Khamis, September 30, 2010

Berapa banyak Durian Mas?

Ada satu kisah dalam al-Quran ketika nabi Ibrahim memohon kepada Allah menunjukkan bukti kekuasaan-NYA menghidup akan benda yang telah mati, lalu Allah bertanya, “Apakah kamu tidak beriman (mempercayainya)?”


Lantas Nabi Ibrahim menjawab, “Bahkan, tetapi aku ingin memantapkan lagi keyakinanku.”


Maka Allah pun memerintahkan Nabi Ibrahim mencincang burung dan meletakkan daging-daging itu di empat bukit. Sehingga akhirnya Allah kembalikan semula dalam bentuk yang hidup dengan mencantum semua daging yang dipisah-pisahkan itu. Inilah sejarah yang tersebut dalam ayat 260 surah al-Baqarah.


Maka apabila saya memberitahu kepada sesetengah orang SK Durian Mas, rata-rata mereka menyangka dan lebih kenal Durian Mas di Dungun. Dan sebagai menguatkan kepercayaan mereka, ada baiknya saya paparkan nama-nama sekolah yang ada perkataan Durian Mas di Terengganu. Dan semoga mereka pun berpuas hati.


Saya pun tidak pasti kenapa dalam negara kita ada banyak nama tempat yang sama. Misalnya Bidor terdapat Perak dan Hulu Terengganu. Tapah pun ada di Perak dan Hulu Terengganu. Pasir Puteh ada di Kelantan dan Ipoh. Langgar ada di Kelantan dan Kedah. Batu Hampar ada di Kedah dan Kuala Terengganu. Kampung Durian Mas ada di Dungun dan Manir, kedua-duanya di Terengganu. Sekadar menyebut beberapa tempat.





Diedit semula dari keputusan carian di laman web Direktori Sekolah Malaysia.



4 ulasan:

Seteguh_Karang berkata...

Ermmmm.Ada 4 Durian Mas.
Kubang Ikan pun ada 2 abang.
1 kg mekdah, 1lg kg saya. hihiii...

MARSLI N.O berkata...

Sdr Hanafi: Dalam maknanya. Khususnya dengan mukaddimah kisah nabi itu.

MARSLI N.O

Naim berkata...

Isteriku, dulu pun pertama kali mati-mati abang set Kubang Ikan di Chendering tu.



Marsli N.O :: 'ibrah cerita itu penting untuk kita sama-sama renungi.

Afida Anuar berkata...

Hok saya tau, durian mas kat manir tu je....lalala...