Khamis, Mei 27, 2010

Warkah buat Dato' Seri

Dato' Seri,


Sebagai orang muda yang dangkal ilmu politik dan cetek agama, saya mewakili sebahagian suara hati anak-anak muda. Seorang pemimpin besar seperti Dato' Seri seharusnya mempunyai tunjang yang satu atas nama agama. Saya percaya dalam diri Dato' Seri masih ada detak dan denyut Islam.


Dato' Seri,


Saya maklum Dato' Seri mempunyai ramai penasihat agama. Sekalian majlis Mufti, ketua pengarah agensi dan jabatan agama di bawah naungan Dato' Seri. Dan Dato' Seri pada bila-bila masa sahaja boleh merujuk mereka andai Dato' Seri terlupa ayat al-Quran tentangnya.


Dato' Seri,


Dalam demokrasi, kita mendengar suara rakyat. Antara rakyat dengan Tuhan, mana yang lebih besar? Justeru saya berharap, Dato' Seri tidak mendengar rakyat sebaliknya tunduk dan patuh pada kalam Tuhan. Jika haram yang difirmakan-NYA, maka haramlah ia. Tidak perlu menunggu pendapat rakyat seperti saya. Suara kami tidak ada apa-apa. Suara kami jika menyebabkan Dato' Seri membuat hal yang tepat dengan hukum Tuhan, tetap tidak melepaskan Dato' Seri dari azab Tuhan.


Dato' Seri,


Semoga Dato' Seri terjaga dari kelalaian. Semoga masih ada ruang taubat buat Dato' Seri.

7 ulasan:

Nur Fatiha Fadila berkata...

Assalammualaikum, Naimisa.

Terima kasih atas lontaran suara yang mewakili kita semua. Semoga Dato' Seri akan terbuka hati dan menerima taufik-Nya.

uj berkata...

salam ziarah... itu lah yang diharapkan....

andai yang baik kita menerima seadanya...meskipun dari mereka bukan seperahu dengan kita...kerana kita bukan pengganas atau ekstrimis..

namun jika yang buruk apatah lagi sememangnya dimurka tuhan... sudah tentu kita menentang... kerana kita tidak mahu ada saham bersama...dan sesungguhnya juga kerana kita ingin kau jua meyedari kealpaan yang itu...

Afida Anuar berkata...

...ingat mati dato seri...
rumah kata pergi..kubur kata mari tu...
sedar lah dato seri.... entah besok lusa dato seri akan mati..bertaubatlah sebelum nyawa sampai ke halkum..

PS: tambah sikit lagi kata-kata..hehe

Mimiamilia berkata...

Kalau lah Dato seri membacanya..
kalau lah Dato Seri sedar salahnya..
Kalau lah.. kalau lah..

Naim berkata...

Mimiamilia ;; harap-harap Dato' Seri baca. Dia kan ada banyak mata dan telinga?

Afida :: -:D

Uncle Joe :: begitu?

Wardah :: Wa'alaikumussalam, sama-sama.

UglyPooh berkata...

mudah2an dia sedar...

sebagai pemimpin dia patut tahu.

MARSLI N.O berkata...

Sdr Naimisa: Selamat membaca.