Isnin, November 01, 2010

Ada semua baru meriah



Bonda ketika memberi kata putus, "Kalau hendak buat kenduri, biarlah semua ada di rumah."


Maka cadangan asal membuat bekwoh berselang sehari ketika raya puasa dahulu pun dilambatkan sedikit. Kata emak lagi, "Bukan sengaja lengah-lengah. Tidak meriah kalau tiada semua orang. Adik-adik dah masuk kerja pada hari raya kelima."


Maka sebab itu, ijab kabul kami pada 04 Syawal kemudian kenduri di sebelah perempuan. Keesokannya adik-adik saya yang berkerja luar negeri sudah pulang ke tempat kerja. Malahan yang seorang itupun siap bertolak pada malam itu juga bersama bakal ibu mertua dan jejaka pilihannya.

Ok, jemputlah kepada semua sahabat yang berkelapangan. Jika mahu kad istimewa, silalah emel alamat anda kepada hanafi.mohamad[at]gmail.com.

1 ulasan:

Afida Anuar berkata...

Owhh kenduri sambut menantu. Ingatkan dah bereh semua haritu...

InsyaAllah Naim, tapi rasanya waktu tu saya tak balik kg sebab seminggu sebelum tu dah balik...

apa pun, jika ditakdirkan saya berada di kawasan kejadian pada hari berkenaan, insyaAllah saya singgah.

PS: Terima kasih kerana sudi menjemput:D...mabruk sekali lagi...