Rabu, Disember 08, 2010

Telah KAU renggut damai kami


Foto dirakam dari tingkap bilikku, Aras 10. Di salah satu blok Flat Perumahan Awam, Jalan Sentul Pasar. Ribut melanda petang 08 Disember 2010.


Tuhan
ENGKAU Maha Mengetahui
di bawahan teduhan itu
saban malam kami mengalas perut

Tuhan
kami masih mengurut dada
merafakkan syukur kami
tiada nyawa dipagut
tentera langit-MU itu

Tuhan
kerananya kami terpaksa
menunggu mentari esok
mencari sesuap nasi

Tuhan
kami gentar lagi bimbang
andai pembaringan kami
akan ranap lemas dalam sungai alpa

Tuhan
terima kasih
ENGKAU masih menyanyangi kami

1 ulasan:

Afida Anuar berkata...

SubhanaAllah...sampai terangkat atap2...Kat cyberjaya ni perasan juga hujan agak lebat petang tadi, tapi tak rasa apa-apa sebab masih di dalam, hujan pun tak kedengaran..huhu