Ahad lepas pendakwah popular Ust. Azhar Idrus dijemput menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi. Kehadiran amat memberangsangkan. Hadirin melimpah ke luar. Ruang di tingkat dua juga penuh. Solat Isyak terpaksa dibuat dua kali. Kata kawan saya, “Kutipan derma untuk pembinaan sekolah agama yang dilancarkan dalam majlis tersebut mencecah RM42 ribu!” Sumber kepada jumlah ini adalah dari salah seorang ahli Unit Amal yang bertugas mengutip derma.
Saya pernah mendengar Presiden UniPTS berkata, “Anak buah saya pernah persoalkan keaadaan ini. Bagaimana ya?” “Ribuan manusia hadir untuk setiap kali kuliah Ustaz Azhar?” “Mungkin karamah.” Dan saya sendiri melihat perkembangan ini dengan melihat kepada cetakan buku Ustaz Azhar terbitan PTS. Buku yang saya pegang tidak sampai tiga bulan dalam pasaran. Buku yang saya beli adalah cetakan ketujuh! Tidakkah ini suatu yang luar biasa?
Ustaz Azhar selain pendakwah dengan gaya humor, juga dikenal dan dihormati dalam bidang fotografi. Sesiapa sahaja yang bermain dengan lensa tahu kewujudan Digital Mukmin. Kenalan saya Abdullah Jones di Studio Rajawali pernah merakam lawatan sambil belajar beliau bersama Ustaz Azhar dalam hal ini. Tanyalah beliau bagaimana mahu merakam objek bergerak seperti sesibur? Nescaya dia dapat memberi jawapan bagaimana hendak zoom, melaraskan lensa dan sebagainya. Ayat ini memanglah nampak langsung tidak teknikal kerana saya bukan arif dalam bidang fotografi.
2 ulasan:
Alhamdulillah..memang fenomena ustaz azhar dah skrang ni naim. Dulu2 glemer kat terengganu je kan?
Saya tengok Allah lorongkan hati anak-anak muda tuk dengar ceramah2 agama, hadir ke masjid asbab dia.
PS: Ada pergi masjid an-annur bangi dak masa kuliyah magrib yang disampaikan oleh Imam dari Madinah tu?
1. setuju.
2. tidak.
Catat Ulasan