan! Dahsyatnya kuasa angin yang dikirimkan Allah. Besi tiang seberat lebih 200 kilogram juga digasak angin bagai kain yang diperah. Besi keluli yang berat itu pun boleh lunyai sebegitu rupa. Mari kita tanya diri sebagaimana Allah bertanya kita di dalam al-Quran;
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi sehingga mereka dapat memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka. Allah telah menimpakan kebinasaan ke atas mereka......."
(Muhammad:10)
Jangan kita melihat perkara ini sebagai fenomena alam yang biasa-biasa. Allah mahu memberi pengajaran kepada kita supaya kembali kepadaNYA, menghayati dan menurut segala ajaran agamaNYA.
Catatan pada 25 Mac 2006, jam 1200.
Dan di bawah ini pula 'hadiah' kenang-kenangan 'tanda' persahabatan di antaraku dengan ulat gonggok. Aku tidak membunuhnya. Tanda ingatan itu masih ada sejak 17 Mac 2006 sehari selepas terkena pada jam 11.30 malam di bawah pokok ketika aktiviti LDK 2, Kem Jati Diri Muslim siri 2.
6 ulasan:
timer kasih la singgah blog gua!!
regards,
Itu baru alam merajuk sikit...kalau alam mengamuk...? .. tanda keBESARanNya....
mmmm....Astaga. Tak ketahuan pulak aku akan bencana yang melanda negriku itu... Apakah gerangan nasib anak-anak Kedah Maju 2010. Maju sebagaimana pun pasti takkan dapat melawan takdir Tuhan. Hebat setara mana pun teknologi, tetap ia teknologi manusia yang takkan mampu menandingi kesyumulan teknologi Tuhan. Nanoteknologi atau bahkan lebih kecil dari itu semuanya teknologi Tuhan yang hanya cbisan kasih dan rahmatNya untuk kita makhlukNya....
Haha melalut-lalut.
Kampung aku pun kena gak ribut dulu. Dua tahun lepas kot. Kedah la jugak tapi taklah suka sangat Kedah Maju 2010.
sudah sampai sini... terima kasih sudi singgah di hujung rimba :)
tuan seperti tuk kenali, membiarkan ulat hidup dan kencing di atas batang tubuh sendiri.
semoga Allah memberkati kemuliaan diri tuan
Alamak! Tuan Dahri 'mengipas' saya dengan kipas helikopter. Lebih baik kalau guna kipas meja sahaja. Saya tidak patut digandingkan dgn tuk kenali. Terlalu naif diriku.
Catat Ulasan