Isnin, Jun 14, 2010

Kisah-kisah yang perlu dimabil kisah.

Kisah orang lain.

Dia mengeluh panjang, “Macam-macam hal. Dalam borang sebelah lelaki, dia tidak tulis kerjanya sebagai askar. Yang perempuan isi borang menyatakan si lelaki anggota tentera. Tak pasal-pasal kena buat pengesahan lain pula. Sepatutnya dua-dua pasangan yang hendak mendirikan ‘masjid’ tahu pasangan masing-masing.”
Kawan yang mendengar bertanya, “Si lelaki tu kerja di mana?”
"Kelantan."
"Susah juga tu…"
Perkara mudah pun sudah jadi susah.

Kisah saya.

Dan aku pun berlalu setelah dimaklum, "Pegawai yang dapat buat pengesahan tiada hari ini. Encik datang esok boleh?"

Saya jawab, "Petang ini saya sudah balik ke KL semula. Beginilah, saya balik semula bulan depan. Nanti saya ambil."
Dan dalam hati saya merungut, ‘Perkara mudah pun sudah jadi susah.’
Saya tidak mahu sembunyi-sembunyi lagi penyataan rasa ini. Paling tidak, ada ada dua alasan kuat untuk pulang pada 30 Julai nanti.

2 ulasan:

Khairi Mohd berkata...

Benda kecil mcm ni yg jadi ulat dalam kecekapan kerja seharian kan. haih!

Naim berkata...

Khairi, itu dah betul dengan KPI mereka. Keh!!!