Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru yang pernah mengajar saya.
Dedikasi ini ditujukan kepada semua guru yang pernah mengajar di
- Sekolah Kebangsaan Tapah, Kula Berang
- Sekolah Menengah Sains Tg. Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa
- Kolej Chermai, Bahau
- Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, USM Transkrian
Begitu juga kepada semua guru dan ustaz yang pernah saya ikuti pengajian/kuliah/sesi takmir mereka.
Kepada guru-guru dari kalangan adik-beradik saya seperti berikut;
- Siti Khuzaifah Bt. Isa, SK Kuala Berang (Pend. Khas)
- Amran Bin Ismail (Abang Ipar), SK Tengkawang (Sains)
- Radiah Bt. Isa, SMK Tasek Utara, Johor Bahru (Matematik)
- Muhammad Taufik Bin Isa, MRSM Gemenceh, Negeri Sembilan (Biologi)
Tidak lupa juga kepada semua pengunjung blog ini yang sedang menjadi guru. Semoga kalian berbahagia dan ikhlas dalam memartabatkan nusa bangsa mengikut kemampuan masing-masing.
Bab Tentang Orang yang Lupa akan Solatnya.
Dari Abu Qatadah, nabi bersabda “Man nasia sholaatan fal yusholliihaa idza dzakarahaa.” (“Sesiapa yang lupa akan solatnya, maka solatlah apabila dia mengingatinya”).
Lupa menunaikan solat apabila tertidur atau uzur yang dibenarkan pada syarak, apabila teringat (dalam kes tidur ialah sedar dari tidur; bagi orang yang gila (pitam) adalah ketika dia waras (hilang pitamnya)). Imam Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa hadis ini menunjukkan bahawa solat hendaklah ditunaikan dengan kadar segera walaupun waktu seseorang itu terjaga adalah ketika waktu yang diharamkan solat padanya seperti ketika terbit matahari (untuk solat Subuh) atau ketika tenggelam matahari (solat ‘Asar).
Selain itu, pengarang kitab ini (Idris al-Marbawi) menukilkan perbahasan tentang mengqadhakkan solat bagi orang yang sengaja meninggalkan solat. Imam Nawawi mengatakan bahawa wajib diqadhakkan solat itu menurut keutamaan yang asal (min baab al-Aulaa). Jika solat yang ditinggalkan secara tidak sengaja (terlupa kerana tidur atau uzur yang dibenarkan pada syarak), maka solat yang ditinggal secara sengaja perlulah diganti. Dalam kitab Fiqh Mazaahib Arba’ah (kitab Feqah Mazhab Empat Imam), ditegaskan bahawa tidak cukup dengan sekadar mengqadhakkan solat, tetapi hendaklah disertakan dengan taubat. Iaitu apabila diqadhakkan solat itu, seseorang itu hendaklah berazam tidak mengulangi perbuatannya (meninggalkan solat dengan sengaja).
--- # --- # ---
Nota:
- Uzur yang dibenarkan syarak di dalam perenggan di atas hanya melibatkan orang lelaki atau wanita yang gila atau pitam sehingga apabila dia kembali seperti keadaan biasa (waras dan sedar daripada pitam), waktu solat telah luput. Adapun bagi wanita yang haid atau nifas, tidaklah ada kewajipan baginya mengqadhakkan solat yang ditinggal sepanjang tempoh nifas atau haidhnya.
- Rumusan yang dicatatkan di sini adalah pendapat jumhur ulama. Saya tidak menukilkan perbahasan qaul yang lain-lainnya.
------------------------
Rumusan kuliah Maghrib Ustaz Raihan Abdul Aziz, 15 Mei 2009, Masjid Al-Hidayah, Sentul. Kitab Bahrul Mazi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan