Isnin, Jun 14, 2010

Lawanlah musuh kita sesungguhnya

Betapa pesta dunia yang sedang dihidangkan ini mengambil waktu betul-betul selepas Maghrib. Dan tentulah mereka yang mengikutinya akan tertumpu pada kaca tivi, dan tidak akan ke masjid. Dan satu perlawanan sebelah malam di dunia sebelah sana, adalah waktu hampir ke Subuh di dunia sebelah sini. Dek leka melayan hidangan dunia itu, Subuh pun menjadi terlajak. Terlajak kerana sememangnya tidur sudah agak lewat. Kita pun berpesta tanpa rasa apa-apa salahnya. Orang lain bergembira dengan dunia, kita pun mahu turut gembira. Orang lain mahu bersorak meraikan tidak sampai tiga puluh orang kejar-mengejar sebiji bola, kemudian sesekali melonjak tinggi, menjerit-jerit atau meratap hiba apabila bola masuk jaring. Kita pun rela dengan sedar melepaskan Quran yang dibaca antara Mahgrib dengan Isyak, atau rela tidak beriktikaf di masjid, atau meninggalkan kuliah Mahgrib. Puncanya apa? Sebiji bola yang didemami seluruh dunia.

Ah! Zalimnya kita. Betapa kita tewas dengan dunia dan keseronokannya. Betapa tiada lagi air mata Gazza, kebulur Muslim Palestin atau marah kita pada Israel dengan topeng Zionist yang merompak harta-harta sukarelawan kemanusiaan. Sambil bersorak, kita pun bergegar-gegar meneguk Coca-Cola seperti Israel menghirup darah saudara kita di Palestin. Sungguh rakus, tanpa rasa bersalah sedikit pun. Zalimnya kita! Kita pun tahu, kekuatan umat Islam hanya dengan tulusnya ibadah. Kekuatan kita hanya dengan yakinnya kita pada Allah. Sayangnya kita pada Nabi. Dan cintanya kita pada prinsip-prinsip murni Islam. Kita jelmakan baju Islam sebagai pakaian yang namanya taqwa. Betapa Yahudi amat gerun pada muslim jika Solat Subuh mereka seperti ramainya orang bersolat Jumaat atau sunat hari raya. Betapa gerunnya Yahudi jika pemuda Islam berpegang teguh pada ajaran agama. Betapa takutnya Yahudi pada Islam jika setiap jiwa punya kekuatan JIHAD dalam diri. Jika kita takut berjihad mengangkat senjata, jihadlah melawan nafsu yang menjadi musuh terdekat kita.

Lupakah kita, “Musuh sebenar diri berada dalam diri kita sendiri. Itulah NAFSU.”

4 ulasan:

Afida Anuar berkata...

Alhamdulillah tv kat rumah rosak....erkk.. piala dunia..terpaksa la dilupakan..but that's ok. Tiada apa pun sangat dengan piala dunia tu kan?erkkk

suri berkata...

salam sahabat..
maaf sebab terlepas pandang disini..
jika tdk keberatan suri nak minta link..

suri pun mmg kurang minat bola..blh kata tak amik port sgt sb byk buang masa jer..

mmg benar kata shbat..ia blh melekakan kerja kita..lupa Tuhan dan sbgnya..

manusia punyai banya ragam..minat..namun harap tak smu bsikap sbgtu..

suri pun tak mgrti apalah yang best gila sgt pasal bola ni?? huhu..

Naim berkata...

Afida, :)


Suri, salam kembali.

Silalah. Terima kasih. :)

Unknown berkata...

syukran atas peringatan