Isnin, Februari 22, 2010

Sekali lagi titik mula kehancuran bangsa bermula

Islam menitikberatkan soal kepimpinan atau dalam bahasa Arabnya Imamah. Pemimpin menjadi cerminan kepada tingkah laku pengikutnya. Justeru disebutkan soal kepimpinan dalam Al-Quran misalnya kisah Thalut sedangkan dia tidak memiliki kekayaan. Hal ini bermakna cara fikir manusia tetap sama sepanjang zaman iaitu seorang pemimpin haruslah memiliki kekayaan dan pengaruh. Jarang sekali manusia meletakkan nilai takwa sebagai penanda aras. Al-Quran mengajar manusia agar melantik pemimpin yang bertaqwa meskipun dia seorang yang miskin. Takwa dan kebijaksanaan adalah dua hal yang sangat penting bagi seseorang pemimpin. Orang yang bertakwa akan dijadikan Allah insan bijaksana. Seorang pemimpin yang taat akan dibantu oleh Allah dengan kelebihan akal yang kadang-kadang tidak dapat dicapai oleh kita sebagai pengikut.

Maka setiap orang yang memimpin digelar ulil Amri apabila berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunnah. Begitulah pula pengikut dikehendaki memberi taat setia kepada pemimpin selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan As-Sunnah. Ayat 59 surah An-Nisaa dengan jelas mengatakan bahawa ketaatan kepada pemimpin tidak mutlak seperti ketaatan kepada Allah dan Rasul. Firman Allah yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya."(An-Nisaa: 59)

Hari ini kita sedang menyaksikan suatu kemualan, kejijikan dan fitnah yang besar bagi umat Melayu dan satu kesedihan kepada Muslim seluruhnya di Malaysia. Dek perbezaan politik dan kegairahan mempertahan kuasa, pemimpin sanggup membuat apa sahaja biarpun kelihatan dangkal, mengaibkan dan jauh dari akar budaya Timur yang menjunjung nilai-nilai Islam. Siapakah yang akan percaya kepada suatu bentuk konspirasi yang plotnya sama tetapi menggunakan watak berbeza? Tidakkah ini suatu kerugian kepada umat Islam khususnya di Malaysia? Apakah anda setuju bahawa hanya pemimpin yang keji akan sanggup naik ke puncak kuasa dengan cara yang keji pula? Secara peribadi saya melihat inilah satu cara paling tidak bertamadun untuk memastikan puncak kuasa tidak diganggu gugat. Setiap orang yang bersimpati tidak perlu terkejut jika tiba-tiba dalam perbicaraan yang penuh helah ini akhirnya menyebabkan seorang lagi negarawan yang kita hormati dimasukkan semula ke dalam penjara.

Dan detik ini kita masih menunggu agar perbicaraan yang boleh dikira sebagai lawak jenaka itu digugurkan sahaja. Atau setidak-tidaknya pengadilan dibuat mengguna pakai perundangan Islam. Mari kita renung ayat seterusnya dalam surah AN-Nisaa. Firman Allah yang bermaksud, "Tidakkah engkau (wahai Muhammad) hairan melihat orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu." (An-Nisaa: 60-61)


Bilakah sistem keadilan kita akan pulih? Dan sekarang bagaimana? Pada masa hadapan, kita akan menyesal dan hiba yang tidak berguna lagi mengenang sejarah ini.

3 ulasan:

aku mozu berkata...

SALAM NAIMISA..

SINIS SUNGGUH TULISAN SEDARA NI...

HEHEHE

Ahmad Zulfadhli Zulkefli berkata...

hanafi memang ada gaya orang politik la.. aha!~

Jom sertai Stormreaders! Dapatkan maklumat mengenai syarikat Stormreaders, produk-produk ilmiahnya & cara untuk menjadi pengedar di http://www.stormreaders.co.cc/ sekarang!

Pacifist berkata...

.inilah golongan yg membusukkan politik.jawapan kpd golongan yg mengatakan politik itu busuk.sanggupkah kita jika negara ditadbir oleh pembusuk?politik Islam bkn sekadar utk mendptkan kuasa,ttp kaedah menjalankan amanah yg diberi Allah S.W.T.Inilah akibatnya jika para ulama menyisihkan diri dr arena politik.dimana kesyumulan Islam jika agama suku,politik suku?agama yg memacu politik,menjadi panduan dlm menjalan urusan negara.bila Islam tidak didaulatkan sepenuhnya,inilah Hasilnya.spt tulisan di atas,bila hal ehwal umat Islam tidak diserahkan kpd perundangan Islam.skopnya hanya tertumpu kpd hal ehwal rumahtangga(kahwin/cerai,pewarisan harta,perebutan mayat dll