Barangkali kerana manusia sudah tidak bijak mengurus masalah, manusia memilih mati sebagai penyelesaian. Menurut kenyataan akhbar seperti dilaporkan Bernama, 113 kes bunuh diri pada bulan Julai hingga Disember 2007. Bermakna purata 18 kes sebulan. Jika kita meninjau data terkini di weblog Daftar Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia (NSRM), terdapat 418 kes sepanjang 2010. Dengan mengandaikan data tersebut setakat bulan Mac 2010, hal ini bermaksud terdapat peningkatan dua kali ganda. Bagi suku tahun pertama 2010, kira-kira 34 orang membunuh diri sebulan.
Masalah bak penyeri kehidupan. Seri seringklai dikaitkan dengan sesuatu yang bercahaya. Kerana itu, kita lihat cahaya sendiri adakala cerah atau sebaliknya malap. Saya bicarakan hal ini sebagai muhasabah diri sendiri. Tatkala saya dilanda masalah belum digaji
dua bulan, memanglah kehidupan mandom. Semacam setiap hari adalah mimpi ngeri. Pegawai bank telefon mengingatkan bayaran ansuran pinjaman. Sekejap-sekejap tuan rumah bertanya soal duit sewa.
Perhatikan sahaja dialog ini, "Bang, nasi bujang sahaja."
Ya, tidak salah memakan nasi bujang dengan mempamer muka kasihan. Lalu pelayan kedai makan akan
membawakan saya sepinggan nasi, sebiji telur dadar, tiga hiris timun, semangkuk sup kosong dan segelas air suam. Cukuplah RM2 semalam. Dan itulah satu-satu kalinya saya makan nasi. Yang lain, saya bersarapan sebelah pagi.
Anda tidak perlu kasihankan saya. Ini realiti yang saya masih mampu hadapi. Saya bersyukur kerana Allah masih memberi kekuatan kepada saya menghadapinya. Ya Rabb, kurafakkan kesyukuran kehadratmu kerana Engkau menyediakan rakan-rakan yang membantu dan memberi semangat kepadaku untuk menghadapi keadaan ini. "Semalam aku makan. Dan seorang sahabat membayar untukku sedangkan kami tidak makan semeja. Hanya Engkau yang mampu membalas kebaikan itu selayaknya."
Mudah-mudahan kita diberi kekuatan IMAN. Sekuat manapun ujian, itu tanda Allah sayang pada kita. Ingatlah kita pada pesan Nabi Yaakub kepada anak-anaknya, "Jangan putus asa dari RAHMAT ALLAH."
2 ulasan:
masalah, dugaan, halangan hidup...baja kepada sebuah kekuatan..ketabahan dalam menjalani kehidupan... dan tanda kasih sayang Allah pada kita..iye dak? insyaAllah setiap yang berlaku pasti terselindung rahmat yang maha besar.. cuma manusia asyik bersungut, merungut..tak sabar...tu yang kadanga2 sampai ada yang nak terjun bangunan!! nauzubillahiminzaaalikk.
sabar dan redha atas apa yang Allah berikan kat kita, insyaAllah kita akan jadi manusia yang paling bahagia..waAllahualam..
tidak apa ada ujian dari Allah, itu tanda Allah tidk lupakan kita, syg kita. Bersyukur saja...insyaallah ada rezeki yg lebih baik. :-)
org yg bunuh diri sbb dia tidk ada pegangan agama yg kuat. jika dia yakin dengan ketentuan Tuhan, tak akan dia bunuh diri wlau seteruk mana dugaan
Catat Ulasan