Ahad, Februari 21, 2010

Analisis weblog



Data pengunjung: 20 Jan - 20 Feb 2010.



Bermula 20 Jan hingga 20 Feb 2010, seramai 238 pengunjung melawat weblog ini. Dan 91 orang menjenguknya dalam tempoh seminggu terakhir.


Bagi minggu terakhir, terdapat 84 orang pengunjung berbeza manakala tujuh orang pengunjung berulang (yang sama). Setiap penjenguk membaca lebih daripada satu entri. Dari mana datangnya penjenguk weblog ini? Seramai 38 orang menemuinya melalui enjin carian (AOL, bing, google), 30 orang masuk secara langsung dengan mengingati alamat URL weblog ini manakala 23 orang merujuk pautan yang diletakkan dalam senarai weblog pesiber lain (blogroll, senarai rakan, pautan yang ditinggalkan dalam kotak bual (chatbox) atau melanggan menggunakan Readers).





Jika dilihat dari segi angka penjenguk mengikut negara, terdapat sebuah lokasi yang tidak dikenal pasti. Setahu saya, jika pengguna P1 Wimax, lokasi yang dinyatakan ialah Asia Pasific (AP) walaupun anda sedang melayari internet di Kuala Lumpur.




Ketika ini, entri Tabiat Membaca menduduki ranking carian tertinggi tetapi malangnya data-data yang dimuatkan dalam tulisan ringkas itu agak terkebelakang. Saya sendiri menyedari hal ini ketika dalam proses menyiapkannya. Perlu diketahui, data kajian itu sudah ketinggalan (bagi saya), kerana angka-angka yang dinyatakan merupakan penemuan pada tahun 2005. Maka wajarlah diadakan kajian akademik yang baharu untuk mengkaji tabiat membaca rakyat Malaysia kini.


Anda juga boleh melihat gelagat pengguna internet melibatkan weblog anda dengan menggunakan Google Analytics. Jika anda sudah memiliki akaun Gmail, tekan saja butang Access Analytics, dan masukkan URL weblog anda. Kemudian ambil kod Javascript yang diberi. Selamat mencuba.

1 ulasan:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli berkata...

saya cadangkan supaya saudara masukkan page rank dalam blog saudara.. dengan tue, saudara boleh tau blog saudara di rank ke berapa.. :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
Laman Web Stormreaders - http://www.stormreaders.co.cc/
Kedai Buku "Online" Stormreaders - http://www.stormreadersstore.co.cc/

Dapatkan maklumat mengenai syarikat Stormreaders, produk2 ilmiahnya & cara untuk menjadi pengedar di http://www.stormreaders.co.cc/ sekarang!