Selasa, Disember 14, 2010

Bolehkah diundur melaksana rukun solat jika terlupa

A. Seorang yang terlupa suatu rukun ketika solat.

Ada dua keadaan.


1. Orang bersolat sendirian dan yang menjadi Imam.
Dia boleh mengundur untuk melaksanakan rukun sebelumnya. Sebagai contoh, apabila seseorang Imam atau orang yang solat sendirian teringat bahawa dia belum membaca al-Fatihah ketika rukuk, dia boleh berdiri semula dan membaca surah al-Fatihah. Kemudian dia rukuk semula seperti biasa dan menyempurnakan rakaat solatnya.

2. Menjadi makmum.
Tidak boleh berbuat seperti dalam (1) di atas. Hal ini kerana dia mengikut Imam. Rakaat itu tidak dikira. Dia hendaklah menambah rakaat selepas Imam memberi salam.


B. Apakah keutamaan seseorang makmum apabila Imam memberi salam, sedangkan dia belum selesai membaca doa (doa perkara sunat dalam solat)?


Dalam hal ini, makmum hendaklah memberi salam untuk mendapat fadhilat berjemaah sesuai dengan tuntutan makmum menurut kelakuan Imam. Doa selepas membaca tahiyat akhir adalah sunat. Maka melaksana rukun solat (memberi salam) lebih utama .


C. Seorang makmum memanjangkan sujud kerana berdoa sedangkan Imam sudah duduk membaca tahiyat akhir.


Menurut Imam al-Ghazali, perbuatan makmum ini HARAM. Memanglah ada hadis mengatakan sehampir-hampir dengan Tuhan ialah sewaktu sujud. Pun begitu, melewatkan bangkit dari sujud kerana berdoa menyalahi adab berjemaah. Hal ini kerana makmum memberatkan perkara sunat melebihi perkara wajib dalam solat. Jika seseorang hendak memanjangkan sujud untuk berdoa, bolehlah dilakukan ketika bersolat sendirian.


----Nota kuliah Maghrib, 12 Disember 2010. Kitab Muniatul Musholli, Ust. Abd. Aziz Arof. Masjid al-Hidayah, Sentul, KL.


3 ulasan:

Afida Anuar berkata...

Thanks for sharing...

maknanya sama juga dengan orang yang tertinggal Qunut? dia boleh bangun balik?

Naim berkata...

Fida, dia boleh bangun semula jika bersolat sendirian / jadi Imam.

Adapun makmum, jika mengikut Imam turun untuk sujud (dlm keadaan makmum itu tidak lupa), dia tidak boleh bangun semula. Sebabnya dia ingat tentang qunut tersebut. Makmum itu boleh berniat mufaraqah (berpisah daripada Imam) dengan niat perpisahan itu disebabkan Imam yang terlupa.

Jika tidak berniat begitu, batal solatnya (makmum tersebut).

radd berkata...

Kalau tak silap saya untuk perkara rukun perlu undur balik, sedangkan perkara sunat tidak boleh. Dalam Mazhab Syafie doa qunut adalah sunat yang dituntut namun bukan rukun. jadi mungkin lebih baik tinggalkan, gantikan dengan sujud sahwi